Jalan Kuantan – Sungai Lembing berhampiran dengan Stesen Minyak Petronas dan berhadapan Gelanggang Futsal Rainbow runtuh malam tadi! Sebagai orang Kuantan, terkejut sungguh aku bila tengok gambar yang adik aku share tadi. Macam dalam Filem 2012 tu!
Yerp, ini betul-betul berlaku di Malaysia… lebih tepat, di Kuantan, my hometown!
Kejadian jalan runtuh ini dipercayai berlaku sekitar jam 10.20 malam semalam 13/12/11 dan telah menyebabkan sebahagian besar laluan jalan sebelah kiri dari Kuantan menghala ke Sungai Lembing runtuh sedalam lebih kurang 10 hingga 20 kaki. Jalan yang runtuh tu adalah sepanjang 70 meter!
Pandangan dari atas tragedi jalan runtuh di Jalan Kuantan- Sungai Lembing. Kelihatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kawasan Semambu, Datuk Phang Tsu Ming meninjau kawasan kejadian tanah runtuh itu.
Yup,aku pun nampak ada cahaya biru di situ.. aku pun tak pasti..maybe reflection cahaya dari atas mengena air.. wallahualam.. ada sesiapa berada di tempat kejadian??
Tanah jalan yang mendap…. mujur tiada kemalangan jiwa dilaporkan!
Saksi yang pertama nampak kejadian jalan runtuh ni baru sahaja lepas mengisi minyak kat Stesen Petronas tu. Mujur lampu jalan terang benderang masa tu dan dia pun belum memecut kenderaan sebab baru keluar isi minyak. Tak tahulah kalau takda lampu jalan masa tu… apa lah yang berlaku? Nauzubillah min zalik! Teringat dulu sokmo lalu Jalan Kuantan-Pekan yang baru dibina tu masa time Subuh2 lagi..dahla suka pecut!! huhuh… Pasnih kena wajibkan lampu jalan dibuka mulai 7.00 malam hingga 7.00 pagi!
Bila nampak gambar struktur jalan yang runtuh ni, teringat zaman belajar subjek Highway Engineering dengan Che Ros dan Dr OCP. I score A+ tau untuk subjek tersebut! Huhuhu.. tapi dah 8 tahun berlalu..tak praktik, tak pernah kerja dengan kontraktor jalan, aku tak dapat nak komen pasal ketebalan lapisan jalan dalam gambar di atas. Tapi memang nampak macam bukan dalam portion yang betul. Wallahualam.. Dah lupa! yang aku ingat,pembinaan jalanraya ikut MacAdam.. ada 5 lapisan, ada prime coat, tack coat untuk tiap lapisan, then yang atas sekali tar tu nama dia wearing course. Subject favourite ni selain daripada Surveying ![]()
Apa agaknya punca sebenar kejadian jalan runtuh di Jalan Kuantan-Sungai Lembing ni eh? Force Majeure agaknya? Maybe disebabkan faktor hujan yang berterusan menyebabkan struktur tanah di bawah jalan itu tidak kukuh dan mendap. Wallahualam… Harapnya tiada lagi kejadian sebegini berlaku..
Kajian punca kejadian tanah runtuh ni akan dilakukan pihak perunding yang akan dilantik oleh syarikat minyak terbabit (Petronas) sebab jalan tersebut di bawah kendalian mereka. So, sesiapa pun tak perlu nak buat spekulasi cakap orang ni, orang tu makan rasuah. Tunggu sahaja laporan daripada penyiasatan tu.
p/s: Balik Kuantan nanti rasa macam nak gi melawat tempat kejadian?




5 komen:
teruknya...
bahaya betul ni.. selamt takda kecederaan
subhanallah... teruknya runtuhnya.. kalau kereta lowed saya memang dah rosak kalau terlalu jalan runtuh mcm ni.. huhu
Esok aku p melawat tapak yek. insyaallah..klu xder apa2 akan aku ku tgk sendiri camaner rupa jln tu
memang teruk la. sengsara nak lalu jalan tu..
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...