Cikgudahlia bantah Seksyen 114A !!!
Sepertimana yang kebanyakan kita pengguna internet terutamanya facebooker, kaki2 tweet mahupun blogger sedia maklum bahawa hari ini 14 Ogos 2012 merupakan “Hari Internet Blackout”. Internet Blackout Day ni dianjurkan oleh badan bebas untuk membantah akta baru yang mengancam kebebasan berInternet di Malaysia.
“Seksyen 114 A, boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan juga sivil, mengandaikan bahawa pemilik, pengendali, hos, editor, pelanggan sesebuah rangkaian atau laman web, atau pemilik komputer atau peralatan mudah alih dianggap bertanggungjawab menyiarkan atau mengulangsiarkan isi kandungan yang terdapat pada rangkaian, laman web atau peralatan terbabit.”
**Sumber lengkap : http://amanz.my/2012/08/hari-internet-blackout-malaysia/
Seksyen 114A: http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputaktap/20120622_A1432_BM_Akta%20A1432%20BM-keterangan%20(pindaan)%20(no.%202).pdf
Apa anda akan buat jika perkara ini berlaku pada anda???
Atau mungkin juga anda akan terperangkap dalam situasi-situasi sebegini?
Untuk lebih memahami mengenai Bantahan Seksyen 114A, sila tonton Video ni:
Apapun, semakin hari, semakin ramai yang menggunakan internet tak kira usia, tempat tinggal dan tujuan. Semoga semua pengguna lebih berhati-hati dan alert dengan apa yang dibuat, ditulis, dishare dsb. Biar CELIK, jangan hanya tahu guna jerrr~~~




10 komen:
salam..
sokong..
BANTAH!
memang tak setuju langsung.
Bagaimana kalau akaun maya ahli politik kena hack dan identiti mereka disalah gunakan. Mereka juga tidak dapat lari daripada didakwa kalau Akta ini digubal.
bantah utk kebaikan semua :)
Hi sis.. Lama menyepi.. Rindu.. Pecer???.. Selamat raya n Merdeka.. Plis update u..
tak setuju dgn akta ni
salam, cikggu dahlia orang mana yer? mengajar d mana?
Saya turut membantah akta 114A, kalau kita kutuk pihak pembangkang mungkin ada kebarangkalian akta ini tidak diguna pakai.
owh. yeke. tak pernah terpikir. thanks cikgu dahlia..
dear sis.. dah sebulan tak hapdet.. sihat ka?
exam ka?-good luck ..\
take care sis
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...