BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , , , , , , , , » Pekeliling Baru SBPA Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan Skim Gaji SBPA 2012

Pekeliling Baru SBPA Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan Skim Gaji SBPA 2012

Share

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikhabarkan berkemungkinan besar akan diumumkan hari ini. Pekeliling inilah yang amat ditunggu-tunggu oleh para kakitangan awam sejak diperkenalkan dalam Bajet 2012 pada Oktober lepas.

 

Tapi tadi aku tengok kat FB KPPA, takde pulak tanda-tanda Pekeliling SBPA ni akan dikeluarkan. Wallahualam. Pekeliling SBPA 2012 baru akan dikeluarkan bila-bila masa sahaja memandangkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Tunggu je lah pengumuman di Portal Rasmi JPA, dan akan aku share di sini bila Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tu dah dikeluarkan

 

Pada minggu lepas, Abu Bakar Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia (KPPA) juga ada memberikan hint-hint di Facebook beliau tentang sistem gaji SBPA 2012 yang saban hari digoogle oleh orang ramai, tak kiralah sistem gaji baru sbpa untuk guru, untuk polis dan tentera, serta skim jawatan lain.

sbpa

KGT = Kenaikan gaji tahunan

 

Kalau berdasarkan pengumuman KPPA di atas, ada perubahan nama gred nampaknya untuk SBPA ini berbanding Skim Saraan sebelum ini, SSM.  Dari sumber blog Ar-Rifke dan dikongsi melalui blog DCJ , perubahan panggilan gred gaji DG bagi guru dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) adalah seperti berikut:

Gred DG 41 = 1-1,

DG44 = 1-2,

DG48 = 1-4,

DG52 = 1-5, dan

DG54 = 1-6 dimana tiada lagi penggunaan gred DG

 

Perubahan DG Guru Gred DG 41 = 1-1, DG44 = 1-2, DG48 = 1-4, DG52 = 1-5,dan 54 = 1-6 ini dah dipermudahkan oleh aried sendiri agar semua guru-guru atau bakal guru faham tentang perubahan gred DG ini.

Guru DG41

- Ditukar kepada 1-1

- Gaji Permulaan Rm 1925 & Gaji Maksimum Rm 6220

- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 230

- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-1 Ke Dg 1-2 ialah 8 Tahun

 

Guru DG 44 kepada 1-2

- Ditukar kepada 1-2

- Gaji Permulaan Rm 2985 & Gaji Maksimum Rm 7235

- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 250

- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-2 Ke Dg 1-4 ialah 8 Tahun

 

Guru DG 48

- Ditukar kepada 1-4

- Gaji Permulaan Rm 4390 & Gaji Maksimum Rm 8710

- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 270

- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 6 Tahun

 

Guru DG 52

- Ditukar kepada 1-5

- Gaji Permulaan Rm 5260 & Gaji Maksimum Rm 9610

- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 290

- Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 3 Tahun

 

Guru DG54

- Ditukar kepada 1-6

- Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum Rm 11,505

- Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 320

 

Ada beberapa maklumat penting tentang beberapa perubahan yang ketara dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) 2012 ni. Antaranya berkait rapat dengan sistem gaji yang akan digunapakai dalam SBPA nanti.

 

1) Skim Gaji Sistem SBPA 2012 Baru: Penggredan Semula Jawatan

Secara kasarnya, pelbagai lapisan gred akan diwujudkan :

  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana
    Gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yang diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

    2) SBPA 2012: “Exit Policy”

    Kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

    Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

     

    3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

    Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :

    • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
    • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
    • Markah 75 % – tiada kenaikan
    • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan
      4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru  : Sistem Gaji Baru

      Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

      • Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
      • Premier – RM40,000
      • Jusa C – RM12,000
      • Pengurusan & Profesional – RM6,000
      • Pelaksana – RM3,000

      **Sumber : Beritasemasa.com

       

      Apapun, sama-samalah kita tunggu Pekeliling Sebenar berkaitan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk tahun 2012 ni. Semoga memberikan laluan yang terbaik untuk semua penjawat awam termasuk daku!

      38 komen:

      Chekgu Azrine said... [Reply to comment]

      mohon share cikgu dahlia

      Myvitrd said... [Reply to comment]

      Untungnya Kakitangan awam.. rezekikan

      myzamar said... [Reply to comment]

      wah..kalau mcm ni la yg luar pekeliling nnt suke la yg kuat bodek2 bos..lepas mcm blh berlaku..dulu dalm lip..lepas dkt mne lak...hahaha

      akubiomed said... [Reply to comment]

      Kenaikan tahunan di tempat kerja saya hanya 4% itu pun majikan miss. :-(

      RozectLyantie said... [Reply to comment]

      SBPA... Bestnya banyak... x bestnya ada gak. hehehe

      icha said... [Reply to comment]

      salam..
      bagi saya, klu kenaikan gaji ikut penilaian markah of course ada koata nyer..klu ramai yg layak dapat markah tinggi,blum tentu dorang nak bagi gaji naik gaji semua..tul kan??

      mawar ungu said... [Reply to comment]

      xtau la kebnaranyer..tp smlm ader ceramah cuepacs kt klang..menurut smber..kola maybe naik..tp hanya yg duduk dlm kwsn bandar sahaja....

      Dalila Hamid said... [Reply to comment]

      beruntung penjawat awam sekarang ini......

      Anonymous said... [Reply to comment]

      saya dah 22 tahun bertugas jadi guru siswazah,masih duk tahap 44 lagi....tp bagi guru-guru baru, tahun ni kalo dah cukup 8 tahun bertugas dah boleh naik ke gred 44, sedangkan kami yang mula posting thn 1991 atau 1990 terpaksa la gigit jari....untuk naik gaji ke 48 kalo baru 4 tahun lulus ptk kena tunggu lagi 4 tahun untuk naik gred 48,sdgkan kami dah lama berkhidmat.....nasib@!

      Anonymous said... [Reply to comment]

      Kalau gaji dah best, kerja mesti lebih best, sumbangan mesti lebih besar dan produktiviti meningkat.

      Ummi Nur said... [Reply to comment]

      Emm..juga cikgu..emm

      tak tahu macamana sistem pemberian markah prestasi lepas ni,may be dalam satu negeri had kpd 2 atau 3 org shj 95% ke atas...

      n kalu 75% langsung tak naik gaji, kalu 76-84% pulak ape citernye ekk...
      takpe..alhamdulillah jugak rezeki anak..aminn

      Anonymous said... [Reply to comment]

      Emm....Entahlah takut gak sbb gaji akak ni kecik,w/pun dah lama servis - nak masuk 26 thn(10 thn Bukan Siswazah dg29,T1 Guru Lepasan Diploma UPM & 16 thn Siswazah (cuti belajar separuh gaji))......
      Selain tahun perkhidmatan, adakah gred tanggagaji juga diambil kira??? Kalau mcm tu alamatnya lagi sekali lah guru-guru SENIOR EXPPLD YANG BELUM PERNAH MENIKMATI APA-APA ni(HPG ditarik balik, Time-based 7+3 ditunda kedg48) gigit jari....dah mula sedih dah ni.... NA'UZUBILLAH!!!!!!

      noris said... [Reply to comment]

      kawe buleh belako..kawe sedar rezeki Allah swt dah ttukan masa kita 4 bulan di alam rahim..yg penting kerja kn Ikhlas kerana Dia...

      Rashid said... [Reply to comment]

      rezeki bukan berasaskan RM semata-mata...

      Anonymous said... [Reply to comment]

      bersykor ler kita kpd allah .. naik byk ke skt ke janji dpt gak naik dr kakitangan swasta tu lagi ciankan

      Anonymous said... [Reply to comment]

      macam mana dengan nasib pengetua? dulu dah sign 56 lagi 2 tahun nak pencen, kalau sign skim baru dan pilih 56 juga bagimana agaknya? harap2 adalah insan yang sudi bagi maklumat dan penerangan t.kasih

      DaHLia said... [Reply to comment]

      @Chekgu Azrine

      beyehhh..silakan :D

      DaHLia said... [Reply to comment]

      @Myvitrd

      alhamdulillah...
      semoga prestasi kerja kami pun sama meningkat :D

      DaHLia said... [Reply to comment]

      @myzamar

      uiks..lain mcm je dengar perkataan lip tu..huhuh

      DaHLia said... [Reply to comment]

      @akubiomed

      :D insyaALLAH ada rezeki lain tu nanti :D

      DaHLia said... [Reply to comment]

      @RozectLyantie

      tu laa pasal..dah sign? dah taklimat ke?

      DaHLia said... [Reply to comment]

      @icha

      yang tu pun saya sangatlah setuju :D
      kalo semua 95% ke atas, sanggup ke nak bagi kenaikan gaji banyak gilerr...huhu

      DaHLia said... [Reply to comment]

      @mawar ungu

      bajet bila lak tu nak umumkan cola naik? huhuh... dengar hr tu mcm nak mansuhkan segala jenis elaun

      DaHLia said... [Reply to comment]

      @Dalila Hamid

      alhamdulillah..
      rezeki :D

      DaHLia said... [Reply to comment]

      @Anonymous

      insyaALLAH.. kami pasti berusaha bersungguh2

      DaHLia said... [Reply to comment]

      @Anonymous

      hmm ni ada berkaitan dengan skim ke apa ni?? 22 tahun belum naik?? ngeri lak dengar..huhuh

      DaHLia said... [Reply to comment]

      @Ummi Nur

      ataupun, memang xde yang dpt 95% kut..sebab rasanya pasni dah xdee APC ni kut..sbb kenaikan gaji tu dah banyak kan..maybeeeee :D

      DaHLia said... [Reply to comment]

      @Anonymous

      aduhhh dasatnya dugaan untuk akak..
      semoga akak terus tabah.. saya doakan segala urusan akak dipermudahkan ALLAH ye :D

      DaHLia said... [Reply to comment]

      @noris

      yer, betul tu.. yang penting..IKHLAS :D

      DaHLia said... [Reply to comment]

      @Rashid

      yup.. kadang2 bukan dengan RM pun ada rezeki untuk kita tuu :D

      DaHLia said... [Reply to comment]

      @Anonymous

      Alhamdulillah.. syukur padaNya

      DaHLia said... [Reply to comment]

      @Anonymous

      Tuan kena direct dengan KPM untuk lebih tahu :D

      tapi, yang penting, SBPA dan pencen tak berkait rapat..

      Anonymous said... [Reply to comment]

      adakah guru2 yg lemau akan mrasa bimbang dgn kedudukan mrk skrg?

      Anonymous said... [Reply to comment]

      RAMAI GURU YANG LEMAU DAH SEKARANG,MGKIN 2/3 LEMAU...KERJA UNTUK GAJI SEMATA-MATA BUKAN UNTUK MENDIDIK..WALAUPUN AKU NI GURU..AKU TAHU SITUASINYA..KEHKEHKEH

      Anonymous said... [Reply to comment]

      sain jer..

      Anonymous said... [Reply to comment]

      kumpulan kami ni lagi lah malang, konon sambut seruan kerajaan tingkatkan ilmu dan taraf hidup, sambungle belajor, dahlah dua tahun statik, separuh gaji lagi, tup..tup keluar posting dapat habuan kenaikan gaji 15% saje sedangkan kawan2 yg tak sambung belajor dapat 25% kenaikan, rugilagi...pastu kononnya cerdik dari DG29 lompat terus ke DG 41, rugi lagi dekat RM 500, apelah malangnya nasib kaminie...

      Anonymous said... [Reply to comment]

      mcm mn dng ppm(prasekolah)...pendidikan khas dpt elaun..ppm prasekolah kerje mcm nk rat tp gaji xsetimpal..org msk kerje kul 7.30.tp ppm terpaksa msk kerje kul 7.tp balik sama mcm org lain..1 jwtn tp 4kmpln kerje kena bt.tukang sapu,kerani.bntu guru,tukang masak..mcm2 lg..mn smpt nk buat????????????robot pn nk rehat.

      HARIHARUDUIT(MOHD MUSLIM MD YATIM) said... [Reply to comment]

      sbpa dibatalkan..... .apa pun xbleh...

      Post a Comment

      Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      ♥ Search This Blog ♥

      Loading...

      ♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

      ♥ Post Terkini Dahlia ♥

      ♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

      Make your own

      ♥ Tweet tweetttt... ♥

      ♥ Super Very Important Followers! ♥

      Related Posts with Thumbnails

      Menarik!!!

       Banner
      Blogged.my

      ♥ Arkib Blog ♥

      DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais