Jap lagi, jam 9.00 pagi, aku akan menempuh final paper untuk semester 1 ni. Subjek Instructional Design. Actually kalau last paper ni, aku ada satu sindrom sikit.. sindrom hati dah kat rumah.. so study pun tak semenggah mana.
Apapun, hope semester ni aku berjaya dengan cemerlang biarpun semua lecturer cakap, untuk assignment semua tu, dapatlah B ke atas. Tapi, apa guna B je kan? Nak juga strive for A’s! Kalau B je, memang lah dapat pointer 3.00 tu, lepaslah syarat LULUS semester. Tak best lah. Nak jugak cuba selagi boleh. Redeem balik masa enjoy aku time Degree dulu… huhuh..
Cakap pasal exam, untuk last paper, memang aku dah rasa do well, tapi semuanya terserah laa pada lecturer nak bagi markah banyak mana kan. Memang scary woo sebab lama tak menulis esei panjang! Tulisan hampeh, macam budak baru belajar menulis tu. Tulis tak sampai setengah jam pun dah lenguh2 jari. Kan best kalau leh menaip je dan print! Boleh lak aku terfikir macam tu masa jawab 1st paper hari tu.. malu kot tengok tulisan sendiri.. Betullah kan, bila dah banyak menaip, kemahiran menulis tu lama-lama makin kurang.. huhuh…sekarang ni, melukis pun dah boleh lukis atas skrin tau! siap boleh colour2 lagi! Tak percaya? Search “Ubiquitous Computing” dalam Youtube!
One more thing about my exam di UPSI ni, sepengalaman aku bertugas jadi Pengawas SPM, ada la beberapa yang aku tak berkenan.
1. Pengurusan masa : Boleh pulak, our 2nd paper iaitu Research Method, start 2 minit lambat, habis 1 minit awal? Yup, semua student dewasa, tapi masa pentadbiran ujian tu amatlah penting. Ada calon yang jenis hujung2 baru dapat ilham. Not me.
2. Buku Jawapan : Buku jawapan yang disediakan tiada ruangan untuk kad pengenalan. Hanya ada nombor matriks untuk pengenalan diri. What if calon salah isi matric no? Most student Master kan ramai yg dah agak berusia, so penting wo ruangan Kad Pengenalan tu. At least, masa pemeriksa (lecturer) nak isi markah, boleh semak dengan no Kp sekali. Macam tulah yang aku buat selama 5 tahun isi markah for Peperiksaan Awam. Penting tuu. Yup, nama memang dielakkan untuk mengelakkan bias.
Anyway, hope IPS UPSI improve pasal ni di masa hadapan.
Lepas exam ni, terus akan balik ke Kuantan untuk bercuti selama 2 bulan uols sebelum semester kedua bermula hujung Februari ni.. Bahagia sungguh rasanya, berehat2 je di rumah.. Ops, masih ada proposal thesis yang perlu aku murnikan. Semester 2 nanti budget nak start on thesis, taknak tunggu semester 3 baru nak mula.
Anyway, ini penghujung tahun 2011 aku.. end up with exam. New year 2012 aku? Will be in Kelantan… So, Selamat Tahun Baru untuk semua. Azam? Aku malas nak buat azam tahun ni sebab yang tahun lepas pun tak tercapai, so aku carry forward tahun lepas je lah.
Wish me luck for paper Instructional Design 9.00-11.00 tghari jap lagi.. Yeahhhhhh!!!!



14 komen:
Good luck Cikgu!
Yeahh.... last paper dan boleh relaxxxx.... happy holiday dan selamat tahun baru yea
Kalau yang senior memasuki alam pembelajaran tentu lambat panas berbanding orang muda sepatut lebih energetic. :-)
nanti gitau result dia macamana
Good luck.. moga berjaya dengan cemerlang.. Kami dah sibuk di sek. :-)
tumpang lalu..exam je kot hahaha
selamat menjawab soalan
selamat bercuti
selamat tahun baru
hati2 memandu di jalan raya
hehe
salam..
selamat menyambut tahun baru 2012
moga tercapai apa yang di hajati
tahun 2012 nanti :)
Selamat tahun baru cikgu dahlia. Moga tahun 2012 ini akan membawa 1001 kebahagiaan dan perubahan yg baik buat kita semua :D
salam. u dpt cuti belajar bergaji ke? hebat tu!
Jangan Beri Ruang Malaysia Jadi Syurga
lama tak jenguk sini.. salam cikgu... good luck k!!
sama la kita,new year bertemankan nota2
owh...dekat uitm pn sama...gne no matrik, mmg langsung tak de ic....nak wat caner just igt satu no jer...erm....bestnyer sambung master...nak sambung gak...2tahun lagi kot...
hoho..dah penat dah belajar dan ambil exam nih..
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...