BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , , , » Temuduga HLP2012 : Jawab Soalan Cikgu Fauzi

Temuduga HLP2012 : Jawab Soalan Cikgu Fauzi

Share

9153703052

Ni entry nak jawab persoalan calon temuduga HLP/CBBPTB 2012… jawapan emel lain akan menyusul.. sabar yer :D  Segala jawapan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sendiri sahaja. Harap Maklum.

 

Salam khas buat cikgudahlia...

Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada cikgudhlia kerana telah mewujudkan laman web cikgu sendiri yang saya fikir banyak membantu masyarakat di luar sana memperoleh pelbagai maklumat yang berguna. Semoga jasa baik cikgu dibalas oleh Allah S.W.T hendaknya... Insya'Allah. Dahlia jawab: Aminnnnn :D

Di sini juga saya ingin merakamkan jutaan tahniah kerana cikgudahlia juga adalah antara insan terpilih oleh Allah dalam memperoleh HLP pada tahun 2011.  Saya doakan semoga cikgudahlia memperoleh rahmat kebaikan dalam apa jua bidang yang diceburi. Tahniah sekali lagi... Dahlia jawab: Alhamdulillah, rezeki Allah.. Terima Kasih… Aminnnnn :D

Untuk makluman cikgu, atas izin Allah, saya adalah antara calon yang berjaya dipanggil temuduga bagi sesi kemasukan HLP peringkat Sarjana sepenuh masa bagi tahun 2012. Seperti yang cikgudahlia sedia maklum, tarikh temuduga yang akan diadakan ialah pada 3 Januari 2012 di Cyberjaya. Dahlia jawab: Tahniah kerana terpilih untuk temuduga! Anda sudah menjejak satu kaki ke untuk terpilih …

Saya percaya dan yakin cikgudahlia mempunyai banyak pengalaman dalam menghadiri sesi temuduga disamping pengalaman rakan-rakan yang lain. Disini dengan rasa rendah hati saya mohon jasa baik cikgudahlia untuk: Dahlia jawab: Saya pengalaman sekali je..alhamdulillah, terus rezeki :D

a) berkongsi pengalaman tersebut kepada saya. Cikgu Fauzi boleh refer post saya sebelum ni: Pengalaman Cikgu Dahlia mohon dan berjaya HLP 2011

 

Disamping itu, ada beberapa soalan yang ingin saya lontarkan dan diharap dapat diberi respon yang baik daripada cikgudahlia:

b) Berapa peratuskah kemungkinan calon yang dipanggil temuduga akan ditawarkan HLP? Dahlia jawab: Berdasarkan kuota kursus .. macam saya dulu, daripada 7 calon yang dipanggil, hanya seorang ditawarkan. Semasa pergi Kursus Persediaan Sarjana HLP/CBBPTB 2011 di Dynasty KL, ada bidang lain yang ramai geng sehingga 7 orang sekursus.. Tapi macam kursus saya, untuk Masters EMIS, memang saya xde geng. Nasib ada roomate, kursus dia 3 orang sekali dapat. So apa saya boleh bagitahu, pemilihan bergantung pada kuota lah.

c) Sekiranya ditawarkan HLP, bilakah tarikh/masa sesi lapor diri/kemasukan? Dahlia jawab: Kemasukan ikut Universiti yang dipohon. Sebaiknya, bila dah nak ke interview ni, standby dah U mana nak masuk.. Bila kemasukan tu saya tak pasti..ikut pada keputusan temuduga.. Maybe untuk kemasukan U bulan 2 nanti. Kalau berani, masa temuduga cuba tanya peluang cerah ataupun tidak.

d) Sekiranya ditawarkan HLP, apakah dan berapakah elaun-elaun dan biasiswa yang bakal diterima? Dahlia jawab: Biasiswa yang dapat ialah Elaun sarahidup setiap bulan (Sarjana=RM800, PhD=RM900), elaun perkakasan, elaun buku, elaun tesis, elaun bantuan keluarga, elaun penempatan (sekali sahaja).. Nilai sebenar setiap satunya saya xtahu.. Sbb tak dapat lagi skrg ni. Masih menunggu..huhuh..Owh ya, untuk HLP, yuran semua memang dibayar KPM yer..

e) Sekiranya ditawarkan HLP, adakah elaun-elaun yang sedia ada terjejas? Jika ada elaun apa yang terjejas mohon maklumkan. Dahlia jawab: Saya duk semenanjung, ITKA, COLA memang tak terjejas. BISP, elaun memangku memang tak dapat. Elaun wilayah pun tak dapat.

f) Sekiranya ditawarkan HLP, apakah kelebihan dan kelemahan jika dinilai dari sudut SBPA bersadarkan pengalaman dan pemerhatian cikgu? Dahlia jawab: Dari sudut SBPA? SBPA pun saya masih belum clear. Tapi dalam surat tawaran dan kelulusan memang disebut tidak menjejaskan perkhidmatan termasuk kenaikan pangkat. Bila dah skim SBPA ni, wallahualam..

Cikgudahlia, saya dengan ikhlas hati memohon maaf sekiranya pertanyaan saya menggangu emosi cikgu. Sesungguhnya saya amat berharap pengalaman cikgu boleh membantu saya dalam memilih keputusan yang tepat yang saya anggap bermulanya sekali peluang untuk kejayaan pada masa hadapan. Dahlia jawab: Cikgu, positif k. Yang penting buat yang terbaik masa temuduga nanti. Nak terpilih dapat temuduga pun bukannya senang.. Dah kira bertuah dah tau! Kawan saya ramai yang sedang bersedih. InsyaALLAH, ada rezeki, dapat HLP nanti.. Allah dah merencanakan apa yang terbaik buat kita. Teruskan usaha, yakin pada Dia dan redha dengan ketentuanNya :D

 

Semoga jasa baik cikgu hanya Allah dapat membalasnya. Terima kasih seadanya... Dahlia jawab: Aminnnn :D  Sama-sama

daripada: Cikgu Fauzi, Segamat, Johor

 

Kalau ada keraguan atau pertanyaan lain, sila emel ke dahliajournal@yahoo.com . Kita kongsi bersama untuk pengetahuan semua k sebab tu saya tak balas emel jer terus. Biar berkongsi kemusykilan bersama-sama.

12 komen :

Anonymous said... [Reply to comment]

tq utk info yg sgt berguna ni.dn tahniah kpd cikgu2.sy interview minggu dpn...tgh gabra ni....sy nk tanya satu soalan...sbl ni ada yg ckp kita boleh buat proposal lain yg mungkin lbh baik dr yg dh submit hr tu..tp sy tkt mcm xsempat je nk buat yg lain...sbb nk kena study btl2 keseluruhan proposal tu.
ikut experience cikgu dahlia yg lepas, perlu ke kita upgrade proposal kita? @ interviewer mmg dh ada copy proposal yg kita submit masa apply hr tu?

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

Tahniah ye cikgu.. All the best utk interview minggu depan :D

Boleh sediakan kalo ada proposal yang lebih baik.. Tak salah untuk ajukan yang baru/upgrade.. tapi mesti mahir sebab soalan mmg banyak based on bidang yang kita minta. Dan proposal kita tu kena defend sebagus2nya.. dia mmg dah ada copy, tapi hari tu dia memang mintak copy lain. Interviewer sy hari tu dia memang ambil masa study proposal sebelum kami dipanggil masuk.

Yang penting, dalam proposal,sebaiknya ada sumbangan utk pelajar, guru, KPM :D

stdby untuk defend proposal anda atau ada cdgn penyelidkan lain yg lebih baik..

Chekgu Azrine said... [Reply to comment]

cikgu dahlia.. rasa2nya bila lagi akan dibuka permohonan HLP/CBBPTB??

Anonymous said... [Reply to comment]

salam cikgu dahlia...terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman yg sgt berguna dgn kami semua...saya akan menghadapi temuduga hlp untuk phd bulan jan 2012 ini. adakah perlu saya memohon universiti dulu sebelum temuduga ini atau tunggu sehingga mendapat keputusan selepas temuduga tersebut.

Anonymous said... [Reply to comment]

Assalamualaikum cikgu..... bile masenye kite perlu mohon tpt pengajian? adeke sebelum atau sesudah interview hlp? terime kasih.....

DaHLia said... [Reply to comment]

@Chekgu Azrine

cuba try tengok2 bulan 2 atau 3 kut..
takpun maybe hujung tahun jugak :D

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

nak apply U sebelum keputusan pun ok.. tak menjadi masalah, tapi kena invest lah sikit.. so bila dpt nanti, dah ada tempat nak belajar..kalau tak dapat pun, cikgu boleh tukar mod pengajian ke separuh masa.. ramai yang penerima HLP satu batch dengan saya, dah belajar 1 sem sebelum berjaya dapat HLP.

kalau tunggu keputusan temuduga keluar pun boleh, sbb result HLP ni biasanya laku untuk setahun. Kalau tak sempat kemasukan bulan2, boleh apply untuk kemasukan bulan9 nanti. Takpun, boleh buat rayuan dsb. Banyaklah sikit kejenye kena turun naik U, buat follow up dsb. Apapun, permohonan kali ni saya nampak lebih flexible dengan time frame yg lebih panjang berbanding semasa saya memohon dulu...

cikgu Fauzi said... [Reply to comment]

salam cikgu dahlia. terima kasih kerana info banyak membantu. Allah telah perkenankan harapan saya dan kini saya telah berjaya diterima HLP tahun 2012. semoga usaha yang baik daripada cikgu dahlia ini dapat diteruskan bagi membantu rakan-rakan di luar sana yang masih memerlukan... terima kasih sekali lagi- from cikgu Fauzi...

Sifu serba tau said... [Reply to comment]

thanx...4 d info

Anonymous said... [Reply to comment]

Salam cg dahlia.

Timakasih kerna sudi kongsi pengalaman. Dari pengalaman cg, calon phd ada tak kena buat pembentangan proposal...kena prepare slide show?

Thanks.

Sophyta

Ermie Dharlya said... [Reply to comment]

@Anonymous

erk xdgr plak kena buat slide presentation, :)

BISHANANI OMAR said... [Reply to comment]

Kalau hlp jpa kena prensent power point.
Ada tgk dlm blog hr tu

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais