Salam geng…
Siapa tengok drama queen baru dalam slot Akasia TV3 jam 6.30 –7.30 pm?
Aku baru jer berpeluang nak tengok drama queen Adamaya ni petang tadi..kiranya episod ke-2 laa… Cerita ni adalah cerita yang menggantikan slot Akasia TV3 ni selepas Na O Mei yang ending dia sangat kelakar dengan kad yang besar, men print2 jer..kalo lukis potret ke apa ke, besh laa jugak.... Saja nak buat Na O Mei 2 laa tu kan…Taktik bisnes betul!!
Apa pulak kisah dalam drama Adamaya ni??
Drama Adamaya mempunyai 23 episod sahaja yang di adaptasikan dari Filem popular iaitu “I’m Not Single” (lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil, diarahkan oleh Pierre Andre) keluaran Metrowealth International Group (MIG) ,syarikat yang dimiliki oleh penerbit terkenal David Teo. Drama arahan Feroz Kadir ini diteraju oleh Hussein Ruffedge sebagai Adam dan Lisa Surihani sebagai Maya..so dari situlah timbulnya Adamaya tu…
ADAM + MAYA = ADAMAYA
Pelakon-pelakon lain yang juga terlibat dalam drama ini juga ialah Faizal Yusup, Diana Amir, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana, Dian P.Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin, dan ramai lagi.
Sinopsis Adamaya …
Ia mengisahkan Adam dan Maya dijodohkan keluarga masing-masing atas sebab yang kukuh. Selepas kahwin, Adam membawa Maya berbulan madu di kabin kegemarannya di kawasan pendalaman untuk mengenali Maya lebih dekat lagi.
Barulah Adam tahu isterinya suka berjalan dalam tidur dan rasa bertanggungjawab menjaga keselamatan isterinya walaupun Maya tidak menyukainya. Bagaimanapun, Adam sedar bulan madu mereka bukan hanya berdua, tetapi ada orang ketiga, Dani yang sentiasa mengintip mereka.
Dani adalah kekasih Maya di universiti dan dia sering mendesak Maya meninggalkan suaminya, tetapi Maya enggan kerana babitkan keluarga. Adam pula melayan Maya dengan baik. Beberapa tahun berlalu, mereka bahagia dengan kehadiran anak lelaki berusia empat tahun namun rumah tangga Adam dan Maya bergolak dengan kehadiran Dani yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan Maya. Dani juga sanggup menceraikan isterinya kerana cintanya pada Maya.
p/s: nasib baik hero dia sein, bukan farid kamil, kalo tidak konpem aku xkuasa nak tengok…hehe






25 komen:
salam..
tetap minat ngan dahlia journal...
baru tgk cte nih ptg td =p
yes
mnat cite ni gak
sekali pndg, lisa tu mcm memey la. hee ;D
minat kt lisa ..huhu
cite ni mcm im not single plakkan?
tak tgk lgi cite ni.. nanti nk tgk 09 kt tv 3 lah...na omei pun tak dpt tgk ending dia hr tu
drama favourite mama skrg...haish...
best gila drama ni. semalam tengok episod 1 sampai 5 tanpa henti. hehe..
heroin cte ni pelakon peberet mieran,sukanya..hehehe
aku rasa kalau farid kamil lgilah suitable coz die orang 2 tak married.kalau si sein nie dah ade anak pun so 4me farid kamil is the most suitable 4 lisa.kalau kat dunia lglh best
kite pun minat giler citer ni.. aduh romantis gitu..hehe
Salam, sya accidentally tgk citer nih while waiting for help, sal skut sya bateri weak. Tgk tv kt pondok sekuriti. Walaupun tgk d tgh2x citer tp sya terus fall in love dgn akasia nih..... kebetulan plaktu ep 1 pergh... start dr tu I never miss even single ep. so far. I luv whatever happened dlm citer nih, luv al the character n paling suke this sweet couple.
same la..kalo hero lame yg berlakon disamping lisa surihani jgn arap la nk bes..kiki..sein gk yg bes
PELAKON FAIZAL YUSUP TIDAK SESUAI UNTUK WATAK DANI..GANTILA DGN ORG LAIN . X SAKIT MATA MEMANDANG. LGPUN KITA TGK TV NAK REHATKAN MINDA DAN MATA
Ya Allah,xtau nk ckap pe la..
mmg best gile cite nih..
aku xpenah mis lg la kiranye..hihi!
tengok adamaya sebab hussien berlakon...sesuai diganding dengan lisa.
sbb borink dok kat bilik...smlam joint korng tgk adamaya....
khadiran watak lawak kawan dani 2,i suka sgt......hehe..
konflik y hidup dlm akasia ni,mmg relevan..sbb kwujudan kekasih sperti dani mmg ada dlm dunia ni...ish2!!sudah2la .... kbahagiaan didepan mata dipersiakan...kesengsaraan jugk y dicari...xbagus3!!!.....
ok2!!pnjg da ni...i arap a lot of moral cn get frm this akasia..... slmt mnonton.....
xbek taw ckp cm2......smu de klemahan ..bgitu jugak gan "hero lama " 2...
mmm.......xsuka xpe,hormat skit prasaan "hero lama".....
drama adamaya best sgt.sayang rasany kalau ttnggal satu episod pn.. selalu la bbh gmbr yg best2 mcm adamaya nie.. rasa pnggng ni tlkat d sofa..
hensem ape faizal yusuf 2.dy pndai pe bwk wtk 2.pndai wat lwk plak 2.
suka sgt tgk sein berlakon...selamba n cool je...mmg best tgk cite ni coz sein ngan lisa couple yg serasi...tak tahan tgk sein yg hensem...tak jemu tgk lisa yg cantik tuu!
ada ke lelaki macam dani tu? xada pegangan agama, mcm xleh terima qada n qadar ALLAH. amani begitu menyenangkan....tenang tgk muka budak ni.
emg la sambungan nye la...........................
a`ah tau xpe....benci cgt2..........grm la..................
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...