Kaspersky Antivirus License Key RM 22 sahaja!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , » Rezeki dari Allah..

Rezeki dari Allah..

Share

Alhamdulillah… Rezeki dari Allah.

Semalam baru je kami sekeluarga menerima dugaan , hari ni dah dapat rezeki Allah, dapatlah makan sedap2 secara PERCUMA! Cakap pasal dugaan, kadang2 pelik, kenapa ada sesetengah orang yang suka berhasad dengki bila tengok orang lain bahagia, hidup senang lenang. Dah tu pulak, nak hidup senang, tapi taknak berusaha, nak dapat semua benda dengan PERCUMA semuanya.. Bukannya takda tulang empat kerat yang masih lagi boleh bekerja. Tahu nak mudah je. Paling aku bengang, bila nak mengusutkan fikiran orang yang aku sayang. Dah tu bila diberi dugaan, tak pernah nak muhasabah diri, asyik persalahkan orang lain kata kena bomoh dsb, tahu nak mengutuk sana sini je. Bila lah nak insaf! Kalau lah pihak tersebut baca blog aku ni, aku suka sangat2!! Aku bukan lupa daratan, tapi aku memang bencciiii dengan orang yang membuat family aku bersedih lebih-lebih lagi mak aku. Tolong ingat tu! Jangan sampai aku jadi kurang ajar~~~

 

Lalala…just nak mencurahkan rasa geram… mana lagi kan, kalo tak pada blog? Takkan nak pergi landing atas jalan.. Ahaks~~

IMG_20120119_145751

 

Owh ya, ikan2 di atas ni lah rezeki percuma yang aku cakapkan. Ada ikan Tenggiri, ikan selar, ikan selayang, ikan muduk, ikan selar kuning, dan ikan apa entah nama satu lagi, aku pun tak tahu. Ahaks. Bekalan ikan percuma dalam gambar di atas ni, kami dapat dari sedara belah arwah Abah yang duk kat Narathiwat, Thailand. Uiks jauhnya poslaju ikan? Ahaks…tidaklah! Takkanlah ikan pun nak poslaju? Actually sedara kami tu dia kira cam nelayan laut dalam ni haa.. Bila bot balik ke darat, landing kat Kuantan ni, dapatlah kami ikan free. Sokmo dah kami dapat ikan free ni, kadang2 tu, tak habis lagi ikan yang dibagi, dah call suh datang ambik lagi. So, jiran2 atau kawan2 rapat tu, dapatlah jugak merasa ikan free dari kami.

 

Tadi pun dah sedekah separuh pada kawan mama kat Batu 5, CIk Nah. Masa gi ambik ikan ni kat jeti bawah Jambatan Tanjung Lumpur tadi pun, dia cakap minggu depan datang ambil ikan tenggiri masin lak. Nanti dia nak keringkan. Alhamdulillah, rezeki~~~ Akhirnya tenggiri itu berjaya daku masak lemak cili apikan dia. Paling bangga, air tangan aku sendiri masak lemak cili api ikan tenggiri tadi. Tapi di bawah prosedur dari mak aku lah. Nak harapkan aku? Maunya gulai aku tawar. Bab2 rasa merasa ni aku failed!

 

 

Teringat pulak seseorang yang sedang mengail kat Bandar Tenggara, Johor sebab nak kena sediakan 200kg ikan untuk Hari Keluarga Pejabat dia 22Januari 2011 kat Bekok. Nasib badanlah yer, awak mengail berhari2, saya tak payah mengail, dah dapat ikan FREE..hehe..Nak buat macam mana, boss dia suruh sediakan 200kg ikan, tapi duit tak bagi.. Last sekali terpaksa dia and the geng mengail sendiri. Kalau kena kat aku, dah lama boss tu aku suruh pegi menyelam sendiri!

7 komen:

Jard The Great said... [Reply to comment]

teridam ikan sabah yg fresh2 belaka.. huhuhu

Lin Azlina said... [Reply to comment]

sedapnya msk ikan tenggiri tu

Mieza said... [Reply to comment]

Assalamualaikum Dahlia, rezeki Allah itu datangnya dari punca yang tidak kita sangka-sangka. Alhamdullilah rindu nak makan ikan kecik...goreng kunyit.

puanbee said... [Reply to comment]

sedap nya ikan fresh ni . buat bakar cicah air asam je kak ..

akubiomed said... [Reply to comment]

Stok cukup untuk makan selama seminggu. :-)

tehr said... [Reply to comment]

kalau masih lebih
hantar ke tumpat je, cikgu

Anonymous said... [Reply to comment]

yang ku nampak ikan Temanung ja yang banyak,yang warna merah tu ikan kurisi dan yang panjang tu mmglah tenggiri..haha tu nama ikan tu tempat aku ler..peace jan marah..haha

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

create your own banner at mybannermaker.com!

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011

Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011
Related Posts with Thumbnails

♥ Arkib Blog ♥

♥ Projek DJ2B - 31 Blogger ♥

Photobucket Blogger yang telah direview : 1.Lyn Azlina 2.Nurhafiz 3.Ecah 4.Hazwan Blogger yang Masih Aku Hutang Review:
DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais