Pemberian baucer buku RM200 kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, dan Pelajar Tingkatan 6 akan bermula pada Januari 2012. Pemberian baucar RM200 seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 lalu adalah untuk pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasi Sains dan pelajar Tingkatan 6 bagi sesi pengajian tahun 2012
sumber gambar : AddictedtoAisyah
Syarat permohonan baucar RM200 itu adalah menepati kesemua perkara berikut:
- Pelajar adalah warga negara Malaysia
- Belajar di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D, matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6
- Pelajar sepenuh masa dan separuh masa
- Belajar di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012
Cara Memohon Baucar Buku Rm200 pelajar IPT/IPTS/Politeknik/Ting. 6:
1. Hubungi IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan dalam bulan Januari 2012.
2. Pelajar yang memohon akan menerima 4 keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping. Pastikan nama, no. Kad Pengenalan dan cop IPT diisi pada setiap keping baucar.
3. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua. [list kedai buku mungkin ada pada baucar/pada IPT/IPTS masing-masing]
Baucar Rm200, bukan Wang Tunai!
Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.
Panduan lengkap berkaitan permohonan Baucar Buku Rm200 untuk pelajar IPT/IPTS/Politeknik/Tingkatan 6 ni boleh dibaca di bawah:
Kalau ikutkan syarat di atas, Dahlia tak layak memohon baucar RM200 ni sebab dah dapat elaun buku dari KPM.. Takpelah, at least kawan-kawan lain layak.. Dapat jugak mereka beli buku untuk belajar. Sesiapa yang layak, sila buat permohonan bulan Januari ni ye.
p/s; iols nak pegi claim RM250…heehehee lebih RM50 dari uols… lalala



29 komen:
agak2 kak dahlia la..
pelajar kolej komuniti mcm sya dpt x baucer rm 200 nie??
bertuahnya dapat baucar buku.....:)
wahhh seronoknya...jimat duit buku tahun depan..:)
nak kena kasi tahu kat adik yang belajar kat Uitm PUNCAK ALAM nie....at least dapat kurang beban beli buku2x tue
kak..apik nak g claim jugak la..hehe
naseb baek ler xleh tukar pada cash
kalu tidak buku tu nnti jadi mende lain plak:)
teringat masa zaman aku dulu...sebab nak jimat2, sanggup pakat2 fotostate buku. heheh.
tapi voucher rm200 tu mungkin dapat 1-2 buku je kan? mahal kot buku2 ni...
@Cheek Eyka
saya tak pasti.. boleh rujuk garis panduan dan bertanya pada Kolej tempat adik belajar yer.. :D
@Lady Rina
ye, pelajar kita sangat bertuahhh :D
@Kancilbiru
betul tu :D
@hazman aka species1980
yup, bagitahu kat adik tu :D
@apik pehe
claim, jangan xclaim :D
@shark
sebab tu bg baucer jer..
budak2 sekolah bg cash sbb mak pak tlg pegang duit..kalo dak IPT, sah2 topup beli smartphone baru..hehee..
tapi kalo dak sekolah dpt baucer buku je pun lebih elok sbnrnya..dari pemerhatian cikgudahlia lah..
apapun, dah abis dah pun duit RM100 diorang tu agaknya.
@gadisBunga
zaman degree dulu, memmang fotostat je yang mampu..
skrg ni aku lebih suka beli buku original, sbb lagi lama rasa sayang tu..
cikgu dahlia betul ke ni?
saya boleh claim kan dr UITM Shah Alam. saya study PJJ kat UITM
@sayazakiah
kalau ikut garis panduan, layaklah tu... contact dengan U untuk maklumat lanjut..mereka ada senarai yang layak..
untung student zaman skang ni..
nak jadi student balik...hehehe
untungnya pelajar sekarang ni
semua kerajaan beri percuma
kalau masih malas nak baca buku
tak tau la apa nak kata lagi
Nak jugak!!!! http://mazeermohamad.blogspot.com/2011/12/lelaki-buih.html
mak ai! aku dlu copy ja smua bku msa amik degree..kesian..
knape sy xleh lgi.......
knape sy cleh lgi????
tak dapat juga ke... sy guru ppg... dlm tu ckp psimp jer....
sekarang ni boleh dapatkan lagi tak baucar buku ni? macam saya pelajar stpm individu yang baru sahaja buat pendaftaran macam mana nak dapat?
utk bdak stpm baru dftr mcm sy sesi 2012/2013 niyh mcm mna nk mohon erk ?
Mcm bdak baru dftr stpm sesi 2012/2013 mcm mna nk mohon ?
nk hrpkn pihak sekolah hampeh lha ... pengetua asyik dok pikir hal dia jerw ....
still ada kahh? now dah masuk bulan mei. still tak dapat apa-2 pon? ==" saya pelajar stpm lower 6 2012. berdaftar pada tarikh 18 mei 2012. :))
kalau pelajar matrikulasi mcm mana pula??
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...