Bantuan Isirumah RM500 ataupun dikenali dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia amat dinanti-nantikan oleh ramai rakyat Malaysia sekarang ni. Borang bantuan isirumah RM500 ini akan dikeluarkan di akhbar2, pejabat, dan portal LHDN mulai 10 Disember ini dan bayaran RM500 akan dibuat pada pertengahan Januari 2012.
Syarat Permohonan Bantuan Isi Rumah RM500 @ Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dibentangkan oleh PM dalam Bajet 2012 adalah seperti berikut:
1. Isi rumah yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
"Ini merangkumi individu yang berkahwin; ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan semalam.
2. Bantuan RM500 sekali bayar itu dijangka akan diterima oleh seramai 5.2 juta isi rumah yang layak dengan kos RM2.6 bilion.
3. Pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember 2011 hingga 10 Januari, 2012. Borang pendaftaran bantuan isirumah RM500 boleh didapati secara percuma di
- Jabatan Pembangunan Persekutuan,
- Jabatan Penerangan Malaysia,
- Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM),
- serta akhbar.
4. Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.
5. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.



7 komen:
Erm...maknanya hanya pendapatan suami saja@campur suami isteri sekali cikgu?
hoho..banyak betul blog kongsi benda nih ye. :)
nak tanya skit cuti belajar bergaji penuh , pegawai yang berkenaaan kata kena temuduga. boleh cerita skit hingga ke kem pendedahan sebelum belajar... yulai82@ymail.com
Kawan-kawan di pejabat sudah mula mengisi borang online e-daftae di laman web LHDN
@akubiomed Adik ipar mengadu ada yang menjual borang BR1M dengan harga RM2 walhal percuma sahaja.
kalau mak dan ayah x bekerja, dan hanya terima duit daripada anaknya yang tinggal diluar kota.. Adakah wang yang diterima itu dikira pendapatan kepada mereka.?? Mohon bantuan drp yang pakar... :-)
bila mat black yang bunuh tu nak kena hukum gantung...
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...