Bajet 2013 akan dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak yang juga Menteri Kewangan pada petang ini, Jumaat 28 September 2012 pada jam 4.00 petang.
*Credit picture : Bajet 2013 - Bajet Rakyat Tersenyum?
Pembentangan Bajet 2013 itu akan disiarkan secara langsung melalui stesen-stesen TV iaitu TV3, RTM, ASTRO, NTV7, dan BERNAMA. Selain itu, Ucapan Pembentangan Bajet 2013 ini juga boleh dilayari secara LIVE dan ONLINE STREAMING melalui laman media berikut:
Saluran Video ONLINE @ LIVE STREAMING: (klik gambar untuk menonton Bajet 2013)
Saluran Radio ONLINE @ LIVE STREAMING: (klik gambar untuk mendengar Bajet 2013)
*** Saluran Media ini hanya boleh diikuti dengan menggunakan pelayar Mozilla Firefox sahaja
Ataupun melayari kandungan Laman Rasmi Bajet 2013 melalui peranti mudah alih dengan menaip alamat URL seperti berikut: http://www.treasury.gov.my/bajetmobile
Teks Ucapan Bajet 2013 (Belanjawan 2013), Laporan Ekonomi 2012/2013, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Bajet 2013: www.treasury.gov.my sejurus selepas YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membentangkan ucapan Bajet 2013.
Apakah harapan anda dalam Bajet 2013 ini? Bonus dua bulan gaji? Pengurangan cukai? Sama-sama kita tunggu Ucapan Bajet 2013 petang ini. Isi kandungan dan Intipati Bajet 2013 akan cuba di kongsikan di laman ini nanti.
Semoga Bajet 2013 ini memberi faedah kepada SEMUA rakyat Malaysia.
Menarik untuk dibaca :











3 komen:
Akan menanti pembentangan Bajet 2013 ini. :-)
betul2 bajet pilihanraya ni
kita tunggu komen2 rakyat dalam tempoh 1 bulan ni, apa kata mereka
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...