BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , , , , , , , » Ipad Kanak-Kanak vs Lee Ai Pad

Ipad Kanak-Kanak vs Lee Ai Pad

Share

Sekarang ni Ipad antara toys yang menjadi trend di Malaysia ni. Uiks, Ipad sebagai alat permainan untuk kanak-kanak? Mak aihhh kayanyerr!!!

IMG_20120111_133448

Gambar Ipad Kanak-kanak

Memandangkan aku ni mak sedara yang baik, aku pun sempatlah jugak jadi first batch customer yang ada Ipad Kanak-Kanak ni.. Beli untuk anak sedara aku, Feeqa yang setahun lebih tu.. Mana taknya, sokmo mintak smartphone kami je, at least, Ipad ni boleh laa di buat baling2 kut.. huhu.

Aku beli Ipad ni dengan Educational Toys Bumiputera. Korang search je Educational Toys Bumiputera kat Facebook kalau berminat nak beli alat permainan bercirikan pendidikan untuk anak-anak korang. Memang banyak pilihan dan harga pun lebih murah berbanding beli kat shopping complex!

 

IMG_20120111_143639

Gambar Ninin dengan Feeqa dengan Ipad Kanak-kanak.. Buat derk jerk? Susah nak snap gambar mereka menggunakan Ipad ni..

Berapa harga Ipad Kanak-kanak ni?

Ipad yang aku beli ni harganya RM37 siap dengan bateri dan including free shipping menggunakan Poslaju. Sekarang ni dah ramai seller yang jual Ipad Kanak-kanak ni. Tapi harga macam-macam dari serendah RM35 (without shipping charges) sehinggalah ke RM45.. Tapi rasanya diorang tengah kutip order je sekarang ni. Pre-order istilahnya, No Ready Stock. Dalam 3rd week bulan 2 baru dapat kalau order sekarang. Ikut pandailah korang survey ye. Cari the best price dan best seller bila nak beli barang secara online ni. Jangan sebab nak murah, dapat seller yang salah.

 

So, best ke Ipad Kanak-kanak ni?

Ipad kanak-kanak ni memang sesuai untuk yang berumur 3 tahun ke atas, yang nak belajar huruf, nombor, ejaan, dan perkataan. Ada jugak music yang pelbagai. Kiranya all in one, dalam bentuk yang handy dan trendy. Oh ya, semuanya dalam Bahasa Inggeris. Dah item ni dari luar (China kut), takkan lah nak buat Bahasa Melayu kan?

Saiz, bentuk Ipad Kanak-kanak ni memang macam Ipad lah tapi kembung sikit kat belakang sbb tempat bateri. Ipad Kanak-kanak ni ada kaler hitam dan putih, boleh pilih. Ada gak yang jual warna biru dan purple tak silap aku. Tapi tak syok lah kan, sebab Ipad real, mana ada kaler2 warna-warni gitu. Ops, anyway, dengan RM37, korang jangan lak expect nak dapat Ipad yang ada animation, kena slide, ada Angry Bird dan sebagainya. Jangan nak verangan! Ipad Kanak-kanak ni hanya untuk ditekan2 je (touch screen) untuk kuarkan bunyi. Macam anak buah aku, Feeqa tu dia suka tekan butang hitam kat hujung tu je. Sebab dia tak pandai lagi nak menekan touch screen kut. Both anak buah aku ni dah banyak sangat permainan, so Ipad yang aku beli untuk diorang ni, memang diorang tak pandang derrrr…

Sebabnya??

IMG_20120113_204815

Gambar Ninin dengan Lee Ai Pad!

 

Diorang dah ada Lee-Ai Pad (dalam gambar di atas)! Dibeli dengan harga RM300+ oleh adik aku kat Johor. Lee-Ai Pad ni jenama dari MAlaysia je, menggunakan Android Froyo. Lee Ai Pad ni memang sebuah tablet, cuma memang agak lembab dan tidak smooth la, maybe sebab OS dia kut. Main Angry Bird pun tersekat2. Kalau jenis tak tahan menunggu lama macam aku, toksah laa nak beli. Takat nak beli pada budak buat main, boleh lahhh..Memang Lee Ai Pad je aa yang direbutkan dua beradik ni. Buat dengar lagu, main Angry Bird. Tapi kakak hari tu aku dah ajar dia guna function Calculator untuk kenal nombor. Alhamdulillah, sesi pembelajaran berjaya! After sejam dah kenal semua nombor 0-9. Yup, guna teknologi ke arah kebaikan, baru kita nampak faedahnya!

 

Nanti kakak dah besar, kakak nak beli telefon macam Alang lah”.

Alang guna Galaxy SII. Takat bukak sendiri, lock, main Angry Bird, keluarkan ikon ke home screen, memang kerja dia je. Kadang tu penuh home screen aku dengan ikon apps. Hari tu banggga gila si Ninin ni bila dapat gunakan Youtube untuk search Video. Berlagak gile muka! Yang si adiknya pulak, pernah tu ambik Nexus S aku, cucuk kabel charger. Kadang tu, siap mintak Angry Bird. Huhuh… memang cabaran sungguh laa budak2 ni. Budak-budak sekarang.. hidup dengan tablet!

14 komen:

Eliyana said... [Reply to comment]

takut tengon budak2 sekarang ni...advance sgt...duk main angry bird ni, nnt tak kenal plak main guli, gasing,teng teng cam kita kecik2 dulu...ada bad & gud side...

Mieza said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Cikgu Dahlia, mainan anak-anak terus maju bersama edaran masa. Seringkali kita ibu-bapa tidak terkejar...

Ardini Humaira said... [Reply to comment]

seronoknya kecik2 dah dapat gajet mahal2 :D

Chekgu Azrine said... [Reply to comment]

Saya ada order ngn kwn jt fb..lmbt dapat kot..bulan feb nti..awal akhir kurang pasti..huhu

akubiomed said... [Reply to comment]

Banyak juga klon iPad dipasaran tetapi pandai survey. Cari processor 1Ghz dan memory RAM500 keatas tentu gambar tidak tersekat.

hazman aka species1980 said... [Reply to comment]

nampaknya bebudak skang dah tak layan lagi la permainan tradisional sejak banyak gadget canggih di pasaran

Yastro said... [Reply to comment]

Salam Jumaat sis...banyak gadget tuk org dewasa maka bertimbun juga la gadget tuk kanak2...bagus kalau dpt manfaatkanya dgn pelajaran...kurang baik klau hanya tuk hiburan...apepun biar hidup dgn tablet/gadget tech terkini...jgn hidup dgn tablet yg lain (nyusahkan diri) lakk....hehehehe

Mama Mirza said... [Reply to comment]

nak carik gak.. nampak menarik... Akif dah sibuk nak samsung galaxy tab, baru darjah 1 nak oiii...

klcitizen cikgunormah said... [Reply to comment]

wah budak zaman sekarang ya... tak main kaler2 kertas lagi ya.

Unknown said... [Reply to comment]

terpikir juga nak beli lee aipad.. utk anak.. maklum la anak2 suka tgk youtube..

Nafisa81 said... [Reply to comment]

takut nnt tak kenal sedara..

RinnAzrinah said... [Reply to comment]

kalo kat area shah alam nih agak2 ade x jual aipad nih?...

Anonymous said... [Reply to comment]

mesti la ada.

Anonymous said... [Reply to comment]

lee ai pad ni..sebenarnya buatan china kan? saya pun dah beli satu rm 400+. tapi upgrade version guna androids 4.0.4. built in memory 8G. memang nak bagi anak. saya takda gadget canggih..tapi sedara mara, sepupu2 dia dah gitu. anak ni pun terkesan gak. cuma nak kepastian satu je... yang lebih arif di luar sana, dapatkah kalian membuktikan lee ai pad ni buatan malaysia? sebab device ni banyak di kedai2 rupa sama tapi sticker syarikat je lain2. memang datang dari china kan? saya rasa dari china..tapi tokey2 kedai kata,buatan malaysia. ntah la.

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais