Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) yang bernilai RM200 sudah mula diedarkan kepada semua pelajar Tingkatan 6, IPT, IPTS, Politeknik serta Kolej Matrikulasi/Asasi seluruh Malaysia mulai Januari 2012. Pengedaran baucar buku 1 Malaysia ini adalah melalui institusi masing-masing.
Dahlia masih lagi belum mendapatkan baucar buku 1 Malaysia (BB1M) yang layak diterima memandangkan masih lagi dalam cuti semester. InsyaALLAH, bila pulang ke UPSI untuk semester baru hujung bulan Februari nanti, akan terus ke Pusat Pengajian Siswazah untuk mendapatkan baucar buku tersebut. Rezeki jangan ditolak, kan? Baucar Buku 1 Malaysia ni hanya sah digunakan sehingga 31 Mac 2012 sahaja! So, bolehlah beli buku yang akan digunakan semester depan dengan baucar tersebut. InsyaALLAH.
Anyway, terdapat berita yang tak best didengar berkenaan pemberian Baucar Buku 1 Malaysia ni. Yup, aku yakin ramai lebih memerlukannya dalam bentuk wang tunai berbanding baucar RM50 sebanyak 4 keping, kan? Sebab itulah ada yang mengeluarkan rumours mengatakan baucar buku RM200 ni boleh ditukar tunai untuk RM180 di Bank Simpanan Malaysia. Sampai macam tu sekali? Jangan percaya!
Yang tu hanya rumours, tapi kali ni memang real! Voucher buku RM200 ni diiklankan untuk dijual di laman web mudah.my! Yup, time aku boring2, sokmo masuk mudah.my browse barang.. nampak sangat takde keje, tahu nak perabiskan duit jer, kan?
Iklan yang dinaikkan pada 18 Jan 2012 oleh Hup Idea di Mudah.my Perak yang menjual baucar buku RM200 tersebut dengan nilai RM150 sahaja.
Apapun, sesiapa yang berniat untuk berbuat begini, better fikir masak-masak. Sebabnya setiap baucar buku ni ada nombor siri yang telah direkodkan bagi setiap individu yang menerima. Dan dekat baucar tu pun kena tulis nama dan juga nombor kad pengenalan. So, kalau pembeli adalah bukan pelajar, macam mana? Or penjual tu akan tulis nama dan no kad pengenalan siap2 pada baucar buku 200 yang dijualnya? Jangan sampai anda kantoi sudah. Gunakan apa yang diberikan dengan sebaiknya. ^_____^



14 komen:
Susah kalau macam ini tujuan memberi baucer adalah untuk meringankan beban.
dah dapat tu bersyukur je lah kan.. ish3
Hurmm.... nie kalau istilah orang pakar lelong pasar malam - " ASAL BARANG JADI DUIT ".... semua benda nak dijualnya....haishhh
memang jujur betul orang yang post iklan tu.. dia tak perlukan voucher tu hhu
salam kenal...akak pun dpt sbb buat PJJ..dh hbs guna dh pun..hehehehe:-)
Duit rakyat tuu..amanah kena jaga woooo ;)
dah bagi bantuan, tapi salah guna
@akubiomed
:D mungkin dia betul2 lebih perlukan wang
@Syat0za Zai
tu lah pasal.. banyak boleh digunakan dengan voucher ni
@hazman aka species1980
betul tu :D
@sabree hussin
jujur sangat sampai lupa part no. siri tu
@Huzaina Hashim
sy xguna lagi.. minggu depan baru nak balik guna..hee
@Amir
tu laa pasal
@adam
baik bg pada org yang betul nak kan
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...