BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Undian Anda Diperlukan.. Layakkah Saya?

Share

Assalamualaikum dan Salam sejahtera readers..

msmw 2012

 

Segan nak cakap sebenarnya, tapi betul-betul memerlukan undian anda untuk Majlis Anugerah Blogger dan Media Sosial 2012. Alkisahnya, blog www.cikgudahlia.com ni telah dicalonkan untuk World Bloggers and Social Media Awards 2012 pada 16 Februari 2012 bersempena dengan Minggu Media Sosial 2012 @ Malaysia Social Media Week (MSMW) 2012 dalam tiga kategori iaitu:

 

BEST EDUCATIONAL BLOG

msmw educational blog

http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=1

 

UPCOMING BLOGGER OF THE YEAR

msmw upcoming blogger

http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=38

 

WORST BLOG OF THE YEAR (mencalonkan diri sendiri dalam kategori ni)

worst blog msmw

http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33

 

So, kalau anda fikir saya layak untuk kategori tertentu, sudi-sudikanlah untuk VOTE ye! Kalau rasa blog ni bermanfaat, Vote lah  untuk Best Educational Blog dan Upcoming Blog of The Year. Kalau rasa menyampah dengan blog ni, VOTE pada Worst Blog of The Year. Dahlia tak kesaahhhhh… REDHA ^__^

 

Cara nak vote?

  1. Klik pada gambar/link bawah gambar dalam setiap kategori di atas.
  2. Cari bahagian/kotak yang ada www.cikgudahlia.com
  3. Klik VOTE!

Jasa kalian semua hanya Allah mampu membalasnya. Semoga dimurahkan rezeki. Aminnnnn.

 

Kalau sudi, tolong VOTE juga untuk www.mylitera.com bagi kategori Best Educational Blog. Itu pun blog Dahlia dan rakan-rakan buat untuk assignment Instructional Design semester lepas. InsyaALLAH memang bermanfaat!

 

Korang pun boleh mencalonkan blog korang sendiri tau! Tarikh tutup pencalonan ialah pada 31 Januari 2012 dan undian akan ditutup pada 6 Februari 2012. Selamat Mengundi!

» Read More...

Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) RM200 Dijual RM150 di Mudah.my ?

Share

Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) yang bernilai RM200 sudah mula diedarkan kepada semua pelajar Tingkatan 6, IPT, IPTS, Politeknik serta Kolej Matrikulasi/Asasi seluruh Malaysia mulai Januari 2012. Pengedaran baucar buku 1 Malaysia ini adalah melalui institusi masing-masing.

 

bb1m

 

Dahlia masih lagi belum mendapatkan baucar buku 1 Malaysia (BB1M) yang layak diterima memandangkan masih lagi dalam cuti semester. InsyaALLAH, bila pulang ke UPSI untuk semester baru hujung bulan Februari nanti, akan terus ke Pusat Pengajian Siswazah untuk mendapatkan baucar buku tersebut. Rezeki jangan ditolak, kan? Baucar Buku 1 Malaysia ni hanya sah digunakan sehingga 31 Mac 2012 sahaja! So, bolehlah beli buku yang akan digunakan semester depan dengan baucar tersebut. InsyaALLAH.

 

Anyway, terdapat berita yang tak best didengar berkenaan pemberian Baucar Buku 1 Malaysia ni. Yup, aku yakin ramai lebih memerlukannya dalam bentuk wang tunai berbanding baucar RM50 sebanyak 4 keping, kan? Sebab itulah ada yang mengeluarkan rumours mengatakan baucar buku RM200 ni boleh ditukar tunai untuk RM180 di Bank Simpanan Malaysia. Sampai macam tu sekali? Jangan percaya!

 

Yang tu hanya rumours, tapi kali ni memang real! Voucher buku RM200 ni diiklankan untuk dijual di laman web mudah.my! Yup, time aku boring2, sokmo masuk mudah.my browse barang.. nampak sangat takde keje, tahu nak perabiskan duit jer, kan?

 

baucer buku 1 malaysia

Iklan yang dinaikkan pada 18 Jan 2012 oleh Hup Idea di Mudah.my Perak yang menjual baucar buku RM200 tersebut dengan nilai RM150 sahaja.

 

Apapun, sesiapa yang berniat untuk berbuat begini, better fikir masak-masak. Sebabnya setiap baucar buku ni ada nombor siri yang telah direkodkan bagi setiap individu yang menerima. Dan dekat baucar tu pun kena tulis nama dan juga nombor kad pengenalan. So, kalau pembeli adalah bukan pelajar, macam mana? Or penjual tu akan tulis nama dan no kad pengenalan siap2 pada baucar buku 200 yang dijualnya? Jangan sampai anda kantoi sudah. Gunakan apa yang diberikan dengan sebaiknya. ^_____^

» Read More...

Minggu Media Sosial Malaysia 2012 | Malaysia Social Media Week (MSMW)

Share

Minggu Media Sosial Malaysia 2012 ataupun Malaysia Social Media Week (MSMW) 2012 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 13-17 Februari 2012 ini. Pernah dengar ke pasal Minggu Media Sosial Malaysia 2012 ataupun MSMW 2012 ni sebelum ini? Tahukah apa itu Minggu Media Sosial ni?

 

malaysia social media week

 

Minggu Media Sosial Malaysia 2012 merupakan satu program yang bakal di adakan bersempena dengan Minggu Media Sosial Sedunia. Minggu Media Sosial Malaysia 2012 diadakan bertujuan untuk mewujudkan serta merapatkan hubungan pengamal media sosial melalui pendekatan terkini dan mudah serta menangani isu-isu generasi muda pada supaya menggunakan media sosial dengan cara lebih positif. Golongan sasaran yang akan menyertai MSMW ini adalah ketua pegawai eksekutif, pengusaha korporat dan industri, wartawan dan penulis media online, bloggers, pengurusan komunikasi korporat, penuntut institusi pengajian tinggi, pakar-pakar teknologi maklumat, pemimpin politik dan agensi-agensi kerajaan.

Pengguna tegar Facebook, Twitter, Google+, Youtube, Blogger, etc inilah acara untuk kita!

 

Program Minggu Media Sosial Malaysia 2012 ini dianjurkan oleh Social Media Chambers, iaitu organisasi yang mempromosi dan menyokong penggunaan media sosial secara berdisiplin dan beretika, dengan sokongan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

 

minggu media sosial

 

Gambar di atas : (dari kiri) Duta Minggu Media Sosial Malaysia – Aznil Hj Nawawi dan Altimate bersama Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Haji Ibrahim Abdul Rahman dan Ketua Social Media Chambers Shahul Hameed Dawood. Seorang lagi Duta Minggu Media Sosial Malaysia, Lisa Surihani tidak hadir pada Majlis Taklimat MSMW 2012 di Berjaya Times Square pada 19 Januari 2012 lepas.

 

Pelbagai acara akan diadakan sepanjang program Minggu Media Sosial Malaysia 2012 dengan kemuncak utama acara adalah Perhimpunan Terbesar Blogger dan Media Sosial Antarabangsa 2012 atau dikenali sebagai “World Bloggers and Social Media Summit) yang akan menampilkan pakar-pakar dan pengamal media sosial elit seluruh dunia. Ada juga acara pameran gajet, konsert, bengkel atau klinik sosial media, pertandingan foto, seni graffiti dan banyak lagi yang akan berlangsung kelak.

 

anugerah blogger minggu media sosial

Antara Kategori yang dipertandingkan untuk Majlis Anugerah Blogger. [VOTE ME!] 

 

Paling menarik bagi kita yang bergelar blogger ini adalah Majlis Anugerah Blogger dan Media Sosial Antarabangsa 2012 yang akan mengetengahkan penulis-penulis blog serta aktivis media sosial yang terbaik di peringkat global yang telah dicalonkan untuk pencapaian cemerlang mereka dalam arena media sosial. Banyak juga aktiviti lain yang akan dibawa di sekitar Kuala Lumpur dan akan dijadualkan memenuhi ruangan beberapa lokasi yang mampu menghubungkan media sosial dengan penggunanya baik dari komuniti bloggers mahupun Netizens yang turut juga dikenali sebagai Gen Y ini.

 

trofi blogger award msmw

Comel! Gambar trofi kemenangan yang menanti blogger terbaik dalam setiap kategori yang dipertandingkan dalam acara World Bloggers and Social Media Awards 2012 yang akan berlangsung pada 16 Februari 2012.

 

Brochure sempena Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2012:

 

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai aktiviti yang diadakan sepanjang Minggu Media Sosial Malaysia 2012 ini, boleh melayari laman berikut:

Laman web rasmi Minggu Media Sosial Malaysia (MSMW) 2012 :  www.socialmediaweek.com.my

Laman Facebook Minggu Media Sosial (MSMW) 2012

Laman Twitter Minggu Media Sosial (MSMW) 2012 : @MSMW_2012

 

Kalau sudi, Vote blog www.cikgudahlia.com untuk Best Educational Blog. ^___^ TQ

» Read More...

Jawab Survey, Dapat TopUp FREE dari IPPBM

Share

Alhamdulillah, rezeki lagi..

topup free

 

Kali ni dapat FREE Topup daripada Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai IPPBM. Topup ni diberi setelah turut serta menjawab soal selidik yang telah dihantar.

 

Mudah je! Jawab je soal selidik (survey) yang dihantar melalui emel, nanti dapatlah topup FREE daripada IPPBM tu. Syaratnya? Mesti berdaftar sebagai ahli E-Belia dulu, dan tunggu sahaja soal selidik dihantar terus ke emel anda! Dahlia pernah share pasal E-Belia dan IPPBM di dalam entry Anda Berumur 18-40 tahun? Jom Sertai E-Belia. Walaupun tak berjaya dapat tempat 1-3 dalam contest E-Belia tu, Dahlia berjaya dapat hadiah Topup FREE RM50 dengan entry tersebut. Tetap bersyukur. Siapa nak bagi kan? At least dapat cover duit topup dan lebih tu bagi topup kat adik2.

 

So, korang tak nak ke? Jom, sertai E-Belia sekarang! Rujuk entry Anda Berumur 18-40 tahun? Jom Sertai E-Belia.

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais