Minggu Media Sosial Malaysia 2012 ataupun Malaysia Social Media Week (MSMW) 2012 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 13-17 Februari 2012 ini. Pernah dengar ke pasal Minggu Media Sosial Malaysia 2012 ataupun MSMW 2012 ni sebelum ini? Tahukah apa itu Minggu Media Sosial ni?
Minggu Media Sosial Malaysia 2012 merupakan satu program yang bakal di adakan bersempena dengan Minggu Media Sosial Sedunia. Minggu Media Sosial Malaysia 2012 diadakan bertujuan untuk mewujudkan serta merapatkan hubungan pengamal media sosial melalui pendekatan terkini dan mudah serta menangani isu-isu generasi muda pada supaya menggunakan media sosial dengan cara lebih positif. Golongan sasaran yang akan menyertai MSMW ini adalah ketua pegawai eksekutif, pengusaha korporat dan industri, wartawan dan penulis media online, bloggers, pengurusan komunikasi korporat, penuntut institusi pengajian tinggi, pakar-pakar teknologi maklumat, pemimpin politik dan agensi-agensi kerajaan.
Pengguna tegar Facebook, Twitter, Google+, Youtube, Blogger, etc inilah acara untuk kita!
Program Minggu Media Sosial Malaysia 2012 ini dianjurkan oleh Social Media Chambers, iaitu organisasi yang mempromosi dan menyokong penggunaan media sosial secara berdisiplin dan beretika, dengan sokongan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
Gambar di atas : (dari kiri) Duta Minggu Media Sosial Malaysia – Aznil Hj Nawawi dan Altimate bersama Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Haji Ibrahim Abdul Rahman dan Ketua Social Media Chambers Shahul Hameed Dawood. Seorang lagi Duta Minggu Media Sosial Malaysia, Lisa Surihani tidak hadir pada Majlis Taklimat MSMW 2012 di Berjaya Times Square pada 19 Januari 2012 lepas.
Pelbagai acara akan diadakan sepanjang program Minggu Media Sosial Malaysia 2012 dengan kemuncak utama acara adalah Perhimpunan Terbesar Blogger dan Media Sosial Antarabangsa 2012 atau dikenali sebagai “World Bloggers and Social Media Summit) yang akan menampilkan pakar-pakar dan pengamal media sosial elit seluruh dunia. Ada juga acara pameran gajet, konsert, bengkel atau klinik sosial media, pertandingan foto, seni graffiti dan banyak lagi yang akan berlangsung kelak.
Antara Kategori yang dipertandingkan untuk Majlis Anugerah Blogger. [VOTE ME!]
Paling menarik bagi kita yang bergelar blogger ini adalah Majlis Anugerah Blogger dan Media Sosial Antarabangsa 2012 yang akan mengetengahkan penulis-penulis blog serta aktivis media sosial yang terbaik di peringkat global yang telah dicalonkan untuk pencapaian cemerlang mereka dalam arena media sosial. Banyak juga aktiviti lain yang akan dibawa di sekitar Kuala Lumpur dan akan dijadualkan memenuhi ruangan beberapa lokasi yang mampu menghubungkan media sosial dengan penggunanya baik dari komuniti bloggers mahupun Netizens yang turut juga dikenali sebagai Gen Y ini.
Comel! Gambar trofi kemenangan yang menanti blogger terbaik dalam setiap kategori yang dipertandingkan dalam acara World Bloggers and Social Media Awards 2012 yang akan berlangsung pada 16 Februari 2012.
Brochure sempena Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2012:
Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai aktiviti yang diadakan sepanjang Minggu Media Sosial Malaysia 2012 ini, boleh melayari laman berikut:
Laman web rasmi Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2012 : www.socialmediaweek.com.my
Laman Facebook Minggu Media Sosial (MSMW) 2012
Laman Twitter Minggu Media Sosial (MSMW) 2012 : @MSMW_2012
Kalau sudi, Vote blog www.cikgudahlia.com untuk Best Educational Blog. ^___^ TQ



3 komen:
tqvm 4 sharing, sis..teruja neh...ahahhaha, insyaallah! will vote
Kalau ada kelapangan boleh pergi ke PWTC nanti.
terbaik contest nie
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...