Bajet 2013 sememangnya Bajet yang dinanti-nanti oleh semua rakyat Malaysia dan terutama sekali 1.4 juta Kakitangan Awam. Sebelum ini, CUEPACS telah mengeluarkan enam senarai tuntutan utama CUEPACS untuk dipertimbangkan dalam Bajet 2013 sempena Pembentangan Bajet 2013 petang ini.
**Credit picture : 6 Tuntutan CUEPACS dalam Bajet 2013
Senarai 6 Tuntutan Utama CUEPACS bagi Bajet 2013 tersebut adalah :
1. Perumahan mampu milik di kawasan bandar –
“Perumahan mampu milik di bandar untuk penjawat awam adalah isu yang paling terdesak. Kami berharap kerajaan dapat memperkenalkan dasar perumahan baru melalui Bajet yang memerlukan pemaju perumahan di bandar bagi mengeluarkan rizab 35 peratus daripada projek-projek mereka bagi membina rumah berharga RM60,000 dan RM150,000,”
2. Elaun perumahan sewa bulanan semasa sebanyak RM180 perlu ditambah dalam mencerminkan kadar pasaran sekarang.
3. Bonus 2012 tambahan selain daripada bonus setengah bulan yang diberi sebelum ini.
4. Nasib 45,000 pekerja kontrak yang mana kontrak berakhir 31 Disember ini –
“Kebanyakan mereka berusia antara 40 sehingga 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar. Kami berharap Kerajaan dapat mempertimbangkan sewajarnya bagi melanjutkan kontrak ataupun meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan,”
5. Mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat
6. Penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan (KGT).
Daripada 6 tuntutan di atas, sekiranya 70 peratus diluluskan oleh pihak kerajaan dalam pembentangan Bajet 2013, Cuepacs yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam dikatakan telah berjanji kepada kerajaan agar penjawat awam mesti bekerja lebih masa sebagai balasan di atas tuntutan yang dipenuhi dalam Bajet 2013.
Cuepacs akan pastikan satu perubahan drastik berlaku dari segi budaya bekerja supaya kakitangan kerajaan datang kerja 15 minit lebih awal dan balik lewat 15 minit lebih lewat.
Bermakna selepas ini kakitangan kerajaan akan ditambah 30 minit masa bekerja setiap hari tanpa ganjaran. Setuju?
Sama-sama kita dengarkan intipati Ucapan Pembentangan Bajet 2013 petang ini.



5 komen:
tambahan waktu bekerja selama 30 minit?
setuju sangat sebab
sekarang pun memang dah berlaku macam tu
tak akan rasa apa2 pun
Harap Bajet 2013 ada juga bahagian untuk pekerja swasta.
sis..
baru update ye setelah lama menyepi..
oh ye.. best sis dapat bonus ye..
BAJET 2013: YEAY DAPAT rm250
Tambah masa? tak perasankah cuepacs selama ni ramai yang keja masuk 1:30, tapi 12:00 dan kena sampai. Balik jam 6.30, koi 7:20 baru bleh start keta sebab kena jaga anak murid sampai waris ambik. Anak koi kat umah tak de oang jaga sebab laki koi jam 9 lebih baru sampai umah. Koi dalam jam 8 lebih gitu sampai umah sebab pusing ambik baby. Overtime xde claim. Jam 2 pagi online SPPPS ke (Ada 200 murid koi kena isi tiap2 bulan), SAPS ke, APDM ke. Kalau xpun, koi marking buku, worksheet, buat bahan bantu mengajar, siapkan macam-macam fail, online macam-macam data..smua tu tak boleh buat masa mengajar. pikir-pikir le cuepacs dah terlebih-lebih masa koi & kawan2 keja.
Berbagai-bagai tuntutan dibuat namun masih lagi kurang diambil perhatian khasnya elaun perumahan yang tak setimpal dengan kos sewa rumah semasa..kos sewa rumah tahun 70an mungkin lah kot! Apapun pun teruskan je tuntut jangan tak tuntut baik daripada diam membisu...Sambil kita semua mengharap keadaan bertambah baik masa akan datang renung-renung lah peluang didepan mata kita...jimat belanja dapat lagi tambah 'side income'!.
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...