Ingin membeli hartanah? Dapatkan panduan lengkap dari pakar hartanah!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

 Banner
Home » , , , , , , , , , , , , , , » Lampiran C SBPA – Sifir Tangga Gaji Baru? Jangan Ghairah Tandatangan Setuju Terima…

Lampiran C SBPA – Sifir Tangga Gaji Baru? Jangan Ghairah Tandatangan Setuju Terima…

Share

Lampiran C Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) masih menjadi tanda tanya. Seperti mana pekeliling2 sebelum ini, Lampiran C menyatakan Tangga Gaji Baru ataupun lebih dikenali dengan Jadual Sifir Pemindahan Gaji mengikut Skim Perhidmatan. [Contoh Lampiran C dulu…]

lampiran c

 

Meminjam kata-kata komen daripada seorang teman blogger : Akubiomed di entry Jadual Sifir Gaji Guru Mulai Januari 2012;

lampiran c sbpa

So, terus aku rujuk laman blog Cuepacs berkaitan dengan komen Akubiomed tadi..

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan bersidang mulai hari ni (14/12) selama tiga hari untuk meneliti dan mengkaji semua aspek dalam SBPA demi kepentingan semua Penjawat Awam. Jadi, semua penjawat awam dinasihatkan tidak menandatangani borang persetujuan terima SBPA sebelum keputusan kongres dibuat. Jangan ghairah….

 

Actually, aku dah habis baca 236 komen yang ada di post tersebut. Ada yang menyokong SBPA, ada yang memberi komen mementingkan diri sendiri, ada yang memberi komen menolak SBPA mentah2 dan macam-macam lagi. Kalo larat, boleh baca sendiri di sini. Yang menarik, komen seseorang mengenai wakil yang datang beri taklimat SBPA di tempatnya pun blur dengan SBPA sendiri memandangkan jawapan kepada soalan yang diberi tidak menepati kehendak soalan yang diajukan semasa taklimat. Wallahualam. Aku pun tak diberi taklimat lagi. Tak sabar nak bertanya sebanyak yang mungkin nanti. Bila ek?

 

Aku bersetuju dengan dua faktor penting untuk SBPA ni.. tempoh yang diberi 15-30hb December 2011 untuk menandatangani SBPA tu macam suatu tempoh terdesak, sedangkan penjawat awam sendiri belum lagi menerima taklimat terperinci berkenaan SBPA lagi. Then, kalau diikutkan, hujung tahun macam ni, ramai penjawat awam yang masih lagi sedang bercuti dan tidak berada di jabatan masing-masing especially guru-guru sekolah. Mungkin tempoh yang diberikan terlalu singkat dan perlu dipanjangkan lagi supaya semua penjawat awam dapat membuat kajian terperinci sebelum membuat keputusan penting dalam masa depan kerjaya mereka.

 

Yang kedua, masih lagi misteri dan konfius, kenapa Lampiran C belum lagi diumumkan secara rasmi. Apa yang menjadi misteri dan rahsia agaknya dalam Lampiran C tersebut? Seharusnya bila Pekeliling SBPA di umumkan, mestilah lengkap, ini alih2 pula takde satu komponen. Kenapa? Kebiasaannya, Lampiran C menunjukkan Jadual Sifir Gaji sebenar perjawatan umum, guru dan PDRM (mengikut Kementerian), wajarnya Lampiran C tu direlease sebelum seseorang penjawat awam membuat persetujuan terima SBPA. sepatutnya maklumat kena lengkap dahulu, barulah boleh terima, kan? Barulah boleh elak segala kekeliruan mengenai Pemindahan Gaji SSM ke SBPA yang hangat dibincangkan sekarang ni. Takkan nak main sign jer, huhuh… Guna akal okes!

 

Anyway, ni nak kongsi lagi Jadual Pemindahan Gaji dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji bagi Skim Perkhidmatan Tetap dari laman web CIAST (Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan) dan juga satu lagi Jadual Kaedah Pemindahan Gaji SSM ke SBPA Gred DG44. Bila tengok kedua-dua sumber ni, maka fahamlah aku dengan istilah “Bracketing” dalam SBPA. Dapat menyelesaikan segala kekeliruan aku dalam post ini.

 

Last but not least, seperti yang dah dipesan2, dapatkan maklumat lengkap dahulu, then buat penilaian sewajarnya sebelum tandatangan setuju terima. Jangan ghairah! Aku yakin, SBPA memang bagus tapi masih perlu diberi ruang dan masa untuk dinilai sebaiknya. Harapnya tempoh persetujuan terima atau tolak SBPA dipanjangkan, taklimat dijalankan secepat mungkin, dan juga Lampiran C dikeluarkan sebelum taklimat. Senang nak mengajukan soalan terus, mana yang tak faham tu.

 

p/s: Bila buat post plain macam ni, cakap aku xsedar diri, tak reti bersyukur. Takkanlah aku nak menggangguk jer memanjang? Aku ada akal fikiran yang waras okeyyyyy!!!

22 komen:

Jard The Great said... [Reply to comment]

yepp.. esok kami ada taklimat

Anonymous said... [Reply to comment]

Ada dengar taklimat tu ari, yg beri taklimat kata sbpa mulai 1 januari 2012, kemudian kajian semula elaun2 tahun 2013 dgn syarat kerajaan sekarang masih memerintah kemudian tahun 2015 gaji akan dikaji semula dengan syarat juga kerajaan sekarang masih memerintah, kemudian lampiran c berkenaan sifir gaji tidak ditunjukkan malah suruh semua penjawat awam terima saja sbpa kerana sbpa ini mendahulukan rakyat seperti dalam slogan 1malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Rasanya sbpa ni macam ada udang disebalik batu, macam ada yg disembunyikan dan jadi alat utk meraih undi bagi parti memerintah......pandangan peribadi saya jer

Anonymous said... [Reply to comment]

akhir bulan ni dapat la lampiran c tu kot.

akubiomed said... [Reply to comment]

Saya ini orang luar dan bukan penjawat awam. Ada baiknya mendengar pendapat CUEPACS yang mewakili penjawat awam. Kalau sebagai individu susah suara kita didengari kalau melalui persatuan ia akan lebih teguh.

Mustahil pihak kerajaan dapat memenuhi permintaan beribu penjawat awam dengan satu persatu dan lebih mudah ia diwakilkan melalui persatuan untuk disampaikan kepada pihak kerajaan.

Apa keputusan adalah yang terbaik, ada yang untung dan ada yang rugi. Tidak semua tuntutan dapat dipenuhi oleh kerajaan kerana ada had-had yang tertentu. Lebih baik ada daripada tidak ada langsung. Ini adalah pendapat 2 cents saya.

Anonymous said... [Reply to comment]

apa pun tengok mlm ni tv1, dialog bersama kppa..tanyalah berapa byk soalan yg nak ditanya

Anonymous said... [Reply to comment]

kena sign sblm 21hb ni cam ner...

aznee yunos said... [Reply to comment]

me lak, kalau tak sign so ditamatkan perkhidmatan sbb jawatan ai dah jumud.. blur gak walaupun dah diberi taklimat sbb yg bg taklimat pun jwpn tak konkrit =|

RinnAzrinah said... [Reply to comment]

alamak! camner?? sy tgh dlm pantang lg nih... 1/2/2012 baru masuk keje... nak sign camne?...

Blog Sensasi said... [Reply to comment]

nng mengelirujan dan musykil sebab pekeliling x de sifir gaji..kejaan main api ke ek?

nak mudah cakap sapa tak pangkah BN jawabnya direkomen untuk diberhentikan keje la tapi buat alasan lain la kot..itu matlamat SBP{A..pancing ngan kenaikan gaji gila2 lastnya kita merana..hanya pandangan yg aku paham

Anonymous said... [Reply to comment]

lampiran c tidak di kemukakan dahulu kerana takut ada pihak terutamanya peniaga yang akan menaikkan harga barangan sesuka hati.oleh hal yang demikian kerajaan terpaksa rahsiakan dahulu lampiran c.....harap semua pihak dapat bersabar dan matrik gaji akan keluar tidak lama lagi.......

nurul ain said... [Reply to comment]

kalau saya baru dapat gerak gaji pada bulan 10 2011 kpd DG41 P1T5 RM2057.65. Jadi, bulan Januari 2012 adakah gaji saya akan digerakkan diselaraskan kepada RM2150 (DG1-1 T2) ikut SBPA.

