BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , , , , » Semakan Panggilan Temuduga Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) KPM 2012

Semakan Panggilan Temuduga Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) KPM 2012

Share

Semakan Panggilan Temuduga Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) tahun 2012 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

 

cuti belajar bergaji penuh

 

Kesemua calon yang memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2012 boleh membuat semakan panggilan temuduga mulai 13 Disember 2011 sehingga 18 Disember 2011 di laman berikut : http://apps.moe.gov.my/ehlp/temuduga/semak2.cfm dengan menggunakan nombor kad pengenalan masing-masing.

 

Kalau tahun lepas, masa aku buat permohonan, keputusan calon yang berjaya dipanggil temuduga untuk Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP TB) ni dikeluarkan dalam satu senarai lengkap. So memang boleh semak nama rakan-rakan yang terpilih dan boleh tahu jumlah calon yang dipanggil temuduga. Kalau tak silap, untuk Sarjana masa tu 600+, Phd pulak 400+ kut.. tapi yang berjaya? Boleh rujuk post Baru Balik Kursus Persediaan HLP 2011.

 

Tapi tahun 2012 ni, kena buat semakan sendiri je untuk tahu keputusan panggilan temuduga Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2012 . Nasib aku dah dapat gak tahu keputusan rakan-rakan yang membuat permohonan HLP dan CBBPTB tahun ni.

 

hlp 2012

 

Daripada sejumlah 7 orang rakan guru (rapat) yang memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2012 ni, hanya dua orang je yang berjaya dipanggil untuk temuduga. Selamat Berjaya dalam temuduga untuk Kak Anizah (PhD) dan Diana (Sarjana).

Bagi rakan2 lain, Cikgu Tie, Mazlyna, Kak Sila, Moon, dan Azlina, jangan bersedih.. Allah merencanakan rezeki yang lebih baik untuk kalian. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kalian. InsyaALLAH :D Boleh cuba lagi tahun depan … ok :D

 

Sebagai penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Peringkat Sarjana Tahun 2011, aku nak sediakan ruangan guru-guru yang nak bertanya tentang temuduga Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) boleh emel kepada aku dahliajournal@yahoo.com dengan tajuk : HLP 2012 . Kaunter pertanyaan tentang HLP ni aku buka sehingga 20 Dec 2011 sahaja okess.. Lepas pada tu, I nak focus on final exam..ececehssss ..

Dan I akan cuba bagi jawapan seawal mungkin sebelum Krismas. Dan maybe akan berkongsi pengalaman ditemuduga dalam beberapa hari lagi. Nak ke tahu pengalamanku?

10 komen :

Anonymous said... [Reply to comment]

tq. info yang baik...

Anonymous said... [Reply to comment]

salam..
sy mohon HLP ada biasiswa tapi dpt panggilan temuduga tanpa biasiswa..boleh kongsi sesuatu?

Ummi Nur said... [Reply to comment]

As'kum..

Dok tunggu2 entry cikgu dahlia tentang pengalaman temuduga HLP..hehhehe

Anonymous said... [Reply to comment]

salam, boleh buat rayuan tak kalau tak dpt..sy dah 10 thn ngajar..tp tak dpt utk 2012...

Anonymous said... [Reply to comment]

salam..saya dipanggil utk temuduga cbbt tb dlm beberapa hari lagi. Sudilah kiranya cg Dahlia berkongsi pengalaman ditemuduga. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. TQ

Anonymous said... [Reply to comment]

saya dipanggil utk interview hlp... tapi xdapat hlp bila result kuar aritu....

sy sbnrnya dah tgghkan phd sy utk dptkan hlp ni... bila xdpt serba salah nk teruskan lagi krn kekurangan dana utk buat kajian...

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

kenapa cikgu tak mohon cuba memohon tajaan dari mana2 institusi? sayang pula bila tangguh.. sepatutnya teruskan je PHD walaupun dapt sekalipun.. tak mengganggu.

azlanlin said... [Reply to comment]

Jika bersesuaian...sila layari :

~ http://masterupsi.blogspot.com

Anonymous said... [Reply to comment]

Aahh gagal lg buat kali ke 4 ;-( NAO

Anonymous said... [Reply to comment]

Result dah keluar....click semakan cuti belajar

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais