BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » Temuduga HLP/CBBPTB 2012 : Jawab Soalan Cikgu Teoh

Temuduga HLP/CBBPTB 2012 : Jawab Soalan Cikgu Teoh

Share

hlp2012

 

Tahniah cikgu Teoh sebab terpilih antara ribuan yang memohon! Cikgu tak perlu stress, bahkan perlu positif. Kumpulkan motivasi dan semangat. Bukan senang nak dapat ni! Ribuan lagi yang sedang bersedih kerana tidak dipanggil temuduga.

 

Saya dah cuba kongsikan maklumat dan soalan yang pernah saya kena dahulu dalam post2 lain sebelum ni. Boleh rujuk link2 yang saya sediakan di sebelah kanan blog ini. Maaf, saya tak ingat detail setiap soalan. Dah terlalu lama sesi temuduga tu berlaku. Tapi pengalaman saya ditemuduga memang mostly berkaitan bidang yang saya mohon dan proposal kajian saya.

 

Bahasa pula bergantung pada penemuduga. Saya 80% dalam English. Calon lain yang sama bidang permohonan macam saya (sebilik), hanya disuruh memperkenalkan diri dalam English. Saya mostly kena speaking. sebaiknya bergantung pada panel. kalau soalan ditanya dalam BM, jawab je dalam BM..kalao dalam BI, jawab dalam BI. Yang penting, kena berani dan yakin.

All the best cikgu Teoh!

14 komen:

Wan85 said... [Reply to comment]

http://wanwidget.com
ramai yer sana sini org nak interview, musim cari kerja nih

arwen said... [Reply to comment]

cikgu teoh mohon bidang apa?

Anonymous said... [Reply to comment]

salam, cikgu dahlia...saya mengikuti blog saudari semenjak dapat panggilan temuduga HLP ambilan 2012 pada 27 dis yang lalu dan berjaya dalam pengambilan HLP tahun ini...alhamdulilah dan terima kasih atas info cikgu...

soalan saya;
saya memohon kursus pembangunan sistem maklumat pendidikan, masalahnya saya masih mencari universiti mana yang menawarkan kursus tersebut? jika cikgu ada info tentangnya harap boleh kongsi

tq

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

tahniah cikgu!
Dan terima kasih :D

Untuk pengetahuan cikgu, saya kursus Pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan. Dan ada rakan2 yang Pembangunan Sistem. Kalau tidak silap, di UKM atau UPM sahaja ada ditawarkan kursus Sistem Maklumat.

Cikgu boleh go through semua bidang yg ditawarkan di semua U dulu.. tapi untuk mencari specifik Pembangunan Sistem Maklumat Pendidikan memang tiada ditawarkan di mana2 Universiti pun. Macam saya sendiri, mengambil Sarjana Pendidikan ICT di UPSI.. Dengan kebenaran BT, KPM tapi dengan SYARAT, disertasi akhir saya, mesti menjurus kepada bidang tajaan KPM "Pengurusan Sistem Maklumat".

Cikgu try dulu memohon untuk bidang2 perkaitan, nanti masa Kursus Intervensi, boleh bertanya lebih lanjut dengan wakil KPM.

Anonymous said... [Reply to comment]

salam, terima kasih atas segala info dalam blog cikgu dahlia. blog ni byk membantu saya dalam interview sehinggalah terpilih dlm program hlp 2012..terima kasih byk2. mg Allah mudahkan segala urusan cikgu. skrg saya tgh survey nak mohon u. nak tanya, bila kita boleh mula bercuti? kena tunggu surat dulu ke atau kena apply dgn kpm?

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

Tahniah cikgu!
Boleh mula bercuti mulai tarikh daftar di U. Nti masa kursus persediaan/Intervensi selama 3 hari tu akan dimaklumkan prosedur.. Nanti kita kena mohonbila dh mndaftar.. ada borg yg perlu diisi.

Anonymous said... [Reply to comment]

banyak informasi yang berguna..tahniah !!!

Anonymous said... [Reply to comment]

terima kasih banyak atas info cikgu dahlia yg amat berguna...masa cikgu dahlia mohon kbenaran BT, KPM perlu tak kita walk in ke sana sendiri atau memadai dengan telefon pada wakil KPM ...terima kasih
kalau ada maklumat ttg rakan2 dari pembangunan bleh tak mohon share maklumat mereka...sebab untuk tahun nie saya seorang saje yg ambil course tersebut
terima kasih

Ermie Dharlya said... [Reply to comment]

@Anonymous

sama2 cikgu :D
insyaALLAH selagi saya tahu, saya akan cuba membantu..

Nanti semasa Kursus Persediaan, akan diberikan borang permohonan cuti belajar tu. Nanti bila dah daftar di U, hantar je borang tu ke BT by pos pun boleh. Ada beberapa dokumen lain juga yg perlu dihantar. Masa tu cikgu dah dikira bercuti. Surat kelulusan cuti belajar akan dikeluarkan BT setelah menerima borang permohonan tu.

Cikgu boleh cuba join FB kami tapi harapnya tak misplaced wrong information di sana ok :D

Anonymous said... [Reply to comment]

terima kasih cikgu dahlia atas informasi tersebut....masih ada lagi pertanyaan dari saya jika cikgu dahlia sudi menjawab

adakah saya boleh memohon untuk M. Sains Komputer / M. IT dari universiti lain (selain Upsi yang menawarkan M.Edu spt yg cikgu dahlia jalani sekarang ) dengan disertai disertasi akhir menjurus pada pmbangunan sistem maklumat pendidikan.....

terima kasih

Ermie Dharlya said... [Reply to comment]

@Anonymous

saya rasa memang boleh, saya ni pun kes masuk UPSI sbb UPM xnak accept sy sbb sy xde background IT..huhuh

apapun, saya tak berani nak bagi keputusan tentang itu.. cikgu boleh ajukan soalan semasa kursus persediaan nanti. Pegawai2 BT akan sentiasa sedia membantu :D

Anonymous said... [Reply to comment]

Terima kasih byk cikgu dahlia..jasa baik cikgu akan saya kenang..moga pngajian cikgu lebih sukses ..saya sntiasa mndoakan

Anonymous said... [Reply to comment]

assalamualaikum cikgu dahlia..sy nk bertanya..kalau sy nk mohon course pengurusan sistem maklumat,universiti mane yg tawarkan?UMT terengganu ada x menawarkn apa2 course?kalau sy lebih kepada database,apa course yg sesuai?sy background it,drp diploma, bachelor,bachelor pendidikan..blh bg pndangan?terima kasih byk2..semoga Allah merahmati hidup cikgu..

red said... [Reply to comment]

assalamualaikum..ckgu dahlia.

saya telah menghadiri temuduga HLP peringkat sarjana tahun 2013 pada 15/10/12.soalan saya adakah saya perlu memilih dan membuat pendaftaran universiti?sedangkan keputusan berjaya @ tidak lagi diketahui.adakah saya perlu apply online universiti mana yang saya mahu?

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais