Assalamualaikum Readers…
Semalam kan Perhimpunan Bersih 3.0. So, of course lah banyak blog yang akan update dengan Gambar-gambar Perhimpunan Bersih 3.0 ni beserta dengan Video Perhimpunan Bersih 3.0. Jadi, sesiapa yang rasa nak testing SEO tu, boleh la cuba ya!
Bercakap pasal Perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan semalam 28 April 2012, maka hari ini, (actually sejak semalam lagi).. penuh laa FB status update dengan Video Kekejaman yang berlaku di Perhimpunan Bersih 3.0. Video kereta Polis diterbalikkan, gambar kereta polis dimusnahkan oleh peserta perhimpunan, video kereta polis merempuh peserta awam. Masing-masing nak membuktikan kekejaman pihak yang sebelah lagi.
Siapa yang lebih kejam sebenarnya? Seriously, aku pun tak pasti siapa yang patut dipersalahkan, pihak mana yang sebenar-benarnya kejam. Kenapa dan bagaimana keadaan ni semua berlaku juga, pasti ada sebab musababnya. Apapun, aku tetap rasa simpati pada mereka yang cedera dalam Perhimpunan Bersih 3.0 semalam. Sedih sungguh apabila nilai-nilai kemanusiaan dilempar jauh semata-mata kerana menurut kehendak diri.
Apapun, baik layan Video terbaru Matluthfi : Kecelaruan Maklumat …
Nobody's going to present you the truth, look for it instead.
Firman Allah SWT :
“Orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”
p/s: Aku sendiri kadang-kadang tersalah membuat penilaian …
» Read More...



