Ingin membeli hartanah? Dapatkan panduan lengkap dari pakar hartanah!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

 Banner
Home » , » Teras Pengetahuan Guru

Teras Pengetahuan Guru

Share

Pengetahuan isi kandungan (Content knowledge) 

Merangkumi aspek pengetahuan substantif dan pengetahuan sintaktik. Pengetahuan substantif merupakan bahagian paling penting dalam sesuatu disiplin di mana merangkumi fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran. Ia juga merujuk kepada kerangka yang digunakan untuk menyusun semua konsep dan fakta sesuatu mata pelajaran. Pengetahuan sintaktik merujuk kepada kaedah yang melaluinya pengetahuan usulan dihasilkan dan dimantapkan, kaedah di mana pengetahuan baru diterima melalui beberapa prosedur uji kaji dan  pengesahan.

 

Pengetahuan pedagogi am (General pedagogical knowledge) 

Merujuk kepada pengetahuan am mengenai pengajaran yang diperoleh melalui amalan, sebagai contoh, tentang cara mengawal dan mengurus bilik darjah dan cara menarik dan mengekalkan minat pelajar.

 

Pengetahuan kurikulum (Curriculum knowledge) 

Pengetahuan kurikulum ialah pengetahuan tentang kurikulum dalam pengertiannya yang luas, mengenai program pengajian dan jenis bahan kurikulum yang digunakan untuk sesi pengajaran.

 

Pengetahuan tentang pelajar dan ciri mereka (Knowledge of learners and their characteristics) 

Merupakan pengetahuan tentang sifat pelajar dalam julat umur tententu, sifat sosial mereka, tingkah laku mereka dalam bilik darjah dan di sekolah, budaya hidup serta minat dan kecenderungan mereka.

 

Pengetahuan konteks pendidikan (Knowledge of educational contexts) 

Pengetahuan ini adalah tentang semua latar di mana pembelajaran berlangsung: sekolah, bilik darjah dan konteks pendidikan yang lebih luas bagi komuniti dan masyarakat.

 

Pengetahuan matlamat, tujuan, nilai dan falsafah pendidikan serta asas sejarah (Knowledge of educational ends, purposes, values and philosophical and historical grounds) - Pengajaran juga adalah usaha menerapkan nilai-nilai dimensi moral ke arah melahirkan warga bermoral tinggi dan bertanggungjawab.

1 komen:

akubiomed said... [Reply to comment]

Saya pernah terlibat secara tidak langsung untuk membangunkan program diploma kejuruteraan Elektronik Perubatan. Bahagian saya ada silibus 2 semester akhir agak sukar untuk memenuhi kriteria MQA pada sama tidak mahu topik penting tertinggal untuk dilengkapi oleh pelajar sebelum melangkah ke dunia pekerjaan. Dengan bantuan sahabat-sahabat yang juga pensyarah membantu pembahagian peratusan untuk teori dan praktikal serta pedagogi.

Saya juga diminta mencadang bengkel dengan peralatan yang perlu digunakan. Bagi saya yang bukan tenaga pengajar hanyalah orang industri yang berkongsi pengalaman didalam industri supaya program yang dibangunkan seiring dengan keperluan industri bukan program "syok sendiri"

Perkataan pembangunan pedagogi tidak boleh sesuka hati main bantai digunakan perlu ada perkataan tertentu yang dibenarkan terutama "outcomes" silibus.

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Syoknyer Blogging
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

♥ Projek DJ2B - 31 Blogger ♥

Photobucket Blogger yang telah direview : 1.Lyn Azlina 2.Nurhafiz 3.Ecah 4.Hazwan Blogger yang Masih Aku Hutang Review:
DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais