Persoalan yang pernah bermain di benak fikiranku lebih kurang sebulan yang lepas. Samaada nak servis kereta Honda City aku ni kat Macinda Auto, Semambu ataupun Honhin, Padang Lalang, Kuantan. Aku prefer servis di Authorised Service Centre compared to pergi mana-mana workshop and just suruh mekanik tukar minyak hitam sebabnya “Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam”. Ni dah kira 2nd car aku, so, of course aku nak yang terbaik.. Nak dapat bukan senang.. So, dah dapat, kenalah jaga sebaik mungkin kan?
Service Centre di Macinda Auto Sdn Bhd, Semambu
Actually, memang selama ni aku hanya servis di Macinda memandangkan aku kan beli kereta aku ni kat sana, so macam tersegan pulak nak bawak servis di cawangan lain. Tapi dek kerana terpengaruh dengan pakcik aku, dia biasa hantar servis Odyssey dia kat Honhin sebabnya dia cakap lebih murah dan boleh tengok. So, untuk servis yang 30,000km lepas, aku pun try lah servis di Honhin tu. Kos servis hanya RM200++, dan masa menunggu kurang 2jam, dah siap! Sampaikan aku pun macam tak percaya yang servis telahpun dilakukan secepat itu. Tapi bila dah drive, barulah percaya, hehe.
So, next adik aku terpengaruh lah dengan aku untuk servis kereta dia kat Honhin tu jugak. As expected, memang lebih murah dan cepat. Tapi, kesian sangat kat dia sebab after few days lepas service tu, masa dia drive balik dari KL nak balik JB, melayang about RM1300 gak lah.. Kete dia berasap disebabkan masalah dengan minyak brek sampai kena tukar apa entah. Aku ni bab2 kete, reti pakai je.. nama je anak pomen..hiks. Mujur ada warganegara Malaysia yang prihatin tlg bagitau dia. So, nak taknak, dia pun suruh je budak tu fix memana yang patut sebab kebetulan jugak, budak tu sendiri foreman. Aku ada tanya, dapat call tak tanya keadaan kereta lepas service, adik aku cakap takde. Aku ada plak di call.
Customer Lounge at Honda Service Centre @ Macinda, Semambu Ada LCD TV with ASTRO, and beverages (Milo, Nescafe and Teh Tarik), plain water also provided. Kalau ada free food kan lagi best! Heheh.. (dari belakang : Mama saya yang setia menemani)
So, disebabkan pengalaman tak best adik aku tu, my mom bertegas supaya kami setia bersama MACINDA AUTO je. Mahal pun mahal lah, yang penting tip top! Aku pun ada riki2 kawan2 dalam FB, diorang pun memang prefer Macinda Auto kat Semambu tu untuk servis. Kat Kuantan ni, memang takde pilihan lain dah, either Macinda ataupun Honhin tu je. Aku tak kata Honhin tak bagus, sebab ramai je customer yang sebelumnya servis di Macinda dan bertukar servis di Honhin. Setiap owner tahu mana yang dia lebih prefer kan? Pakcik aku tu servis kat Honhin pun oke je. Cuma, maybe tak serasi bersama dengan kereta aku dan adik aku lah kut..
Pagi tadi, aku melawat Macinda untuk buat Major Service 40,000km untuk keretaku itu. Actually ada lagi about 200km sebelum servis, tapi memandangkan kereta ini banyak travel Tanjung Malim-Kuantan-Kota Bharu-KL dalam sebulan ni, aku redha je lah. Padahal baru 23/2 tu servis yang sebelumnya..kuat sungguh berjalan! Cepat jugak lah duit makin kering.. huhuh.
PC with Internet Access provided to customer. Even customer can access WIFI freely using own tablet, smartphone or even laptop!
Space for the kids with toys! My Ninin pernah request nak puzzle yang ada kat sini.
ZOOB Pieces ni lah yang dia nak.. Puas aku tilik kotak, ada barkod Popular. Tapi bukan rezeki, takde plak kat Popular Megamall Kuantan..
Sampai kat Honda Service Centre Semambu ni pagi tadi around 8.10 a.m. Yang terkejutnya, gelap gelita! Aku ingatkan tak bukak ke apa..ataupun black out. Rupanya mula operasi jam 8.30 am. Punyalah awal aku datang sebab nak dapat no.1 ! Selalunya memang aku datang after 9.00 am, sebab tu tak perasan pukul berapa dia open for service. Akhirnya, berjaya jugaklah aku dapat no.1 tu. Thanks to Service Advisor Nurul Hasikin yang banyak membantuku sejak akhir2 ini termasuklah masa tukar windscreen baru hari tu. Estimated cost untuk Major Service 40000km tadi= RM908.88 dan dijangka siap jam 12.00p.m.
Memula ingat nak suruh my sis pickup kami (my mama dan Feeqa yang setia meneman).. Tapi memandangkan dia hanya boleh datang after 9.00 am, aku pun decide just tunggu je kat situ. 3 jam je pun kalau nak menunggu ..huhuh.. Lagipun, ada internet access, apa kisah kan?? Banyak boleh dibuat.. Cuma nak baring tu lah xdapek! Tapi kalau nak ke town pun boleh as ada Shuttle Service disediakan mengikut jadual. Even kalau time sembahyang Jumaat pun, customer beragama Islam tak perlu risau sebab ada khidmat shuttle ke Masjid Semambu berhampiran. Tinggal nak ngan taknak je pergi kan?
my Feeqa yang akhirnya lena setelah puas membuaskan diri.. sampaikan kena air panas pun tak serik, boleh pergi main lagi.. huhuh…dahla siap ambik majalah kereta untuk baca. Tak padan dengan kecik!!
Owh ya, kat Macinda ni pun ada provide bahan bacaan seperti Majalah tentang kereta, dan juga surat khabar The Star, Berita Harian dan News Straits Times. Tandas kat sini pun teramatlah bersih dan wangi!! Penting tu!
At last, about 10.20 am, kereta aku siap dan boleh dah untuk pickup.. Alhamdulillah selesai awal, takdelah lama aku jadi penunggu setia.
Automatik kempis walletku!! Daku memang bukan pengguna kad kredit! Harap maklong! Ada wang, aku shopping, tarak wang, aku duk diam2 kat umah je…hiks
Total Cost untuk Major Service kali ni adalah RM835.05. Memang dah adik aku pesan, untuk Major Service, mesti standby budget RM1000. Ni Kurang daripada estimated cost sebabnya air filter aircond tak perlu tukar memandangkan masih bersih. Cuma both getah viper je kena tukar sebab rosak.
Kat Macinda Auto ni, setiap kali bayaran servis, leh kumpul point Loyalty. Just bagi kad Loyalty warna merah tu je masa buat bayaran untuk kumpul point yang nanti boleh ditukarkan dengan HONDA merchandise. Kalau nak souvenir lain macam towel, beg dsb, kena beli minyak hitam jenis lain. Aku hanya ikut je apa yang di recommend. Asalkan selamat :D
“Biar papa asal bergaya. Yang penting aku puass..gyahaha”
» Read More...


