“salam..ada budak bunuh diri ke kak?”
Itulah pertanyaan pertama kuar dari kawan aku, Cikgu Tie…maunya aku tak terkejut? Dalam hati, memang ingat, ni mesti kisah lama, kisah Cikgu Bedah tu.. Siasat punya siasat, memang betul ada kejadian maut berlaku di UPSI petang tadi dalam pukul 5.00 petang gitu. Bukan bunuh diri okey!!! Yang pasti, pelajar tersebut maut selepas terjatuh dari bangunan ELearning tu. Kejadian sebenar? Wallahualam… masih lagi dalam siasatan pihak polis.
Bangunan E-Learning.. Di sinilah tempat di mana pelajar UPSI tersebut maut terjatuh..
Tanjung Malim - Seorang pelajar perempuan UPSI maut dipercayai jatuh dari bangunan lima tingkat di Universiti ini petang tadi. Menurut sumber, seorang saksi yang telah melihat mangsa sedang terjatuh dari tingkat yang tidak dapat dipastikan. Saksi tidak dapat ditemuramah lanjut akibat dari trauma kejadian tersebut.
Kejadian telah berlaku sekitar jam 5.15 petang di belakang bangunan itu. Mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian kakinya. Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan yang tiba sejurus kejadian ini berlaku. Siasatan lanjut masih lagi dijalankan bagi menentukan punca kematian sebenar. Sumber
Kalau nak tengok gambar dari scene kejadian, sila ke blog : Pilihan Anda
cari Video Pelajar UPSI maut jatuh bangunan? Takde!
Actually, kat UPSI hari ni tadi, ada Konvoi Kembara Motorsikal PDRM sempena Kempen Penunggang Berhemah UKLK 2012. So, masa aku gi kelas MANOVA pukul 3.00 petang tadi, sempat jugaklah aku terserempak dengan Konvoi itu. Dan masih ada lagi anggota polis dalam UPSI masa tu, kat area parking depan Bangunan Elearning tu.
Tadi habis kelas dalam 5.00 petang, memang aku ada perasan ramai orang kat area bangunan Elearning tu, tapi aku tak expect apa2 sebab ingatkan kembara tu tak habis lagi. UPSI ni kalau hari Sabtu, biasanya lengang.. lagi2 waktu petang.. Kalau ada pun, student MASTER macam kami yang pergi kelas je. Entahlah, wallahualam .. mungkin juga ada aktiviti di situ. Cakap lebih pun, bukannya aku ada di tempat kejadian pun. Tunggu je keputusan siasatan kes ni kelak.
Apapun, aku harap tiada sesiapa yang membuat spekulasi ke atas kejadian yang telah berlaku di UPSI hari ini, 21 April 2012. Sedekahkan alfatihah kepada arwah. Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang mukmin. . Kepada keluarga Allahyarham, Dahlia ucapkan Takziah.
Pesanan penaja dari Cikgu Tie :
Sekian update untuk hari ini. ^___^
» Read More...