Macam mana nie??? Pening betul pasal SBPA nie....

alfa said... [Reply to comment]

hehe...macam2

Anonymous said... [Reply to comment]

aku pon keliru. dulu masa pelarasan gaji dalam PP 7 Tahun 2007 tiada tunjukkan pelarasan gaji bagi gred JUSA.. tup-tup keluar PP Bil 18 Tahun 2007, terhad la konon. Dari sumber2 ehem rupanya seperti nak sorok kenaikan gaji JUSA yang tunjukkan dari P1 ke P2 dalam puluh-puluh henggit tapi makin naik mendadak dari T2 ke T seterusnya. mak oi naik satu tangga je tak cukup sebulan gji aku.. yang ini pon mesti ada sesuatu nak sembunyi dalam Lampiran C tu. mungkin juga lah kalau tak nape liat sangat sampai tempoh opsyen dah mula hari ni pun masih tak dapat lagi ni. nampaknya tempoh 15 hari yang diberi jadi pendek lagi sebab tak dapat maklumat lengkap. ni yang aku nak sokong.... ehemmm gatal lak tekak

Anonymous said... [Reply to comment]

kalau xsuka,berhenti jela keje dr kerajaan..

abangdi said... [Reply to comment]

Lampiran C tidak ditujukkan kerana ianya berbeza-beza antara pekerjaan walaupun dengan kelulusan yang sama. Itu sebab dibuat RAHSIA. Apa2 pon last2 pecah jugak

syaiful said... [Reply to comment]

yg gaji besar bertambah besar kepala, kepada perahu2 kecil nie jaga2 sebelum turun kelaut, tgk ramalan cuaca takut ada ombak besar. kebanyakan kumpulan sokongan dan premier senang2 kena buang kerja.tapi kalau nak tgk kumpulan premier yg banyak membantu negara dan yg atas tu bagi arahan jer. mcmmana kekosongan nak cukup,nak cakap susah. tak cakap pon susah. masa dan keadaan yg menentukan. tapi aku rasa la badan uniform mcm aku nie mesti diarah tandatangan. ingkar arahan pasukan adalah 1 kesalahan. kalau org buat report telor ayam pecah sekalipon kita kena ambil report tu kalau tak kita kena cantas. potong markah. gara2 sebiji telor ayam 30sen.....

Anonymous said... [Reply to comment]

PM umum naik 7-13%, tapi JUSA & PRIMAT naik > 100%. Pasal tu le depa tak hebahkan lampiran C. Kan ke dah kecoh!!!

Anonymous said... [Reply to comment]

ha'ah aku pun dgr gaji JUSA naik 100%.yg kaya bertambah kaya.golongan pertghn mcm tu jela.golongan rendah juga yg tertindas krn kenaiknnya kecil sdgkn harga brg melambung tggi.org kaya beli ikan kembung rm12 sekilo,kite pun sama harga.org kaya beli ketam rm22 sekilo,kite?mampu telan air liur jela tgk org kaya mkn.

Anonymous said... [Reply to comment]

yang bestnyer...ada jabatan tu siap calling-calling staff yg tgh cuti2...."....nak terima(sbpa) ke tak?...." jenoh le nak byr bil tepon...kalu staf lebih 150 orang.....ehhh...kalu orang nak kawin pun , nak tgk gak bakal suami ke isteri ke...handsome ke ...comel ke....heran heran!so terdesak....

Anonymous said... [Reply to comment]

pening pale.. baham bodo belake

thegreateye said... [Reply to comment]

sbpa baik kaji semula.....kalu tak haru biru,saya dah buat andaian pergerakan gaji dg41 t1o,11 dan 12.Cuba tengok mesti ada yang tak puas hati..........tengok lepas to komen,ada betul ka saya punya andaian....

asri said... [Reply to comment]

ye laa tu camna pulak ngan kenaikan 15% n 8% n 5% tuu untuk siapa lak mereka yg dapat markah prestasi 95 keattas dapat berapa ye? dan apakah dapat anjakan gaji mendatar bgi mereka yg cemerlang atau dengan pilih SBPA ni anjakan gaji dah x daa?

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Syoknyer Blogging
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

♥ Projek DJ2B - 31 Blogger ♥

Photobucket Blogger yang telah direview : 1.Lyn Azlina 2.Nurhafiz 3.Ecah 4.Hazwan Blogger yang Masih Aku Hutang Review:
DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais