Pizza Yellow Cab. This is my own review on this kind of Pizza in town.
This pizza safely travelled from KL to Kuantan!!
Tercapai jugak hajat di hati nak memakan Pizza Yellow Cab ni buat kali keduanya. Yang kali pertama dulu, beli satu je, then dapat makan 2 slides je sambil driving dari KL ke JB. Tu yang best sangat, sampai teringat2 kemewahan rasanya tu.
Aku mula kenal Yellow Cab Pizza Co. ni semuanya gara-gara menonton filem Aku Bukan Tomboy lakonan Scha Al Yahya (nak kawen dah dia ngan Awal Ashaari 4 Mei 2012 ni), Shaheizy Sam, dan Shamsul Yusof. Dalam Filem Aku Bukan Tomboy tu, Scha ni kerja kat Yellow Cab Pizza Co. tapi bukan kat cawangan tempat aku beli Pizza ni, kat Ampang Point tu.
Pizza Yellow Cab ataupun adik beradik aku panggil Pizza Teksi Kuning ni available dalam 3 saiz iaitu 10’’, 14’’ dan juga 18’’. Yang 18” tu memang gedabak giler! Aku beli yang 10” tu je. Itupun dah macam saiz LARGE kat Pizza Hut aku rasa. Tapi, kalau nak buat makan secara besar-besaran, 18” tu aku rasa memang worth buying!
Price for the pizzas is varies based on topping and size from RM19.00 to RM69.70
For the second time ni, aku beli Pizza Manhattan Lovers dengan New York Finest. Manhattan Lovers tu recommended by adik cashier masa first aku beli dulu. New York Finest pulak sebab aku tengok ramai yang review beli Pizza ni. And as is it, both of them kena dengan selera aku!
Manhattan Meatlovers | Size 10” | Price : RM 25.70
chicken toast, beef pepperoni, Italian beef sausage, ground beef, beef salami & beef brisket
New York Finest | Size 10” | Price = RM 26.90
Italian beef sausage, chicken toast, beef pepperoni, beef brisket, ground beef, black olives, mushrooms, onion, red & green bell peppers.
The best thing yang aku suka dengan Yellow Cab Pizza ni adalah kemewahan topping dia tu dan juga doh pizza (roti) dia pun memang just nice, sesuai dengan jumlah topping. Aku nampak sendiri, diorang menimbang setiap bahan tu sebelum diletak atas pizza. Dan boleh nampak cara diorang masak pizza tu sendiri. Side dishes aku tak try satu pun sebab aku just beli take away lagipun aku just memang nak makan Pizza je masa tu.
Seperkara lagi, bila korang beli Yellow Cab Pizza ni, tak perlu risau pasal segala Govt Tax, service charges dsb. Harga yang dipaparkan pada menu itulah harga yang korang perlu bayar, memang tiada apa2 cukai dan caj perkhidmatan dikenakan! Aku sendiri terkejut sampai siap tanya cashier tu pasal tax.. memang takde!
Yellow Cab Pizza Co. cawangan Ampang Point.. have u ever bumped into those Vespa? Or just untuk hiasan kedai?
So, untuk penggemar Pizza, ni salah satu Pizza yang perlu korang cuba. Aku dah cuba Pizza Hut, Dominos Pizza (my own review), Papa John (will review later) dan Yellow Cab ni… for me, ranking, no. 1, Yellow Cab Pizza ni lah! Ada lagi Pizza lain yang perlu aku cuba?
p/s: Ada masa nanti nak try Yellow Cab Pizza Four Seasons laks :D



8 komen:
adeehh lapor la pulak tengok bende makan malam buta nih :)
memang nampak lain pizza ni...topping dia tebal. terliur!
Honestly pizzahut dah tak BOMMMM mcm dulu.. keras dan
tak syok bila masuk mulut. Even PastaMania pun indah gambar
dari rasa..
Pertama kali dengar pasal yellow cab pizza nih....thxs sharing info sis...
Nampak sedap...
Macam pernah melihat delivery pizza mengunakan motor Vespa kuning baru nampak macam gaya Italian. :-)
penah tengok kalau tak silap jalan nak ke Kg Baru tu..
banting cuma ada pizza hut, itupun dah cukup hebat bagi aku. haha..
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...