Projek 100 Bloggers bukanlah sebuah projek yang asing lagi bagi most blogger yang mengikuti blog Broframestone.com. Cuma Dahlia ni je baru tergerak hati nak join. Almaklumlah, mood kembali berblogging dah menampakkan sinarnya….heheh.
Projek 100 Bloggers ni dikendalikan oleh Broframestone sendiri bertujuan untuk mengumpulkan 100 bloggers Malaysia yang akan diketengahkan kepada syarikat yang sudi mengiklan di 100 blog yang terpilih ni. Dalam bulan 4 atau 5 nanti Broframestone akan present kertas kerja kepada klien-klien beliau. So, 100 Blogger ni lah yang akan berpeluang menjadi medium pengiklanan bagi produk mereka. Berpeluang lah kita untuk merasa menulis Advertorial . And Of course, you’ll be PAID!
Berbaloi ke join Projek 100 Bloggers ni?
Tepuk dada, tanya minda. Tapi as for me, kalau korang menepati syarat-syarat yang telah disenaraikan oleh Broframestone tu, better korang mencuba nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. {heh} Tapi apa yang boleh aku ramalkan, sesiapa yang terpilih untuk join Projek 100 Bloggers ni, memang bertuah lah. Silap-silap boleh jadi macam Broframestone yang sentiasa ada jemputan event sana sini sampai boleh, dapat jumpa Tun Dr Mahathir, jumpa ramai artis (Temubual Bro dgn Shuib&Siti Sarah).. dan macam-macam lagi lah! So, korang tak teringin ke dapat peluang macam tu? Kalau betul korang nak menjana pendapatan daripada blog dan ingin memajukan blog korang ke aras lebih tinggi, inilah peluangnya!
Syarat utama kena lah menepati Unique Visitor yang Broframestone sasarkan.. Ni Laporan Google Analytics blog ni untuk sebulan yang lama bersawang ni.. hoho
Lepas syarat ke tidak?
Jom kita tengok syarat-syarat Projek 100 Bloggers di laman Broframestone sendiri eh…
Syarat-syarat Projek 100 Bloggers (klik eh!)
Senarai Blogger Projek 100 Bloggers… (klik jugak eh!)
Setakat ni baru 60 orang blogger je yang terpilih, so ada lagi +40 tempat kosong. Jangan risau, ni bukan pasal SEO, bukan pasal ranking, pasal siapa popular ramai follower ke apa. As long as korang memenuhi syarat yang Broframestone dah senaraikan, insyaALLAH terpilih. Sehingga bulan ni je tau!! 31 Mac 2012 sahaja. Kalau terpilih, tunggu sahaja berita gembira dari Broframestone sendiri!
» Read More...




