BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Love Myself, Be Myself

Share

Baca boleh, taksub? No. No. No !!!!!!

9-420a20090728

“Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda.”

Yang ni memang betul kut… zaman muda2 remaja dulu, aku rasa, akulah anak paling tak mengenang budi … Now? Alhamdulillah, I think my mom, my family cukup proud of me kut?

Actually, yang atas ni adalah sedikit telahan personaliti yang aku baca dalam FB tadi. Saje2 je ..bukan nak taksub pun eventhough most of it mmg hampir tepat berkaitan dengan diri aku sendiri. Almost 99.99%. Maybe just coincidence kan..? Apapun, jadi je diri sendiri, ikut gerak hati sendiri, tapi biarlah berlandaskan keimanan, bukannya jadi seperti apa yang orang nak kita jadi. Love myself, Be myself!

Korang nak baca jugak? Nah…silakan!

 

-------------------------------------------------------------------------

Kalau anda dilahirkan pd 1Hb,10Hb,19Hb,28Hb dlm mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pd 2Hb,11Hb,20Hb,29Hb dlm mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pd 3Hb,12Hb,21Hb,30Hb dlm mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pd 4Hb,13Hb,22Hb,31Hb dlm mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

 

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em….bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

 


no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

 


no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

 


no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

 


no.7
—-

Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

 

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda.. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

 


no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6

» Read More...

Ipad Kanak-Kanak vs Lee Ai Pad

Share

Sekarang ni Ipad antara toys yang menjadi trend di Malaysia ni. Uiks, Ipad sebagai alat permainan untuk kanak-kanak? Mak aihhh kayanyerr!!!

IMG_20120111_133448

Gambar Ipad Kanak-kanak

Memandangkan aku ni mak sedara yang baik, aku pun sempatlah jugak jadi first batch customer yang ada Ipad Kanak-Kanak ni.. Beli untuk anak sedara aku, Feeqa yang setahun lebih tu.. Mana taknya, sokmo mintak smartphone kami je, at least, Ipad ni boleh laa di buat baling2 kut.. huhu.

Aku beli Ipad ni dengan Educational Toys Bumiputera. Korang search je Educational Toys Bumiputera kat Facebook kalau berminat nak beli alat permainan bercirikan pendidikan untuk anak-anak korang. Memang banyak pilihan dan harga pun lebih murah berbanding beli kat shopping complex!

 

IMG_20120111_143639

Gambar Ninin dengan Feeqa dengan Ipad Kanak-kanak.. Buat derk jerk? Susah nak snap gambar mereka menggunakan Ipad ni..

Berapa harga Ipad Kanak-kanak ni?

Ipad yang aku beli ni harganya RM37 siap dengan bateri dan including free shipping menggunakan Poslaju. Sekarang ni dah ramai seller yang jual Ipad Kanak-kanak ni. Tapi harga macam-macam dari serendah RM35 (without shipping charges) sehinggalah ke RM45.. Tapi rasanya diorang tengah kutip order je sekarang ni. Pre-order istilahnya, No Ready Stock. Dalam 3rd week bulan 2 baru dapat kalau order sekarang. Ikut pandailah korang survey ye. Cari the best price dan best seller bila nak beli barang secara online ni. Jangan sebab nak murah, dapat seller yang salah.

 

So, best ke Ipad Kanak-kanak ni?

Ipad kanak-kanak ni memang sesuai untuk yang berumur 3 tahun ke atas, yang nak belajar huruf, nombor, ejaan, dan perkataan. Ada jugak music yang pelbagai. Kiranya all in one, dalam bentuk yang handy dan trendy. Oh ya, semuanya dalam Bahasa Inggeris. Dah item ni dari luar (China kut), takkan lah nak buat Bahasa Melayu kan?

Saiz, bentuk Ipad Kanak-kanak ni memang macam Ipad lah tapi kembung sikit kat belakang sbb tempat bateri. Ipad Kanak-kanak ni ada kaler hitam dan putih, boleh pilih. Ada gak yang jual warna biru dan purple tak silap aku. Tapi tak syok lah kan, sebab Ipad real, mana ada kaler2 warna-warni gitu. Ops, anyway, dengan RM37, korang jangan lak expect nak dapat Ipad yang ada animation, kena slide, ada Angry Bird dan sebagainya. Jangan nak verangan! Ipad Kanak-kanak ni hanya untuk ditekan2 je (touch screen) untuk kuarkan bunyi. Macam anak buah aku, Feeqa tu dia suka tekan butang hitam kat hujung tu je. Sebab dia tak pandai lagi nak menekan touch screen kut. Both anak buah aku ni dah banyak sangat permainan, so Ipad yang aku beli untuk diorang ni, memang diorang tak pandang derrrr…

Sebabnya??

