BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , » Gempa Bumi 8.9 Skala Richter di Acheh .. Bagaimana Khabar Rakanku di Sana?

Gempa Bumi 8.9 Skala Richter di Acheh .. Bagaimana Khabar Rakanku di Sana?

Share

Usai solat Asar tadi, kawan aku Siti yang datang study di rumahku ni cakap, berlaku Gempa Bumi dengan magnitud 8.9 Skala Richter pada jam 4.50 petang waktu Malaysia, 11 April 2012. Memang kami tak rasa gegaran, sebab kami dedua dah terlelap bersebelahan nota masing-masing tadi. Terus aku log in dalam FB, ramai rupanya yang merasa gegaran di kawasan Utara dan Bandaraya Kuala Lumpur.

 

tsunami

 

Dikhabarkan, gempa yang melanda itu berlaku di kawasan  sama seperti pada 26 Disember 2004 dengan magnitude 9.1 Skala Richter yang menyebabkan tsunami besar yang berlaku di Acheh sehingga mengorbankan kira-kira 200,000 nyawa dan memusnahkan bumi Acheh sekaligus pada masa itu. Memang menyedihkan sangat bila diimbas lagi detik-detik tsunami yang berlaku pada masa tu. Tengok Video tsunami sama ada yang berlaku kat Acheh pada 2004 ataupun video tsunami Jepun tahun 2011 lepas, memang rasa sangat takut.  Tak digambarkan nasib dan pengalaman mereka yang menerima dugaan hebat itu.

 

kpli fizik

Dalam kenangan..satu kelas berbaju merah untuk ke Program Bina Insan Guru……

 

Bila teringat pasal Acheh, memang aku ada rakan-rakan di Acheh. Kami satu kursus semasa dalam KPLI Fizik di Institut Perguruan Kuala Terengganu (IPKT) pada tahun 2006 dulu. Aku tak ingat exact numbers, tapi dalam kursus aku ada Pak Riza, Fadly, Kak Herni Afida, Kak Seri, Kak Rita Zahara, Kak Nita, dan Rizki. Masa tu, yang paling muda, Rizki lah..memang selalu dikacau oleh classmate aku. Rizki Qisty kut kalau tak silap namanya. Selain daripada mereka, ada lagi beberapa orang dalam kursus Biologi, iaitu Mulyadi dan Popun (tak ingat exact nama dia) dan yang pompuan aku tak bape ingat nama. Popun tu memang sangat hensem tau.. Kitorang suka kacau dia… :D

 

Apapun, harapan aku, semoga semuanya selamat. Dikhabarkan ombak tsunami akan melanda bila-bila masa sahaja dari sekarang. Pesanan aku pada semua, jauhkan diri dari pantai dan sama-sama kita memohon keampunan dari-Nya. InsyaALLAH.

8 komen:

Anak Ulu Cheka said... [Reply to comment]

Diharapkan semua selamat dari bencana ini... amin Ya Allah

Sharinginfoz said... [Reply to comment]

harap2 tak ada tsunami

akubiomed said... [Reply to comment]

Harapan saya kawasan yang dilanda gempa bumi berada didalam keadaan selamat.

gnesop poseng said... [Reply to comment]

berota neyatakan semua selamat.. alhamdulillah, tsunati pun x berlaku

AiTotYati Mat said... [Reply to comment]

cikgu ermi,

tu le. saya pun risau sbb rumah mak pak saya dekat sangat dgn pantai.

semoga semuanya selamat

Juan said... [Reply to comment]

harap semua ok

Akulah.com said... [Reply to comment]

sekarang ni musim gempa pulak.. bahaya2

adam narzuan said... [Reply to comment]

singgah sini.. amaran dari Pencipta sebenarnya...

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais