BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , , , , , , , , » Laluan Bas RapidKuantan

Laluan Bas RapidKuantan

Share

RapidKuantan akan memulakan operasi bermula pada 1 Disember 2012 dan memberi perkhidmatan kepada tiga laluan dengan sejumlah 32 buah bas rapidKuantan dengan 66 orang pemandu. Misi rapidkuantan sendiri iaitu untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan bas awam yang efisien di bandar Kuantan. Pendekatan perkhidmatan rapidKuantan yang akan digunakan adalah menggunakan modul yang telah digunakan oleh Kumpulan Prasarana untuk RapidKL dan RapidPenang.

 

rapidkuantan

 

Untuk ketiga-tiga laluan bas di kuantan ini, RapidKuantan akan menyediakan perkhidmatan dengan kekerapan (frequency) pada kadar 15 minit untuk waktu puncak.

Laluan 1 Bas RapidKuantan : Gambang (Kolej Komuniti) ke Terminal Makmur
Kekerapan: Minima15 minit
Jumlah bas: 14
Jangkaan Tempoh Perjalanan: 95 minit
Jarak: 49.4 km
Meliputi lokasi-lokasi utama : University Malaysia Pahang (UMP), Airport Kuantan, Taman Tas, Sungai Isap, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) & Masjid Negeri


Laluan 2 Bas RapidKuantan : Bandar Indera Mahkota ke Teluk Cempedak
Kekerapan: Minima 15 minit
Jumlah bas: 7
Jangkaan Tempoh Perjalanan: 46 minit
Jarak: 18.4 km
Meliputi lokasi-lokasi utama : Kompleks Penyayang, Taman Cenderawasih, Indera Mahkota 2, Terminal Makmur, Kolej IKIP/MRSM & Teluk Cempedak


Laluan 3 Bas RapidKuantan : Kompleks Mahkamah ke POLISAS Semambu
Kekerapan: Minima 15 minit
Jumlah bas: 8
Jangkaan Tempoh Perjalanan: 52 minit
Jarak: 21 km

Fakta Operasi RapidKuantan :

  • 1 Disember 2012 – RapidKuantan akan bermula dengan 32 bus (10 bus bersaiz 10 meter; dan 22 bas saiz 12 meter.
  • 1 Januari 2013 – kesemua 32 bus digunakan adalah bas 10 meter.
  • Bas-bas yang digunakan adalah berlantai rendah dengan fasiliti OKU dan berhawa dingin.
  • Menggunakan sistem tiket elektronik
    bas rapid kuantan

macam gambar bas ni lah nanti rupa bas rapidkuantan tu..

    Tambang Bas RapidKuantan:
    - Urusan tambang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
    - RapidKuantan akan menggunakan tambang dua zon untuk Laluan 1 dan satu tambang atau flat fare untuk Laluan 2 dan 3.
      Depoh Bas RapidKuantan
      - Sebagai permulaan, RapidKuantan akan beroperasi daripada depoh sementara – tanah 7 ekar di Semambu untuk tempoh antara satu setengah tahun hingga 2 tahun. Tanah dimiliki oleh Lembaga Kemajuan, Perusahan Pertanian Negeri Pahang (LKPP)
      - Untuk jangkamasa panjang , RapidKuantan akan mempunyai depoh tetap. Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan tanah 10 ekar, yang terletak antara Wisma Belia dan Kuantan Sentral untuk depoh dan kemungkinan pembangunan ‘Transit Oriented Development (TOD)

        Hab Bas
        Beroperasi dengan 4 hab bas utama : Kolej Komuniti Gambang, Indera Mahkota 2,
        Teluk Cempedak & Kompleks Mahkamah.

                Perhentian Bas
                RapidKuantan akan membina 30 perhentian bas baru dan 145 perhentian bas yang dipulih semula/ hentian tiang bas.

                    Butiran Operasi RapidKuantan
                    29 September 2012 : Prasarana menaikkan 10 sepanduk di sekitar bandar Kuantan untuk pengambilan pemandu dan pengedaran risalah.
                    2 & 5 Oktober 2012 : Iklan untuk ‘walk-in interview’ dalam Harian Metro & kempen melalui rangkaian media sosial - Facebook, twitter and blog)
                    6, 7 & 8 Oktober 2012 : Temuduga terbuka atau ‘Walk in interview’ di Terminal Makmur
                    10 Oktober 2012 : Program latihan pemandu bermula di pejabat sementara RapidKuantan di Stadium Darul Makmur
                    15 November 2012 : Program latihan akan tamat dan ketibaan 32 buah bas
                    1 Disember 2012 : Operasi RapidKuantan bermula

                      Laluan-laluan RapidKuantan akan datang
                      Laluan 4 (Beserah to Terminal Makmur) pada pertengahan tahun depan.
                      Laluan 5 (Tanjung Lumpur to Terminal Makmur) pada pertengahan tahun depan.
                      Pemanjangan Laluan 3 daripada Kampung Padang Perdana (Jalan Sungai Lembing)

                        p/s: Dah lama betul tak naik bas ting tong (henti-henti) ni.. dekat 10tahun kut! Bas ting tong yang paling glemer kat Kuantan semestinya bas SIHAT walaupun nampak tak berapa sihat, tapi sampai ke hari ni masih beroperasi. Selain daripada Bas Sihat tu, Bas Bee Huat (Pekan), Bas Naela, Bas Citylink (ye kut?) dan bas hijau (biasa cover area IM kut). Tapi rasanya takde wujud dah bas Naela dan Citylink tu. Ke aku tak perasan? Yang terbaru rasanya kat Kuantan ni bus Seng Heng..kan?

                        10 komen:

                        Anak Ulu Cheka said... [Reply to comment]

                        lama sungguh x naik bas picit ni...
                        hmmmm mcm kolompo la pulak :)

                        Anastasyea Aida said... [Reply to comment]

                        Kalau ada byk bas, kira banyak la pilihan utk penduduk tempatan utk menggunakannya. Tak la tunggu berjam-jam mcm dulu .. =)


                        www.anastasyea.com

                        akubiomed said... [Reply to comment]

                        Memberi kemudahan penduduk setempat terutama orang Kuantan mempunyai pengangkutan yang cekap dan bersepadu.

                        tehr said... [Reply to comment]

                        tak pernah pula naik bas kat kuantan
                        biasanya bila di sana kami guna kenderaan sendiri je

                        Cput said... [Reply to comment]

                        bagus rapid KL dh melebarkan sayap ke pahang..senang la org pahang nanti..hhe

                        amirul said... [Reply to comment]

                        ilove rapidkuantan

                        sabree hussin said... [Reply to comment]

                        selalu saya panggil ni bas loncat-loncat :-)

                        azurajalal said... [Reply to comment]

                        the service is free for the entire month of December'12 , go try & travel :)

                        Anonymous said... [Reply to comment]

                        walaupun aku dah berusia 31 tahun...aku masih belum reti nak bayar tambang guna kaedah elektronik ni...kalau bayar pakai duit besar bolehke? atau kene ngam2 bayar kat mesin 2?takder duit syiling takper ke? kawan2...sila tunjuk ajar....

                        Anonymous said... [Reply to comment]

                        jadual bas ke Pekan ade x?

                        Post a Comment

                        Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

                        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

                        ♥ Search This Blog ♥

                        Loading...

                        ♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

                        ♥ Post Terkini Dahlia ♥

                        ♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

                        Make your own

                        ♥ Tweet tweetttt... ♥

                        ♥ Super Very Important Followers! ♥

                        Related Posts with Thumbnails

                        Menarik!!!

                         Banner
                        Blogged.my

                        ♥ Arkib Blog ♥

                        DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais