Salam geng…
Ni aku ada nak kongsi satu cerita yang aku tiru dan tampal hanya menggunakan tetikus aku jer. Kawan aku post di FB dia , so aku kongsikan untuk korang. Cerita ini adalah tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.
Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ketempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]






72 komen:
pernah baca cerita ni... moga kita juga dijauhkan dari perkara2 yang tidak baik ye cik dahlia~~
the same story was originally used in the case of a christian girl. that original story was debunked by snopes.com... seems like someone just substituted christian prayers with muslim ones in this translation
itulah kelebihan ayat kursi yang tiada bandingannya...
wollah~~ banyakkan berdoa setimpal dengan amalan.. =)
sangat best cerita nie...
naik bulu roma bila baca part nie ;“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
citer ni mmg feymes..syukur dak tu selamat :)
I read this before. thanks for sharing though :)
FUhhh.. adakah itu malaikat..? syukur la dia selamat
snowy pun rasa naik bulu roma bila terdengar ada org di tepi tapi elok la,,perempuan tu terselamat
salam..
ermmmp ada dapat juga email ni..
subhanallah ,maha suci Allah..
kuasa allah..
my recent post:
MANCHESTER DITAJA 80MILION!
Allah telah menyusun perjalanan hidup agar sentiasa selamat
hanya manusia lalai sahaja yang merosakkan susunan berkenaan
...dan merosakkan diri sendiri
apa2 pun cerita ni bagus sebagai peringatan
hmm..syukur Alhamdulillah..Allah dengar perempuan nie nye doa and lindungi dia....Allah Maha Besar...
Subhanallah..
Allahu Akhbar..
Allah SWT akan sentiasa memelihara umatnya jika mereka memelihara diri sendiri.. moga jadi pengajaran kpd kita
nak nangis rasa baca nih..
dah lama aku tak buat kat blog nie...
zzzzzzzzzzzzzzzz
pppppppprrrrrruuuuuuuutttttttttt
>>_________<<
subhanallah...
mcm2 kisah....akhir zaman
baik punya info
tulh klbihan ayat2 al-quran
selamat bamal semua
cerita nih banyak hikmahnyaaa.. :D
Salam..
kawan saya pernah cerita kat sini ttg cerita ini.. dia dapat melalui emeil..
sama2 lah kita menjaga diri..
sungguh mengesankan citer ini...terharu pakcik..
harap jd pgajaran kpd semua...Aminnnnn
Menarik=)
salam,
saya ikut teruja membaca kisah ini, terima kasih
Subhanallah..
Allah sentiasa dekat dgn hamba2nya
kita je yang selalu alpa
baca sampai habis~
Subhanallah!!....
pernah baca benda ni kat blog laen.
apa2 pun, ini menunjukkan kekuasaan tuhan
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
terima kasih atas entry seumpama ini. :) ...
Subhanallah...
wah...sangat mengkagumkan...
thkz sebab kongsi artikel ini^^
bersamalah kita berdoa supaya sentiasa berada dalam lindunganNya...
iamme;
.::ZULAIKHA::.
sesungguh nya Allah itu maha berkuasa..
saye pernah terbaca cerita ini dlu...terima kasih krn mengingatkan kembali
dh pnh bca dh citer nie..
Salam ziarah dan salam ukhuwah kepada pemilik blog ini..
Sekian lama saya mempelajari bagai mane untuk menjadi seorang blogger, kini sudah sampai masanya untuk saya membina rangkaian bersama-sama blogger hebat yang lain serta mempelajari lebih banyak lagi bagai mana untuk menjadi seorang blogger yang hebat seperti anda.
Kunjungan ini adalah kunjungan ukhuwah untuk mengeratkan ikatan silahtulrahim sesama ummmah.. Moga kita mendapat banyak manafaat daripadanya.. Insya Allah...
http://tasbih-alam.blogspot.com
Allah sentiasa bersama hambanya. baca entry ni mengingatkan hana balik tentang kelebihan ayat kursi..
thanx for sharing c's :)
Allah sentiasa melindungi hamba-Nya yg bertaqwa
baca dan amalkan secara konsisten atau istiqamah..
baru Allah pandang
subhanallah
sungguh hebat kuasaNya
huh...inilah bukti kekuasaan Allah kepada hambanya yang taat kpd perintahnya,lagi2 membaca ayat kursi....huhu
subhanallah..begitu besar kekuasaan Allah s.w.t..
crite yang menarik!!
ambillah ia sbg pengajaran :)
Maha suci Allah yg berkuasa atas segala sesuatu..
moga kisah ini menguatkn lg ketaqwaan kita pada Nya
Allah itu Maha Kuasa. ada hikmah disebalik kejadian dan pengajaran untuk kita ambil dan contohi dalam kehidupan...
dah pernah baca gak..hee..
Maha Suci Allah
sy pown baru je lepas wat entry nie=)
http://hazrilhafiz.blogspot.com/2010/07/kenapa-tak-rogol-saya.html
woo...hebat,
x sangke kan...kuase tuhan tu memang terbaik...
subahanallah..
berkat ayat kursi niie.
subhanallah. :)
ya allah..rase terkejut dgr laki 2 cakap..u;re not alone..ade laki 2org kat tepi..thanx for da entri.. Allah MAHA BERKUASA
dah bace kat fb ritu :)
mmg memberi pengajaran
salam kenal...
menarik cite nie...betapa besarnye kuasa allah..
oang yang sentiase ingatkan dia, dia 10 kali ingatkan hambanye...
terkesima membaca kes nie
dah lame bacer cerite ni.. tapi tak pernah bosan bace balek.. sumtimes, cerite2 macam ni tarik balek kite yang lalai ni. :)
old story
originated from an evangelical christian story from the sixties. only in the original story a white girl was on her way back from bible studies. she saw a black male instead of a white male
this was the sixties mind you. they want to show that blacks are rapists and white aryan women who loves jesus will be saved
funny that now its in islamic version
oh well
salam,
meremang bulu roma baca cerita ni...
alhamdulillah Allah melindunginya...
Zida pun dah buat entry pasal ni
itulah khikmatnya tutup aurat.. orang sekarang kalau boleh nak jalan tak yah pakai baju je.. tu yang banyak lahir ank2 tak berdosa.
bca entri aku sini : http://myvitrd.blogspot.com/
mintak kebenarn nk copy nk letk kt blog
subahanaAllah....moga kita juga di beri perlindungan spt wanita mulia itu...
blh share kat fb?
bertapa kasih nya Allah dengan kita....
Salam,
Sebenarnya Allah maha mengetahui akan makhlukNya sebab tulah Dia perintahkan kita tutup aurat. Jarang sangat kita dengar wanita yang betul-betul menutup auratnya dirogol, sebab tak menaikkan syahwat lelaki yang memandang... Lainlah dengan yang tutup tapi tak tutup...
Setiap suruhan dan larangan dariNya akan mendatangkan kebaikan pada diri kita sendiri. Tapi masih ramai yang "kami dengar dan kami ingkar..."?
Mudah-mudahan cerita ni menjadi pengajaran dan iktibar bagi kita semua... "kami dengar dan kami taat..." kita selamat dunia akhirat.
berkat ayat kursi..ayat kursi mmg power..
nice story
syukran kerana berkongsi (^_^)
aurat tu kna jaga..tu gak penting..remaja skang ni pakai tgung atas paras dada..bukan kah tu mengundang nafsu lelaki meningkat...huhu
p/s : jemput singgah ke blog naa..
ana prnh dgr crita nie masa tu ckgu ana cite psl cite nie so ana berminat nak tau cite nie klau bleh ana nak artikel nie nak ltk kat blog
@Effi Obefiend Saharu
Reply: eventho it was from different religious (islam or kristian)it doesnt matter..what the lession from tis story (based on true story) is, we hv to be always carefull in whenever..especially woman and dont 4get to always pray and ask for God's help..(up to ur religion)...
please dont mention on 'religion' for i think it might be sum sensitive issues am i rite?..not everybody is open to hear sumthing about thier religion..
nway, thanks for sharing..
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...