BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

SENYAP Vol #1.1 Altimet Feat Bro Framestone

Share

Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca ^_^

Untuk entry kali ni, Dahlia nak share dengan korang especially yang bergelar belia terutamanya pengguna tegar media sosial samada ada facebook, twitter ataupun blogger akan sebuah program yang diberi nama SENYAP.

myicon1

Dapat Mek D freeeeee tuuu… Eh, nak g makan ke nak ilmu?

Apa itu SENYAP? 

SENYAP merupakan singkatan kepada program (Social Enforcement For National Youth Awareness Program) dimana sebelum ini Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) menggunakan platform SENYAP untuk memberikan kesedaran IT dan  merapatkan jurang antara blogger dan Kementerian.

SENYAP Vol #1.1 – Altimet Feat Bro Framestone

Tarikh : 11 April 2012

Masa : 9:00 - 10:00 malam 

Tempat : Aras bawah Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Precinct 4 Putrajaya.

Setelah kewujudan Blogger disedari maka VYREC (Virtual Youth Resource Center) membawakan SENYAP Vol 1.1 merupakan kesinambungan selepas kejayaan program SENYAP 1.0 yang telah berjaya diadakan di PWTC pada 18 September 2011 lepas.

 

senyap

Barisan blogger yang menghadiri SENYAP 1.0

[sumber gambar: Carol Nyzem]

 

SENYAP Vol #1.1 pula akan menampilkan penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Syukur iaitu ALTIMET  dimana beliau merupakan salah seorang dari Malaysian Youth Icon (MY ICON)  dan juga  Bro Framestone (Senyap Blogger).  Kedua-dua ikon ini akan ditemubual diatas pentas yang santai lagi rileks buat pertama kalinya di Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, dengan tema My Icon Bean Bag Talk Show yang diperkenalkan oleh VYREC sendiri.

 

Jika anda seorang belia (berusia 15-40 Tahun) dan berminat untuk menghadiri program ini sila lengkapkan borang penyertaan anda dan sahkan kehadiran anda di capaian yang disediakan  dibawah.

Registration Form : Capaian

RSVP : Capaian

Jangan lepaskan peluang ini! Hanya 200 peserta pertama sahaja akan dipilih.

Tarikh tutup penyertaan pula pada 9 April 2012.

 

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di page RSVP dan di page vyrec

Jangan lupa join FB Group SENYAP !!!

» Read More...

Pekeliling Kenaikan Gaji SSM 2012 Penjawat Awam, PDRM dan Cara Pengiraan Pemindahan Gaji Sistem Saraan Malaysia +

Share

Pekeliling baru kenaikan gaji penjawat awam dan juga anggota polis di bawah Sistem Saraan Malaysia telahpun dikeluarkan oleh JPA beberapa hari lepas. Pekeliling kenaikan gaji SSM ditambah baik ini disediakan selepas kerajaan mengumumkan pembatalan pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.  Pekeliling perkhidmatan SSM 2012 tersebut boleh dimuat turun seperti berikut':

1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 Kenaikan Gaji Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3/2012 : Kenaikan kadar bantuan Sara Hidup (COLA)

 

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan sebagaimana diumumkan pada 8 Mac 2012 mengenai kenaikan gaji sebanyak 13% berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)antara RM80.00 hingga RM320.00 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana. Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji diberi sebanyak 7% hingga 9% dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan.

sbpa-ssm-baru-2012

 

Intipati utama yang terdapat dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/2012 Kenaikan Gaji Penjawat Awam di bawah SSM + sebanyak 103 mukasurat ini adalah :

1. Jadual Gaji Sebaris dan Jadual Gaji Matriks digantikan dengan Jadual Gaji Maksimum-Minimum (JGMM) bagi setiap gred perkhidmatan.

2. Prinsip pemberian kenaikan gaji adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada
31 Disember 2011 dan ditambah dengan kadar peratusan kenaikan
gaji mengikut gred.

         Contoh Pengiraan adalah seperti berikut:

         Gred Pegawai : DG41           Gaji Hakiki pada Disember 2011: P1T10 = RM2509.90

         Kenaikan Gaji =  RM2509.90 x 13% = RM 326.29

         Gaji Baru mulai Januari 2012 = RM2509.90 + RM326.29 = RM2836.19

3. Kenaikan gaji ini tidak mengubah Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) pegawai. Mulai tahun 2012 dan seterusnya, pergerakan PGT pegawai adalah terhad kepada gaji maksimum dalam JGMM

 

Untuk mendapatkan maklumat jelas dan lebih terperinci, sila download dan baca sendiri Pekeliling Perkhidmatan 1/2012 untuk kenaikan gaji Kakitangan Kerajaan Persekutuan dan Pekeliling Perkhidmatan 2/2012 untuk kenaikan gaji PDRM.

tunggakan gaji april

 

Pekeliling kenaikan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) ditambah baik tahun 2012 ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012. Dengan itu, pembayaran kenaikan gaji dijadualkan akan dibayar secara tunggakan tiga bulan mulai April 2012 seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.

 

Pegawai yang Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) adalah pada 1 Januari 2012 akan diberi gaji baru terlebih dahulu, dan seterusnya diberi Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) (tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia) dalam JGMM. Dengan itu, tak bermaksud jumlah pergerakan gaji akan diterima sekali pada gaji bulan April ini.

 

Panduan pengiraan gaji baru 2012 di bawah SSM ditambah baik boleh didapati di laman web JPA sendiri seperti berikut:

kiraan kenaikan gaji 2012

Kaedah Pengiraan Kenaikan Gaji SSM 2012 secara automatik (klik)

 

Semoga bermanfaat.

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais