Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca ^_^
Untuk entry kali ni, Dahlia nak share dengan korang especially yang bergelar belia terutamanya pengguna tegar media sosial samada ada facebook, twitter ataupun blogger akan sebuah program yang diberi nama SENYAP.
Dapat Mek D freeeeee tuuu… Eh, nak g makan ke nak ilmu?
Apa itu SENYAP?
SENYAP merupakan singkatan kepada program (Social Enforcement For National Youth Awareness Program) dimana sebelum ini Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) menggunakan platform SENYAP untuk memberikan kesedaran IT dan merapatkan jurang antara blogger dan Kementerian.
SENYAP Vol #1.1 – Altimet Feat Bro Framestone
Tarikh : 11 April 2012
Masa : 9:00 - 10:00 malam
Tempat : Aras bawah Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Precinct 4 Putrajaya.
Setelah kewujudan Blogger disedari maka VYREC (Virtual Youth Resource Center) membawakan SENYAP Vol 1.1 merupakan kesinambungan selepas kejayaan program SENYAP 1.0 yang telah berjaya diadakan di PWTC pada 18 September 2011 lepas.
Barisan blogger yang menghadiri SENYAP 1.0
[sumber gambar: Carol Nyzem]
SENYAP Vol #1.1 pula akan menampilkan penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Syukur iaitu ALTIMET dimana beliau merupakan salah seorang dari Malaysian Youth Icon (MY ICON) dan juga Bro Framestone (Senyap Blogger). Kedua-dua ikon ini akan ditemubual diatas pentas yang santai lagi rileks buat pertama kalinya di Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, dengan tema My Icon Bean Bag Talk Show yang diperkenalkan oleh VYREC sendiri.
Jika anda seorang belia (berusia 15-40 Tahun) dan berminat untuk menghadiri program ini sila lengkapkan borang penyertaan anda dan sahkan kehadiran anda di capaian yang disediakan dibawah.
Registration Form : Capaian
RSVP : Capaian
Jangan lepaskan peluang ini! Hanya 200 peserta pertama sahaja akan dipilih.
Tarikh tutup penyertaan pula pada 9 April 2012.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di page RSVP dan di page vyrec
Jangan lupa join FB Group SENYAP !!!



9 komen:
Tahun lepas ada juga mendapat jemputan SENYAP tetapi tidak dapat pergi. Tarikh yang dianjurkan pada 11 April adalah tarikh cuti sempena pertabalan Yang DiPertuan Agong.
khas dari bro framestone
jom sertai SENYAP jgan buat SENYAP je :)
Mesti best program ni .. ^__^
www.anastasyea.com
pergh. kusangkakan bro framestone dah jadi featured artiste dalam lagu altimet tadi. hahah~
Hurmm.... menarik....tapi orang keje syif cam saya tak dapat la nak join... sebab PUBLIC HOLIDAY PAY tue....ahakssss
Macam besh jekkk...leh join kot nanti...hehehe
dr gambar kat banner tu..mana satu altimet mana satu framestone?
mesti dapat sambutan kan program2 menarik mcm nih...
saya adalah perserta untuk Senyap 1.1. saya berdiri di barisan belakang, dua dari kiri. :)
jemput singgah
http://kaio.my
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...