BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Gempa Bumi 8.9 Skala Richter di Acheh .. Bagaimana Khabar Rakanku di Sana?

Share

Usai solat Asar tadi, kawan aku Siti yang datang study di rumahku ni cakap, berlaku Gempa Bumi dengan magnitud 8.9 Skala Richter pada jam 4.50 petang waktu Malaysia, 11 April 2012. Memang kami tak rasa gegaran, sebab kami dedua dah terlelap bersebelahan nota masing-masing tadi. Terus aku log in dalam FB, ramai rupanya yang merasa gegaran di kawasan Utara dan Bandaraya Kuala Lumpur.

 

tsunami

 

Dikhabarkan, gempa yang melanda itu berlaku di kawasan  sama seperti pada 26 Disember 2004 dengan magnitude 9.1 Skala Richter yang menyebabkan tsunami besar yang berlaku di Acheh sehingga mengorbankan kira-kira 200,000 nyawa dan memusnahkan bumi Acheh sekaligus pada masa itu. Memang menyedihkan sangat bila diimbas lagi detik-detik tsunami yang berlaku pada masa tu. Tengok Video tsunami sama ada yang berlaku kat Acheh pada 2004 ataupun video tsunami Jepun tahun 2011 lepas, memang rasa sangat takut.  Tak digambarkan nasib dan pengalaman mereka yang menerima dugaan hebat itu.

 

kpli fizik

Dalam kenangan..satu kelas berbaju merah untuk ke Program Bina Insan Guru……

 

Bila teringat pasal Acheh, memang aku ada rakan-rakan di Acheh. Kami satu kursus semasa dalam KPLI Fizik di Institut Perguruan Kuala Terengganu (IPKT) pada tahun 2006 dulu. Aku tak ingat exact numbers, tapi dalam kursus aku ada Pak Riza, Fadly, Kak Herni Afida, Kak Seri, Kak Rita Zahara, Kak Nita, dan Rizki. Masa tu, yang paling muda, Rizki lah..memang selalu dikacau oleh classmate aku. Rizki Qisty kut kalau tak silap namanya. Selain daripada mereka, ada lagi beberapa orang dalam kursus Biologi, iaitu Mulyadi dan Popun (tak ingat exact nama dia) dan yang pompuan aku tak bape ingat nama. Popun tu memang sangat hensem tau.. Kitorang suka kacau dia… :D

 

Apapun, harapan aku, semoga semuanya selamat. Dikhabarkan ombak tsunami akan melanda bila-bila masa sahaja dari sekarang. Pesanan aku pada semua, jauhkan diri dari pantai dan sama-sama kita memohon keampunan dari-Nya. InsyaALLAH.

» Read More...

Senarai Pemenang ABPBH 2011 ke-25| Keputusan Rasmi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

Share

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) yang berlangsung di Arena All Stars Genting Highland pada 8 April 2012. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) dengan tema Larger than Life tu menampilkan Raja Azura, Sharifah Shahira, Didie Alias dan Zizan sebagai Pengacara Majlis Anugerah Bintang Popular yang penuh gilang gemilang itu. Mujur ada Zizan, teringin gak aku tengok..Dengan keadaan TV yang kecik + gelap +  bising.. Mujur ada TV kan! Ginilah orang takde ASTRO..hukhuk

abpbh 25

 

Senarai Penuh Keputusan Rasmi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 berdasarkan setiap kategori anugerah:

Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH ke25 2011 :

ic original aaron aziz

Aaron Aziz

Penyampai Anugerah : Adyputra dan Nora Danish (Zikir dan Dhia ^_^)

Pemenang :

Anugerah Artis Berkumpulan/Duo Popular : Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah   

Anugerah Artis Baru Wanita Popular : Tasha Shilla

 

Penyampai Anugerah : BOBOI (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik)

Penerima Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail (FBI)

Penerima Anugerah Artis Komedi Wanita Popular : Didie Alias

 

Anugerah Istimewa Pencapaian Sepanjang Hayat : Datuk Sheila Majid

(disampaikan oleh orang kuat ABPBH 2011)

 

Penyampai Anugerah : Nurul Shuhada dan Datin Seri Normala Shamsudin

Anugerah Pengacara TV Lelaki Popular : Zizan Razak

Anugerah Artis Baru Lelaki Popular : Johan Ariff Asari

 

Penyampai Anugerah : Ridzuan Hashim dan Neelofa

Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular : Fizz Fairuz

Anugerah Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana

 

Persembahan selingan: OMBAK RINDU di ABPBH ke-25 2011

ombak rindu abpbh

sudikah encik nikahi saya??

ombak rindu abpbh 2011

One fine day, I’ll make sure you’re deeply in love with me!

Penyampai Anugerah : Chad, Kamilia Razwani, Deen

Pemenang Anugerah Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana

Anugerah Pelakon Komedi Lelaki Popular : Johan

 

Penyampai Anugerah : Erra Fazira dan Mustafa Kamal

Penerima Anugerah Seri Perak : Dato’ Siti Nurhaliza

Penyampai Anugerah : Rosyam Nor dan Fazura (Duta LUX)

Pemenang Anugerah Penyanyi Lelaki Popular : Hafiz

Pemenang Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular : Aaron Aziz

 

Penyampai Anugerah : Datuk Yusof Haslam dan anak-anak (Shamsul Yusof & Shafik Yusof)

Pemenang Anugerah Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha

Pemenang Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular : Maya Karin

abpbh

Besarnya topi!!! Tak nampak jiran sebelah..hehe

Penyampai Anugerah : Datuk DJ Dave dan Wan Maimunah

Pemenang Anugerah Penyanyi Wanita Popular : Yuna

 

 

abpbh25

Fesyen Baju Didie Alias memang mabeles!!! Trofi ABPBH (fake) pun ada atas kepala…

 

p/s: Popular?  Tak semestinya terbaik .. ^__^

» Read More...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais