BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , » Gambar Banjir Kilat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur 13 Disember 2011

Gambar Banjir Kilat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur 13 Disember 2011

Share

13.12.11  Cantik tarikh ni kan? Tarikh yang semakin menurun. Tapi tarikh ni pasti menjadi ingatan kepada ramai pengguna Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang terlibat dalam keadaan banjir kilat pada petang tadi. Lebih-lebih lagi, kejadian banjir kilat tu berlaku pada waktu puncak, time orang nak balik dari kerja!

banjir kl

Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.

 

Berturutan, dalam bulan ni sahaja, 3 bandar dikejutkan dengan kejadian banjir kilat biarpun kejadian banjir kilat di ketiga-tiga tempat ni bukanlah sesuatu yang pernah terjadi. Dua minggu lalu, awal bulan Disember 2011, Kajang dilanda banjir kilat yang terburuk sejak tahun 1971. Manakala dua hari selepas itu, bandar Kuantan pula dilanda banjir kilat. Rujuk post : Gambar dan Video Banjir Kilat di Kuantan. Kali ni pula, keadaan lalulintas di Kuala Lumpur lumpuh berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.

 

banjir 6banjirjalantar

sebuah van yang tidak sempat diselamatkan dari kejadian banjir kilat petang tadi.

kl banjir

z6qjtasghz

berani betul kereta ni!!

Dalam kejadian banjir kilat petang tadi, Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir kilat. Dua bot Bomba dan Penyelamat dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat.

 

p/s: Inikah harga yang perlu dibayar untuk sebuah pembangunan?

6 komen :

Shiela Latif said... [Reply to comment]

buat pembangunan...tapi tak terancang...fikir untuk benefit diri sendiri...akhirnya jadilah macam ni...jangan perdayakan alam sekitar...kuasa alam tiada manusia yang boleh lawan.

Myvitrd said... [Reply to comment]

kes ni dah kali ke-2 tahun ni kak.. tak tahu mana silapnya.. kali pertama saya ada dekat wisma bernama masa banjir tu.. tapi kes semalam saya tengah bercuti dekat penang.. nasib motor dekat parking tu tak tahulah.. hope tak hanyutlahkan.. hehhe

Izzat Aziz said... [Reply to comment]

ni pembangunan jenis sim city, main letak je situ sini, tak fikir kedepan.. harap pahni dapat belajar dari ni.

ingatkan tempat-tempat kampung je banjir.. KL pun kena gak.

hazman aka species1980 said... [Reply to comment]

Nampaknya KL pula kena banjir kilat.... aper la respon kementerian yang berkenaan....

tehr said... [Reply to comment]

nasib la aku tak dok kl
malas nak harung banjir ni

Anonymous said... [Reply to comment]

act bkn psl bndar tak trancang..plg byk kes longkang tsumbat sbb mnusia bkn binatang yg buang sampah merata2..bndar terancang mcm shah alam pon boleh banjir sbb sampah..salah mnusia la..

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais