Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2012 bagi Kakitangan Kerajaan/ Awam telahpun dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 6 Tahun 2011 berkenaan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2012.
Tarikh dan Hari Pembayaran Gaji Bulanan bagi tahun 2012 untuk Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober, November dan Disember tahun 2012 adalah seperti berikut. Jadual tarikh gaji ni untuk Kakitangan Awam sahaja… :D
Digalakkan save jadual bawah ni, print dan tampal di ruangan meja kerja anda.. at least stress buat kerja, nampak gaji nak masuk, senyum balik..ahaksss
Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia Bil 6/2011 berkaitan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2012 boleh dibaca di bawah ini.
p/s: Gaji aku bulan 1 mesti ada tolak around RM300++ for BISP… huhhu..bila nak dapat elaun sara hidup nihhhh ??



26 komen:
MINTAK TOLONG KPM SEDIAKAN BORANG SOAL SELIDIK GURU DARI 1/2 JUTA GURU BERAPA ORANG YANG BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN.
UNTUK SEMUA KAKITANGAN TERMASUK GURU AMALAN KERJA ITU IBADAH LEBIH PENTING SEGALA-GALANYA. YANG RAJIN ITU TETAP RAJIN YANG MALAS ITU TETAP MALAS JANGAN TAMBAH HUTANG DI BANK RAKYAT LAGI...INGATLAH.GUNAKANLAH IKUT KEMAMPUAN SEBENAR JANGAN BEBELANJAA MENGIKUT NAFSU. BILA HUTANG DAH BANYAK TAK MAMPU NAK BAYAR, KERJA PUN TAK DE MOD APA JADI KERAJAAN YANG SALAH TAK IKUT KEHENDAK RAKYAT .JADI INGAT-INGAT WAHAI HAMBA ALLAH IKUTKAN DUIT BILA-BILA TAK CUKUP.
untung sapa yang keje dengan gov.. saya ni tah bila nak dpt keje gov kak..
@UMAR
saya setuju tentang itu...di kpm masa saya berkhidmat di satu daerah ini...60% daripada kakitangan pejabat itu tidak bersyukur...asyik nak protes saje
fg
boleh pos tangga gaji SPBA ni??nk tau gk camna
tak payah la kita duk selidik tentang orang lain.... kita tengok diri kita sendiri setakat mana kita bersyukur bukan saja apa yang orang bagi tapi nikmat yang tuhan bagi... sudahkah kita melaksanakan suruhannya dengan sebaik mungkin, kalau nak cari salah orang memang banyak termasuk diri kita sendiri.. cuma tuhan itu maha pengasih dan penyayang, dia tak bukakan aib kita semuanya... kalau tak sorang pun tak ada yang tak buat salah... semuanya akan tunduk malu...
saya pernah menjadi guru...lps further study peringkat tertinggi saya kini lecturer di IPTA...di akui guru sebenarnya lebih bnyk memprotes dan keja yg digembur2kanya hanya segelintir jer cikgu yg buat...yg lain dok wat MLM ..buka pusat tuisyen dan bla...bla....
hakikatnya bila saya berkerja di kementerian lain rupa keja lagi beban dan bnyak 8-6 ptg...blum lagi outsation memanjang....tp saya BANGGA dia org profesional sb diam dan banyak berfikir cara nak hilang kan stress bukan dengan cara MELALAK & memprotes ....x _Guru
bgi byk mana pn tk cukup..
bila dgr gaji naik...apa yg pertama kuar dari mulut saya alhamdulillah..syukur pada TUHAN...
sudah2 la korang nk mengutuk cikgu......
apa2 keja pn amanah. guru ke, lecturer ke... jgn asyik mengutuk seakan2 diri kt cukup sempurna. bukan semua org mcm yg anda fikirkan. asal sebut je sbrg kenaikan gaji guru la jadi mangsa. skit2 nk pertikaikan kerja ngan gaji. dh tu sapa suru xjadi guru. napa xsalahkan pihak yg btanggungjwb dlm menggubal dasar gaji kakitangan awam. saya bertugas sbg MA d sebuah hospital dan saya berterima kasih kerana guru2 di sekolah anak saya belajar telah membantu anak saya mendapat 5A dlm UPSR tahun lalu. berapa pn gagi yg diorang dpt tu rezeki Tuhan limpahkan yg pntingnya jasa diorang pada anak saya.peace no war
lantak la siapa pn gaji naik melampau2. siapa kita utk pertikaikan. Rezeki tu Tuhan yg tentukan. yg pnting pndi manage & bajet gji sendri. xpyh jealos la tau la gaji bersih tu dh tinggal ciput sb tu ada prasaan hasad dngki. tu la dl pndang profesion guru ni sbg pilihan trakhir skg kn dh terngangga tengok gaji diorang. Aku MA d sbuah klinik dan aku amat mghargai jasa guru2 d skolah anak aku sb diorang dh bntu anak aku dpt 5A.xberbaloi plak rasanya sbb sgelintir guru yg xde kwibawaan&integriti, aku pertikaikan gaji, tempoh masa keja dan skop keja diorang dngan jasa diorang tu pada aku dan anak aku tu. korang brjaya pn sbb insan yg bernama guru kn...lainlah klu dpt kerja tinggi tu sbb ada 'kabel besar' atau kroni...
Semua patut bersyukur... sikit ke.. banyak ke.. tak usah fikirkan rezeki orang , jaga rezeki sendiri. Insyaallah berkat!
klu dpt gaji besar atau kecil... memang dikatakan ketententuan... tapi semua itu bermula dari diri-sendiri, semuanya tidak mustahil. kita tidak nafikan pertikaian seseorg sedangkan diri kita sendiri pun pasti melakukan kesalahan dan kesilapan. selagi kita tidak sedar dgn diri kita,kita pun tak tahu, perhatikan sekeliling; adakah kita jg seperti itu atau sebaliknya. fikir2kan lah, hidup kita semua bermula dari belajar; dan siapa kah pendidik itu, smuanya jg pendidik termasuk lah sorg yang bergelar guru.
Bagi org yang suka menjaga tepi kain org lain, cermin2kan lah diri tu elok tau sebaliknya. Jgn mulut bisa bicara tapi perangai yang dipijak sendiri melumpuhkan muka sendiri.
SAJAK SASTERAWAN NEGARA TENTANG GURU
(i)
GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Memang nak mengata guru adalah mudah. Golongan yang selalu buat kerja tak pernah mengeluh. Masalahnya bilangan mereka terlalu kecil. Masalah yang wujud disekolah bukan kerana golongan ini tetapi kerana pentadbir yang tidak pakai akal. Asyik nak mesyuarat untuk memenuhi kriteria yang disogokkan KPM. Non productive meetings.Lebih-lebih lagi dengan new deal. Semua nak deal tetapi tak tahu buat kerja. Kelam kabut disekolah. Setiap hari tahan guru hingga mereka balik iaitu waktu pejabat. Apa nak jadi siapa pun tak tahu.
guru skrg x mcm guru dulu.. yang sekarang hanya mahu gaki tinggi, mutu kemudian kira
ramainya org cemburu ngan cikgu..sbb tu tak habis2 nak kutuk..
dulu pernah jadi guru? bukan sekarang?dulu dan sekarang dah banyak beza....kurikulum pun dah berubah...kerja tentulah berubah...
bersyukur ada garisnya juga jgn ingat guru x bersyukur...manayg hak kita perjuangkan engkau org ingat cg xde perut ka mau isi....bersyukur juga tp Allah suruh berusaha pttlah org melayu yg paling ramai berpendapatan rendah...
Hurm..knape semua org asyik jealous dgn guru..sapa kate kerja seorang guru ni mudah..x ade sape yg tau, guru bukan stakat bekerja separuh hari, biasanye bekerja lebih daripada mereka yang berkerja waktu office...kalau yang bekerja sesi petang, selalunya datang awal ke sekolah untuk settlekan byk keje...balik skolah sambung lagi sampai ke awal pagi..tido pun x ..org lain cume tau guru banyak cuti, tp adakah ramai yang tahu setiap kali cuti, ramai guru yang x bercuti sebenarnye..jadi jgnlah nak menilai sesuka hati je mengenai guru..lagi pun gaji guru banyak dihabiskan untuk pelajar..ade sape2 tau pasal ni...fikir2 lah
anda perlu ingat kakitangan kerajaan ni bukanlah guru sahaja, ada banyak lagi jabatan kerajaan yang ada tapi kenapa guru lah yang asyik dipertikaikan gaji dan kerjanya?!sedangkan gurulah yang menjadi ibu bapa kedua bagi anak-anak anda...sedarlah wahai insan yang kurang prihatin dengan pengorbanan seorang guru...
Sape kata guru x bagus,jgn krn segelintir cikgu yg x brtanggungjawab kita cemarkn semua guru yg baik, krn bijak guru mendidik la korg tau baik n buruk menilai seseorg, kan dh kena.. Hehehe. . .
tak habis2 mengutuk guru....BANGANG...!!!!!!!!
Sapa2 keja ngn gomen je msti ckp kja goyang kaki la mkn bonus kja tah apa2..kja swata tu servis tiptop sgt ke ble kata sma je...sbb jd isu ni ada irihati gomen dpt mcm2 pruntukan..tp x fkir ke swasta knaikan thunan n bonus skali dpt mmg hebat la..gomen bru naik ckit kecoh2 mcm byk sgt..rzeki Allah nk bg trima ngn syukur...jgn pertikaikn guru dulu n skang la..cuba bg korg jd cikgu shari didik bdk2 tu agak2 korg ble wt ke? Jgn pndai komplen klu dri sndri pn x perfect mna..aku sokong guru wlaupn diri bkn kja guru pn..
hari pertama aku mendaftar jadi guru....tugasan yang diberi awk jadi guru kelas..bla..bla...,awak ketua panitia , awk guru tahun 6, minggu nie saya nak tov.. etr... nant belajar dgn cikgu..bla..bl... nie fail.. nati study.. nie.. time tu rasa macam mimpi first day dah macam2 tugasan dapat.. almaklum guru baru... macam-macam istilah baru yng tak pernah dengr..Macam rusa masuk kampung....tak sangka rupanya cikgu nie banyak keja.. dulu masa jadi guru ganti/sandaran tak pegang mna jawatan just help2 mcm tu...guru bkn sekadar mengajar tapi guru adalah ... boleh bertukar mcm mcm .....kerani, ibu bapa angkat, polis... sebut je... itu le cikgu.. tapi kini aku bangga cikgu mampu membentuk membentuk insan yang berguna pada nusa n bangsa... so bersyukur le
kita gunakanlah sebaik2nya segala peruntukan dan gaji yang ditetapkan..lebih baik memperbaiki diri sendiri daripada sibuk mencari keburukan orang lain...kita jangan pernah sesekali anggap kerja guru, pensyarah, jurutera, arkitek, doktor, jururawat,pelakon, pelukis, pengarah, pencuci bangunan, surirumah dan banyak lagi la adalah kerja yang mudah sekali. Ingat setiap kerja yang diamanahkan adalah ibadah yang Allah nilaikan...wallahualam
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...