Dengan tulisnya entry ni, tidaklah aku nk gebang pasal wang hantaran aku…(dengan muka berlagak + sombong ) Bukan banyak mana pun… RM 18k jerk…wakakka..perasan je laa…RM10k pun belum tentu dapat…BF pun xdo..haaha..Takde kene mengena pun tajuk entry ngan diri aku yang masih single mingle, tunggu dipetik kumbang..hahah..
Wahai gadis2, tunangan orang, yang single, ataupun yang dah berkahwin, berapakah nilai hantaran korang? Dan untuk cik abang laks, bape nilai wang hantaran yang korang rasa paling sesuai bagi seorang perempuan? Korang bagi tu berdasarkan apa? Sebab terpaksa atau sebab nak menunjuk?
Kata orang, semakin tinggi taraf pendidikan seorang perempuan tu, semakin tinggilah nilai hantaran?
Aku ade 4 situasi di sini…Ni situasi berlaku pada orang2 sekitar aku yang akan berkahwin dalam masa terdekat ni, around bulan 3 semuanya….
Situasi 1 :
Seorang lelaki berkerjaya professional…umur awal 30an, bakal berkahwin dengan seorang perempuan lepasan SPM 2009 (result pun belum dapat weh, macam mana nak kata ada sijil SPM?)…dan wang hantaran yang diletakkan oleh ibu bapa perempuan tu ialah RM10k…No discount…Cash n Carry! U nak anak dara I yang cantik molek ni, u bayar!! Wahhh!!!!
Situasi 2 :
Seorang lelaki , Engineer berusia awal 30an juga dan pasangannya juga bekerja taraf eksekutif…PA kepada seorang menteri… Wang hantaran RM10k…Yang menariknya, lelaki ni hanya tau pasal wang hantaran sebanyak itu sejam sebelum kami gi bertunang..Siap mintak discount…hahah
Situasi 3 :
Semasa sesi pertunangan, biasanya ditetapkan tarikh utk buat majlis pernikahan dan juga wang hantaran. Pihak lelaki bertanya, dan pihak perempuan pula menjawab, “Ikutlah, kami xkisah”… Pihak lelaki menjawab “Kalau bawak 200 boleh ke?” ~ tergamam ~
Situasi 3 :
Lelaki dan perempuan ni berumur awal 20an, baru bekerja, lulusan diploma.. Hantaran yang ditetapkan adalah hasil perbincangan kedua mereka sebanyak RM7k dan berjanji utk sharing is caring 50-50.
So, kalo dikatakan wang hantaran mengikut taraf pendidikan, kalo budak yg xde result SPM tadipun dah RM10k, kalo de pHD agak2 cecah x RM50k?? Logik?? Yaaa...sangat logik kan?
Dan kalo lak tak bgtau, konon xnak orang cakap yg jual anak la itu laa..walhal dalam hati nk letak 30K ala2 Erra Fazira / Siti Nurhaliza… macam dalam situasi 3, andai kata orang tu bwak sebanyak itu, terima ke? Lepas ke nak bayar kenduri, pelamin, kompang, DJ lagi...?
Perlukah sesorang tu meminta diskaun?? Bagi aku situasi ni xperlu wujud…Sepatutnya dah kena berbincang antara pasangan tu, dan dapatkan persetujuan bersama.. RM10k dalam situasi 2 tu, untuk seorang engineer bg aku, xde mender laaa..dah keje dah lama, xkan xde saving langsung?? Dan RM10k tu memang dah rate semasa laaa bagi aku..
Dalam situasi 3 bagus sebab ade persepakatan…tapi sepatutnya kalau boleh, bagi aku, biarlah mostly lelaki yang sediaakan kalo ye pun nak menolong…Kenapa? Ok, bagi aku, wang hantaran ni adalah hadiah ikhlas dr lelaki utk perempuan, menunjukkan kesanggupan seorang lelaki utnuk mengambil perempuan itu sebagai isteri. Wang hantaran tu juga untuk membuat kenduri kendara (untuk oghe Kelate, totally utk pengantin perempuan ok, bukan untuk kenduri) so lelaki kenalah ikhlas dan bagi mengikut kemampuan dan persepakatan antara kedua belah pihak. Dan janganlah sampai membebankan pihak pengantin perempuan pulak. Wang hantaran yang diminta tu digunakan untuk majlis kenduri dan juga membeli kelengkapan perkahwinan. Barang sekarang bukan murah2..Kurang2 nak tumbang seekor lembu..dah RM2k at least..Nak beli ayam lagi, gula (naik harga lak tu)…xkan nak buat kenduri Maggi je kut?
Anyway, jangan lak nak menunjuk2 pada orang kampung, sanggup bg hantaran tinggi2 macam kesah benar one of sedara aku: kawen tahun 2005 kut lebih kurang..belum selesai Ijazah, kahwin dgn eksekutif bank…hantaran RM10K ++ …ikut besday dengan hantaran HP, laptop dll yg berjenama..skrg husband keje biasa2 dah, hidup pun kais pagi makan pagi…tp alhamdulillah bahagia..
p/s: Kalo x mampu RM10k, RM811118 jer lah…cun x?? Apa kes nak diskaun banyak2..kalo nak pada seorang perempuan tu, kenalah sanggup…Suara hati seorang eprempuan ego macam aku..haha






37 komen:
nak cari yg kampung2 je la
senang n murah
erkkk
xboleh nak./...
mngikut kuiz fb, duit hntaran sy adalah sbyk rm12k xD
situasi 3??hahah
interesting topic nie.. ;)
@joegrimjow
perempuan dlm situasi tu kampung jer beb...10K tu, hanya berbekalkan sijil PMR... ^_^
@suraya
erk..saya berapa ya??? lupaaa la plak...rasa mcm 12k jugak... ^_^
@bawang_merah
yeah...kita tunggu keputusannya...jumpa di meeting ya nnti ^_^
@ShA-RiFa
interesting..tp DaHLIa xpandai mengulas banyak2..hehehe...xde experience ..:P
aku pon single gak.. ehehe
wow! murahnya. ok lah tu
ak laki2 yg brgaya n msih single player... mmpunyai org yg disukai, krna itula tujuan kta dijadikan idup brpasangan... namum, ak xromantik dn malu ngan owng yg ak suke.. wang hntaran?? berapa saje yg dia nak... tk lebih dri 1k dah laa, haha... yg pnting sama2 kna iklas.. bau idup aman dn bhagia smpai 7 kturunan, heeee..
ada tak sapa2 yang nak melamar aku...(macam cerita ahmad albab)..hohoho
ikut harga pasaran kot agaknya...yg lelaki pun jangan la berkira sangat..nak jadi isteri korang gak kan...la ni standart 8K-10K ooooo...time anak akak nak kawin nanti berapa la agaknya ekkk hehehe
ptot la tak kawen lg..demand r akak ni..hahahaha..bg murah2 dah la..cian ktaowg yg laki ni..hahaha
@Jard The Great
xper, kita sama2 enjoy life being single dulu... (ayat persedap hati sendiri)
@Kapten Luffy
apa yg murah tu beb??
@diden [+]
hahaha <RM1k? good luck bro...hahaha
@rizputra7
hahah...sapo lah tuuu.....bertuah sungguh
@Cikgu Sains
betul tu..kena ikut rege semasa...jangan sampai nk subsidi kerajaan jugak sudah..wakakaka
@bRoMiNe_aJe
mane der demand tinggi dik.ikut rate semasa jer tuuu
hantaran tu biarlah ikhlas..
yg penting si suami tade la tanggung hutang lepas tu. byk lagi duit nak gune bile da kawin nie ;)
RM811118 ?? macam banyak jeeeee :D
RM811118 ?? macam banyak je :D
klik nippon :)
sy nak antaran saya 20000, untuk bakal suami sya, sebab diri ini masih suci dan belum pernah disentuh lelaki ajnabee. wahhh. ops
terlebih suda..
;P
jd anak dara kelate la best..agak2 kalo rm8888.88 sume masuk poket kan??hehehe
aku nanti nak 50/50. kalau sepuluh ribu. aku 5, bini aku 5k. deal!
heh betul tu...
aiyakk..lupe letak .laa plak...letaklaa . 2 digit dr belakang ek..hehe
yeahhh itu yg sepatutnya....kan??
yerp..masyukkk...
heheh good luck bro
Saja nak berkongsi pengalaman. Saya dulu hantaran RM400.00(empat ratus Ringgit Malaysia) je (Untuk beli barang pertunangan dan mas kahwin RM120.00). Selebihnya sekitar RM3000.00(tiga ribu RM) pak dan mak mentua tanggung. Lepas kahwin saya bayar ansur-ansuran pada dio orang..Hemm, mudah kan?
ketak ketik ketuk : Alhamdulillah, Allah permudah jodoh saya...
erm... :)
saya belum ketemu lagi...dugaan :) saya terima dengan redha :)
hahahha~amboi mak..x agak lgsg..hahhaa..
i rasa..mcm x kawen jerk..huhu,.. sapa la sangup ;(
for my view as a women..ramai kwn2 i slalu beratkan sebelah lelaki.xbyk yg pikir keberkatan..actually hantaran ni utk knduri sebelah pompuan.tp kalo laki 2 pun bru 3-4 thn keja,pompuan pun keja gak..elok la kongsi.timbang rsa la sket..kenuri sebelah lelaki pn duit dia jg..ermmm..farahdiba (pengacara) kawen xda hantaran, ada mas kawen je. mak mentua syg u katanya....(kalo famili pompuan mampu nk menanggung kenduri la kan?!)
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...