BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , » Kucing Beranak! Why ME??

Kucing Beranak! Why ME??

Share

Assalamualaikum WBT readers..

Entah apa lah dugaan yang Allah bagi pada aku hari ini. Maybe pada sesetengah orang, berita macam ni menggembirakan dan dinanti-nanti oleh kalian, tapi untuk aku, memang rasa DUGAAN besar!!!

 

Honestly, aku memang bukan pencinta kucing. Even nampak kucing pun aku memang akan lari jejauh. Memang aku penggeli dengan kucing. Kat umah aku mana pernah bela kucing, apatah lagi nak ada kucing dalam rumah. Memang adik beradik aku semuanya dengan kucing tak ler takut, tapi takdenya nak gatal-gatal pegang. Maybe sebab aku kan ada asthma, sebab tu zaman kecik2, mana de mama abah letak kucing dalam rumah. Bahaya untuk pengidap asthma kan?

 

Anak kucing @ baby kucing @ kucing yang baru lahir tu? Lagilah aku geli dowh~~ Nampak macam anak tikus je..Eiii!!! Samalah, dengan anak arnab, pun, walaupun arnab itu comel, aku memang penggeli!!  Tapi bukan takat dengan binatang berbulu je aku geli, aku memang penggeli tahap super agaknya! Anak buah aku berak, mana aku pernah berjaya basuh, aku yang dok uweek uweek dulu.. Muntah? Lagi lah aku menjauh.. Darah? OK lagi kut kalau sikit..

 

Berbalik pada kisah hari ni, lepas aku balik lunch kat Teratak Umairah (kat UPSI ni lah) dengan kawan aku tadi, aku saja parkir kete aku kat luar. Masa nak bukak pintu rumah, aku berbau something yang membusukkan hidung aku yang super sensitif ni (ops, kadang2 tersumbat gak). Tetiba mata aku tertancap kat sesuatu.

 

 

Uwaaaaaaaaaaa .. Kenapa mesti kat umah aku? Depan aku???

Ada kucing baru pas beranak. Aku nampak anak dia sekor yang hitam, dan nampak mak kucing tu macam masih hidup, tapi xberdaya. Then nampak ketulan sesuatu. Uri dia lah kut.. Puas aku tengok, gelisssssss .. Nak amek gambar tempek sini pun aku geli weh! Aku cepat masuk dalam rumah, kunci dengan harapan, janganlah ada yang masuk dalam rumah aku… Automatik aku pindah rumah jawabnya! Dalam kepala tengah berkira2 ada tak sesiapa yang boleh aku byr servis untuk menguruskan hal kucing ni bawak jauh dari rumah aku ni.. Hoho.. sememangnya aku memang tak sanggup nak menguruskan mende alah ni. Rasa nak keluar je balik lunch aku tengahari tadi!

 

 

Aku ada gak google pasal info kucing beranak ni. Yelah, rumah aku ni mana ada orang, siapa aku nak tanya? Jiran kanan asyik bertutup, kiri lak takde jirang. Petang karang baru housemates aku akan datang memenuhi rumah. Aku memang tak berdaya nak buat apa2 sekarang. Aku memang GELI TAHAP GABAN!!! Kejap lagi aku ada kelas kul 3 sampai 6 petang. So balik nanti harapnya kucing ni angkut anak dia ke tempat yang lebih elok. Sekarang ni dia dok atas simen je tu. Ni pun aku tak tahu keadaan dia. Hope dia survive lah. Kalau tak pun, tunggu my housemates datang. Mana tahu one of them tahu nak menguruskan kucing beranak ni. Huhuhu…

 

 

For those yang memang pencinta kucing, please don’t blame me or cakap apa2 lah yang buruk kat aku ye. Aku memang sungguh penggeli orangnya. Baik dengan binatang berbulu mahupun muntah ataupun berak. Harap Maklum!

 

Hope kucing-kucing ini mendapat perlindungan sebaiknya untuk mereka.. huhu

10 komen:

pijoe said... [Reply to comment]

heehee.. cari kotak kak.. sian kucing tu

akubiomed said... [Reply to comment]

Mungkin Cikgu Dahlia masih bujang sebab itu sesuai untuk menjadi bidan kepada kucing beranak kot. :-)

Ermie Dharlya said... [Reply to comment]

@pijoe

akak baru balik kelas..
baru je mengkotakkan dia ni.. 2 ekor mati, sekor hidup.. mak dia entah dah lari ke mana.. yang lebih haru, 2 ekor tu bersambung tali pusat yang mana sekor hidup, sekor mati..

ni pun tadi seb bek hosmate akak sampai, akak terus suh dia yg uruskan.. tapi kami letak semuanya dalam kotak dulu.. tengok esok, kalau dah bercerai tali pusat, esok dia ckp dia tanam.. akak memang xsanggup nak tgk,,uhuhu ...Geli gilerrr kutttt~~

Ermie Dharlya said... [Reply to comment]

@akubiomed

hhuhuh sangat tak sesuai dengan perumpaan itu..kalo sy jenis xkisah, xper, ni memang geli giilerrrrrr dowh...

nak pandang pun xsanggup, apatah lagi nak uruskannya.. huhuhuh..ni lah masalah kecik yang besar bagi saya ..huhuh

ProfHariz said... [Reply to comment]

Apa lagi kak. Bela jelah hehehe

Anonymous said... [Reply to comment]

bila baca, sangat mengerti dan sangat serupa dengan saya. lega sebab rupanya ada juga yang sama geli gilerr macam saya. benar nak pandang pun tak sanggup, ni saya baca pun terbayang kegeliannya.

miorjqaf said... [Reply to comment]

Orang tua-tua ada yang mengatakan (tak tahu lah benar atau sebaliknya, tapi mungkin boleh difikirkan.. huhuhu), kalau kucing beranak dekat dengan kita, membawa petanda bahawa tuah insyaAllah sedang menanti kita dikemudian hari.

Mula-mula macam tak percaya, tapi bila mak cerita akak saya pernah suatu ketika kucing beranak di belakang punggung dia waktu dia main batu seremban masa dia kecik2 dulu, akhirnya sekarang akak hidup mewah dengan perniagaan dia yang semakin hari semakin maju. Hidup semakin senang dan mewah. Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah! Bukan dari kucing yang beranak belakang punggung dia.

Jiran saya plak, kucing beranak atas riba dia waktu dia usap2 kucing tu. Akhirnya sekarang hidup dia pun senang bila dia ditakdirkan berkahwin dengan jutawan. Hidup senang dan mewah! Alhamdulillah.. rezeki datang dari Allah dan bukan dari kucing yang beranak atas riba dia.

Dan last sekali saya pun pernah! Masa cuti lepas abis exam SPM, tetiba kucing beranak atas katil sebelah bahu saya. Dan akhirnya saya dapat keputusan cemerlang dan terbaik dalam result SPM. Seterusnya dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara.. balik Malaysia, berkeluarga dan mendapat pekerjaan yang baik dan dalam waktu yg cepat saya sudah naik pangkat berbanding rakan2 yang lain. Alhamdulillah.. Hidup saya juga selesa dan senang walaupun tidak semewah mana. Tapi banyak hajat dan impian saya tercapai termasuk memiliki sebuah kereta Toyota Estima sejak tiga tahun yang lalu. Alhamdulillah.. rezeki datang dari Allah dan bukan dari kucing yang beranak di sebelah bahu saya ketika saya sedang tidur.

Jadi tak pastilah benar atau tidak kata-kata orang tua-tua tu. Mungkin agaknya waktu kucing tu sakit nak beranak, malaikat datang merahmatinya dan tempiasnya kena kat kita. Siapa tahu?

Mungkin apa yg saya kata ni salah, tapi mungkin betul! Mungkin juga memang betul tapi mungkin juga ternyata salah!
:)

iAwani Dotkom said... [Reply to comment]

..hmm, mungkin itu petanda. Hidup perlu ada soulmate. Situasi kebetulan itu bukan kebetulan, bahkan 'as a sign'.

nut said... [Reply to comment]

saya siap jadi bidan..berak kucing pon saya cuci..hehe...

puanbee said... [Reply to comment]

ambik kain letak dalam kotak , nanti ibu kucing tu pandai pindahkan anak dia , kesian kak.. hehe sy pun kureng dengan kucing tp tk geli sgt

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais