Alhamdulillah.. Dah selesai urusan Sesi Pengemaskinian Maklumat dan Menandatangani SBPA di Wisma Tani, Presint 4, Putrajaya pagi tadi. Tak sesia aku turun 6.30 pagi dari Tanjung Malim, walaupun bersesat jugak (padahal ada PapaGo!) sampai jugak aku di Dewan Serbaguna, Wisma Tani tu.
Untuk opsyen persaraan paksa tu, memang tergezut gak dengan istilah “paksa” tu, tapi itu adalah untuk gantikan perkataan “wajib”. Aku masih lagi memilih 56 tahun untuk opsyen persaraan. Tak kuasa ahkak nak umur 60tahun duk dalam kelas lagi, marah students. Silap-silap, tak sempat kena marah, jadual waktu sendiri pun lupa! Takpe, i rela pencen, jaga suami, anak2, cucu… ops, kahwin pun belom! Takpe, kita bagi chance pada orang-orang baru lak untuk bekerja kan..
Bila aku dah sampai umur persaraan 56 tahun, genap 30 tahun perkhidmatan, cukuplah 60% untuk dapat pencen tu.. Kalau berkhidmat 25 tahun dapat separuh daripada gaji oke. Kalau rasa tak sanggup nak tunggu pencen, EXIT Policy pun ada! Hiks~~ Exit Policy yang aku maksudkan, bukannya untuk yang berprestasi rendah ok, kalau nak bertukar kerja sesuai lah.
Pasal gaji pulak, barulah aku faham istilah untung rugi tu.. Pn Mazura dah explain. Betullah orang kata, bila cara bab duit, mata semua terbukak luas. Tadi pun, bila slot Pn Mazura, cite pasal perpindahan gaji, automatik hilang mengantuk aku. Ok, SBPA ni, bukan kenaikan gaji ke apa.. tapi Pemindahan gaji ke Gred baru. So nak kata untung rugi ke, takde apa, semuanya untung, sikit banyak tu rezeki lah orang kata kan..tapi PEMINDAHAN, bukan KENAIKAN, bukan PELARASAN. Pemindahan gaji ke skim baru. Tu semua kena faham memolek. So, tiada yang rugi sebenarnya.. semuanya untunggg!!!
Tadi pun dimaklumkan, pelarasan gaji akan dilakukan dalam 3 tahun sekali (kut..atau 5 tahun) sekali tak silap aku. Tak salin slide tadi..huhuh.. Tapi akan ada pelarasan lah mengikut tempoh tertentu. Elaun2 akan dikaji semula dsb.
>typo: SBPA Januari 2012 akan jadi T5..bukan T4..
Betullah, yang penting, kena faham bebetul dulu Pekeliling Sistem Saraan baru Perkhidmatan Awam ni. Then faham pasal Prinsip Pemindahan Gaji tu. Owh ya, terdapat 2 Pindaan Baru SBPA yang perlu diambil perhatian ya wahai penjawat awam!
1. Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) untuk kenaikan gaji dikurangkan kepada 65 peratus berbanding sebelum ini, 75 peratus.
2. Markah ‘Exit Policy’ dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus manakala tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan.
Tarikh penghantaran borang penerimaan tawaran setuju terima opsyen SBPA dah dilanjutkan sehingga 15 Januari 2012 depan, tapi tempoh penerimaan opsyen persaraan paksa kekal pada 30 Dis ini. Yang tempoh persaraan 55, 56, 58 tahun sebelum ni boleh memilih untuk terus kekal kepada yang sedia ada ataupun memohon untuk 60 tahun. Kedua-dua SBPA dan Persaraan ni tak berkait rapat. Tak wajib pun pilih 60 tahun untuk terima SBPA!
Yang bawah ni mengejutkan aku...
Wallahualam.. tapi kalau betul, bagus jugak.. makin bertambah cendekiawan @ golongan penyelidik di sekolah nanti.. insyaALLAH.. apapun, bersyukur je dengan apa yang ada..



7 komen:
mengikut taklimat yg dihadiri, SBPA ni kira xda pilihan. nak x nak kena gak pilih sb jika still opsyen SSM, ada bbrp syarat yg dikenakan dimana endingnya sure org akan sign gak SBPA. Pilihan hanya ada pd umur pencen je samada kekal umur pencen SSM or 60thn(kecuali org baru).Apapun bg yg blm sign, sign jgn x sign!!!.huhu
macam iklan bank rakyat... (saya mesti pilih)
bagus la tue... yang penting ade kenaikan gaji kan.... ;-p
Kalau sudah ada penerangan yang menjelaskan kan mudah hendak buat keputusan. :-)
owh begitu ye ... sy ni xkerja ... dpt elaun bulanan dr suami je lah..hikss ~
jgn hanya mengejar duit sahaja..sebagai seorg pendidik..tugas mendidik anak murid adalah menjadi keutamaan..klu pun lahir n wujud para pendidik yang mempunyai pengetahuan luas pun tapi masih lagi terdapat pelajar/murid yg masih tidak dapat menbaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah pun tiada gunanya
erm SBPA kenaikan gajinya xsama.walaupun dalam gred yang sama tp kenaikan tetap xsama.mana perginya 7-13% yang dicanang? apepun saya tetap bersyukur gaji naik
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...