IMG_20120113_204815

Gambar Ninin dengan Lee Ai Pad!

 

Diorang dah ada Lee-Ai Pad (dalam gambar di atas)! Dibeli dengan harga RM300+ oleh adik aku kat Johor. Lee-Ai Pad ni jenama dari MAlaysia je, menggunakan Android Froyo. Lee Ai Pad ni memang sebuah tablet, cuma memang agak lembab dan tidak smooth la, maybe sebab OS dia kut. Main Angry Bird pun tersekat2. Kalau jenis tak tahan menunggu lama macam aku, toksah laa nak beli. Takat nak beli pada budak buat main, boleh lahhh..Memang Lee Ai Pad je aa yang direbutkan dua beradik ni. Buat dengar lagu, main Angry Bird. Tapi kakak hari tu aku dah ajar dia guna function Calculator untuk kenal nombor. Alhamdulillah, sesi pembelajaran berjaya! After sejam dah kenal semua nombor 0-9. Yup, guna teknologi ke arah kebaikan, baru kita nampak faedahnya!

 

Nanti kakak dah besar, kakak nak beli telefon macam Alang lah”.

Alang guna Galaxy SII. Takat bukak sendiri, lock, main Angry Bird, keluarkan ikon ke home screen, memang kerja dia je. Kadang tu penuh home screen aku dengan ikon apps. Hari tu banggga gila si Ninin ni bila dapat gunakan Youtube untuk search Video. Berlagak gile muka! Yang si adiknya pulak, pernah tu ambik Nexus S aku, cucuk kabel charger. Kadang tu, siap mintak Angry Bird. Huhuh… memang cabaran sungguh laa budak2 ni. Budak-budak sekarang.. hidup dengan tablet!

» Read More...

Perjalanan Kuantan–Kota Bharu selama 17 jam?!

Share

Assalamualaikum dan Salam sejahtera readers.

Cerita ni dah basi, tapi aku tetap nak mengabdikan memori ni kat blog ni. Mana tahu nanti cucu cicit nak baca kannn… Kalau ada rezeki, ada jodoh, insyaALLAH adalah cucu cicit tu kan? So, sambutan tahun baru 2012 aku kali ni memang dalam sejarah lah! Tak pernah dibuat orang cara sambutan ni. Orang lain sambut tahun baru 2012 dengan pergi ceramah Ustaz Azhar Idrus (yang ni baguihhhhhh!!), takpun terkinja-kinja di I-City, ada yang lagi gempak, tidur atas jalan di UPSI yang mana kalau aku pun ada di sana, sure aku jadi reporter gaks. Ahaks.

 

So, how do I celebrate my New Year 2012?

OK, seperti yang dah dimaklumkan, lepas exam 31hb Disember 2011 hari tu, aku terus drive balik Kuantan dari UPSI. Then petang tu jugak, around 6.00 pm, kami sekeluarga bertolak balik Kota Bharu. My sis yang study USM tu, ada exam pagi esoknya 01.01.2012 jam 8.15 dah kena standby dekat HUSM. So, memandangkan tiket takde, kami pun planning untuk hantar dia lah. Bergerak lah kami 2 buah kereta ke sana sebab kereta WIRA nak tinggal pada dia.  Adik bongsu aku dah beli kete baru.

 

Yang mengharukan, perjalanan 6.00 petang dari Kuantan, kami hanya selamat sampai di Kota Bharu adalah pada jam 11.00 pagi! 17 jam beb! Nasib baik Professor adik aku tu baik, adik aku dibenarkan ambil exam keesokan harinya.

Kenapa sampai 17jam? Nop, bukan kereta rosak, meragam dan sebagainya. Dan bukannya kami terlibat dalam apa2 kemalangan, dan bukannya kena sorok dek entiti. Tapi, kami…..

IMG_20120101_081641

Terperangkap dalam Banjir!!

Perjalanan dari Kuantan sampai ke Kuala Terengganu, kami lalu jalan bandar, smooth je walaupun hujan, dan air melimpah atas jalan, tapi bila je sampai kat Setiu, area Sungai Tong, banjir ! Air melimpah atas jalan. Paras pinggang beb! Arus pun deras. Tak berani nak redah! Kul 1.00 pagi, kul 4.00 pagi kami tunggu sampailah surut sikit, baru redah.. Rush takpe, tapi Wira rendah. Last2 berasap jawabnya. Then sampai kat Pasir Puteh, semua jalan nak rentas ke Kota Bharu air melimpah tinggi atas jalan, sampaikan semua jalan yang kami cuba tak boleh lalu. Kiranya terputus hubungan terus lah memandangkan 3 jalan kami cuba, banjir. Tak berani ambil risiko meredah.

Last, kawan pakcik aku dtg tlg tunjukkan jalan lain, Jalan Jelor ke apa ntah nama nya kat PAsir Putih tu. Masa tu dah 9.00+ am.

 

IMG_20120101_100824

 

Terpaksa redah je jalan tanah merah ni yang laluannya boleh merisikokan tayar terlekat, then berselisih lalu jalan sempit tepi talir air ni. Puaslah kami baca doa2 supaya perjalanan lancar. Nasiblah lepas dan selamat. Memang pengalaman sungguh tersekat dalam banjir. Lepas hantar adik aku kat USM, sampai je rumah makcik aku kat Pasir Mas, terus kami semua pengsan (tidur) sampailah 5ptg baru terjaga. Penat gile weh!! Walaupun bukan aku yang drive.. HEHE ^_^

 

Esoknya, lepas tahu jalan dah boleh lalu, terus gerak balik. Niat nak berpoya2 di kelantan terbuku je. Tak sanggup nak terperangkap dalam banjir. Cukuplah pengalaman yang ada. Lepas ni, nak kena tengok cuaca sebelum buat apa2 plan.

» Read More...

Rezeki dari Allah..

Share

Alhamdulillah… Rezeki dari Allah.

Semalam baru je kami sekeluarga menerima dugaan , hari ni dah dapat rezeki Allah, dapatlah makan sedap2 secara PERCUMA! Cakap pasal dugaan, kadang2 pelik, kenapa ada sesetengah orang yang suka berhasad dengki bila tengok orang lain bahagia, hidup senang lenang. Dah tu pulak, nak hidup senang, tapi taknak berusaha, nak dapat semua benda dengan PERCUMA semuanya.. Bukannya takda tulang empat kerat yang masih lagi boleh bekerja. Tahu nak mudah je. Paling aku bengang, bila nak mengusutkan fikiran orang yang aku sayang. Dah tu bila diberi dugaan, tak pernah nak muhasabah diri, asyik persalahkan orang lain kata kena bomoh dsb, tahu nak mengutuk sana sini je. Bila lah nak insaf! Kalau lah pihak tersebut baca blog aku ni, aku suka sangat2!! Aku bukan lupa daratan, tapi aku memang bencciiii dengan orang yang membuat family aku bersedih lebih-lebih lagi mak aku. Tolong ingat tu! Jangan sampai aku jadi kurang ajar~~~

 

Lalala…just nak mencurahkan rasa geram… mana lagi kan, kalo tak pada blog? Takkan nak pergi landing atas jalan.. Ahaks~~

IMG_20120119_145751

 

Owh ya, ikan2 di atas ni lah rezeki percuma yang aku cakapkan. Ada ikan Tenggiri, ikan selar, ikan selayang, ikan muduk, ikan selar kuning, dan ikan apa entah nama satu lagi, aku pun tak tahu. Ahaks. Bekalan ikan percuma dalam gambar di atas ni, kami dapat dari sedara belah arwah Abah yang duk kat Narathiwat, Thailand. Uiks jauhnya poslaju ikan? Ahaks…tidaklah! Takkanlah ikan pun nak poslaju? Actually sedara kami tu dia kira cam nelayan laut dalam ni haa.. Bila bot balik ke darat, landing kat Kuantan ni, dapatlah kami ikan free. Sokmo dah kami dapat ikan free ni, kadang2 tu, tak habis lagi ikan yang dibagi, dah call suh datang ambik lagi. So, jiran2 atau kawan2 rapat tu, dapatlah jugak merasa ikan free dari kami.

 

Tadi pun dah sedekah separuh pada kawan mama kat Batu 5, CIk Nah. Masa gi ambik ikan ni kat jeti bawah Jambatan Tanjung Lumpur tadi pun, dia cakap minggu depan datang ambil ikan tenggiri masin lak. Nanti dia nak keringkan. Alhamdulillah, rezeki~~~ Akhirnya tenggiri itu berjaya daku masak lemak cili apikan dia. Paling bangga, air tangan aku sendiri masak lemak cili api ikan tenggiri tadi. Tapi di bawah prosedur dari mak aku lah. Nak harapkan aku? Maunya gulai aku tawar. Bab2 rasa merasa ni aku failed!

 

 

Teringat pulak seseorang yang sedang mengail kat Bandar Tenggara, Johor sebab nak kena sediakan 200kg ikan untuk Hari Keluarga Pejabat dia 22Januari 2011 kat Bekok. Nasib badanlah yer, awak mengail berhari2, saya tak payah mengail, dah dapat ikan FREE..hehe..Nak buat macam mana, boss dia suruh sediakan 200kg ikan, tapi duit tak bagi.. Last sekali terpaksa dia and the geng mengail sendiri. Kalau kena kat aku, dah lama boss tu aku suruh pegi menyelam sendiri!

» Read More...

Azam Blog 2012 : Jaga Aib Orang, Jangan Hidup Dalam Fitnah!

Share

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. First of all, terima kasih kepada semua readers, yang sampai ke blog ini sama ada secara sengaja ataupun tak sengaja. Alhamdulillah, gembira rasa hati ni sebab masih ada lagi yang sudi menyinggah walaupun blog ni lama terabai.

Yup, since masuk Tahun Baru 2012, hanya satu post je yang ada, itupun Wordless Wednesday saja nak tayang income tahun 2011 yang blog ni dapat dari Innity. Apa Kes kan? Sekadar coretan memori, dan semoga dapat membakar semangat para blogger yang benar2 ingin menjana wang dari Blog! Actually, lots of story aku nak tulis dalam ni, tapi itulah, aku dalam fasa Hilang Minat Pada Blog, Internet, Komputer. Demotivated sesangat! Even income dari blog ni pun tak mampu nak memberi motivasi kepada diri aku. Entah di mana, dan apa jenis motivasi lah pulak yang perlu aku suntik pada diri aku ni supaya terus rasa nak menaip macam selalu, macam sebelum2 ni …

 

azam 2012

 

Nak kata aku takde masa, aku sekarang ni tengah bercuti semester, memang duk je kat rumah ni goyang kaki, tak perlu nak ke sekolah untuk mengajar atau ada apa2 assigment dan sebagainya. Belajar masak? Tak lah! More to melayan TV, melayan anak-anak buah aku. Itu je lah aktiviti seharian aku. Blog? Langsung aku tak hadap nak update. Tapi ada lah gak draft2 post dalam Windows Live Writer yang aku tak siapkan. Malassssss giler ah!!! Dulu, kalau aku rasa kureng, mesti aku make up, make over balik blog aku.. Tapi, nak buat make over, aku rasa sayang pulak dengan struktur HTML yang dah aku kira elok dicrawl Google ni. Maybe aku perlu tambah header kat blog ni lah kut kan? Yang ada bling2 gitu?? Hiksss~~~

 

Apapun, aku takkan biarkan blog ni berkubur begitu sahaja lagi2 selagi hayat dikandung badan ni. Dah terlalu banyak masa, tenaga yang aku curahkan pada blog ni untuk jadi seperti ini. Dan dah banyak jasa dari segi kewangan yang blog ni beri pada aku. Kasih sayang pada blog ni tetap utuh!

 

Actually, selama tempoh aku mendiamkan diri daripada blogging, aku ada buat muhasabah diri aku selama aku berblog. Semuanya hasil comment2 dari beberapa Anonymous yang menyedarkan aku. Beberapa post yang aku fikirkan mengaibkan beberapa individu, telahpun aku redraftkan balik. Entry pasal Cikgu Shida, pasal gosip Nabil Raja Lawak, dan jugak kes Siti Saerah, adik Siti Nurhaliza tu, aku dahpun redraft. Yup, niat aku masa buat post tu hanya untuk beri informasi/gosip yang bertujuan untuk SEO semata. And at last, aku sedar yang mereka telahpun menjalani kehidupan yang lebih baik. Seperti mana kes Amalina yang dikutuk keras, sejak tu aku terfikir,, kenapa perlu aku tolong war2kan kepada semua orang pasal perkara remeh macam tu, Yup, keperluan sekarang, PERLU JAGA TEPI KAIN ORANG, tapi tetap kena ingat SETIAP ORANG DIBERI RUANG UNTUK BERTAUBAT, untuk BERUBAH. Jadi, elok ke kalau menyampaikan sesuatu perkara yang boleh mengaibkan mereka kelak? Mungkin bukan masa kini, tapi masa akan datang? Bila mana mereka ada anak2, dan sebagainya? So, aku dah buang semua post tu. Andai kata ada post yang korang jumpa dan rasa masih perlu dibuang, tolong maklumkan ye..

 

394486_278637915516722_177648308949017_729418_986757870_n

 

InsyaALLAH tahun 2012 ni, blog ni akan more to personal life, educational post, and informational post. Yup, masih akan ada isu2 yang aku akan cuba kupas di sini. Tapi, bukan politik, bukan gosip! Tak nak lah hidup dalam FITNAH! Tahun 2012, bukan lagi tahun untuk ekperimentasi sejauh mana blog aku boleh pergi, tapi HOW FAR THIS BLOG IS BENEFICIAL TO OTHERS .. Kumpul harta akhirat lah pulak, kan?

 

 

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik.

Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais