Assalamualaikum WBT dan Salam Kemerdekaan ke-53 untuk semua! ..
Petang tadi aku berkesempatan melihat Promo Drama Asmara yang akan mengisi slot Lestary TV3 mulai malam ini. Actually dari last week lagi aku ada dengar penyampai Hot FM menyampaikan bahawa sebuah Drama terbaru yang mengambil iktibar daripada masalah sosial remaja sekarang akibat daripada pergaulan bebas dan kekurangan didikan agama akan ditayangkan di TV3. Dengan judul ASMARA, drama ini membawa tema “Terjerat Dalam Perjanjian Nyawa” akan menggantikan Drama Muzikal Hotel Mania yang di slot Lestary TV3 setiap Selasa jam 9.00 malam.
Drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah dan juga skrip daripada penulis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem. Asmara akan menggandingkan bintang baru, Shaz Jazle sebagai Asmara dan Faezah Elai sebagai Zaliya selain daripada pelakon-pelakon yang tidak asing lagi, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi.
Sinopsis ASMARA di Slot Lestary TV3
Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).
Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.
sumber foto : www.budiey.com
Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa. Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan.
Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak. Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.
Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.
sumber foto : www.budiey.com
Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati?
Jom kita sama-sama saksikan episod pertama ASMARA malam ini. Adakah best macam Cinta Kirana? Oh ya, aku rindu nak tengok Galang..lambatnya lagi dia nak kuar…huhuh







40 komen:
kak, ni citer Suhan Movies ker?
mcm menarik jer...harap2 laa ameen...hehehe
mmang best citer nih. yg tak best nyer iklan tv3 panjangh.
www.pengeRindu.com
elya br tgk tadii....best jugak...tapi tak sukeee lelaki yg pegang watak asmara ni...hu3
cite nie best gler.. Lg2 ad shaz jazsle.. Tp plkn prmpuan die x kena sgt la. Nwy cite nie ttp best :)
nampak mcm best citer...mesti tngok smpi episod akhir ni
mcm behla jugak...
ok la tu pelakon wanita tu..faezah elai..
ok rasenye c faezah elai dpt tunjuk bakat lak..(jd heroin2 ni..)
lgpun nampak lakonan die menjadi ape...
lgpun x kisahlah asalkn jln cite ni nmpak menarik.
tp yg x best nye ari selasa je.....lmbt la nk abis cmnie
Cerita Asmara ni best. Hope Suhan Movie akan produce lagi cerita2 yg best mcm ni.. Tahniah.. :)
SUSAH NAK CARI LLK YG BAIK ZAMAN TEKNO NI....YG HORMATI IKATAN PERKAHWINAN....YG X MEMPERMAINKAN TALAK....ERM..SESUAI SI ASMARA TU DNG ZALIA....DLM HIDUP...ADA TAKDIR YG X TERJNGKA..HANYA TUHAN YG TAU HIKMAH DISEBALIKNYA...
ermm..lakonan dorang mmg best..sntiasa wat org tgu hari selasa..
cite ni best gler...tp nape selasa je??:(
tayangla dari isnin smpai jumaat ke..stgh jam pun xpe..huhu..
memang best cite ni...kena plk ngn lagu2 dia...tgkap feeling....
pehh!asmara kacak gler!seriously,sy yg mnt korea ny pon jatuh cnte ngn shaz jazle !
aww!~asmara <3
Best cerita ni hehe....hero pun comel :D Jalan cerita sangat menarik dan tertariks!
best la cite ni.. lau iklan tu geram je.. suke tngk asmara da la cute pastu cool je.. lau bleh xyah la ade iklan... wat semak je...
jln cite yg best pelakon pun mantap2,tp klu xde iklan lg best
klau nak iklan tu sikit2 dh la..jgn banyak2..
ada novel ke ni story?
best cerita ni...sy selalu promote kat student sy...hehe..mmg betul..dlm hidup ada takdir yg x mampu kita jangka...dan bila kita diuji...hadapi...sebab tuhan sbg pencipta..tau kita mampu hadapi....
kak Fauziah N. Patut mintak maaf kat semua penonton crita asmara, tak serek-2 buat org nanggis'''
ooo best giler citer nie.. rugi tak tgk.. semlm tgk sampai nagis la pulak... hehe ank n mk ngis......huhuhu..nk tunggu lmbt lagi lak tu... minggu depn... ikln lama sangt .. tv3 memng camtu..
best laqh jugak citer nie..
...asal buat story nie hari slase jerw???
dh bleh hbs dh klau x buat hari slase jerw..
pelakon lelaki dia serupa bapok. geli la. lakonan keras. ish. sorryyy~~
ye,cite Asmara mmg best..
best jugak komen korang
memang best...tapi baru thengok 3 episod..dulu2 tak tengok..mintak tv3 ulang ....bole?
citer nye bleh tahan gak..my mum pun x pernah miss dari episod 1..
saya pun suke cite ni...mase hotel mania dulu, kul 9 mlm hr selase xtgk cite apepun...skrg dah ade temu janji br...ASMARA...lambatnye nak tggu mggu dpn lak...
bes r cte ni p xbes r coz slase jew... hmmm
Salam. Minta tolong tgk SENSITIVITI cerita "Asmara" di TV3 dari sudut islam. Jgn memperlekehkan isu agama.
Mengahwini Wanita Hamil
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan
seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu.
Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan
lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:
Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini
gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan
ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung,
barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu
tidak sah.
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak
perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau
bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah
tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah
saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi
kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk
memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan
yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.
Mafhumnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
hmm bez arr gk..tp aq da miz 1epsod..cdey arr
assalamualaikum...setahu saya perempuan yang 'terhamil' blh bernikah (sama ade dgn llki yang menghamilkannya / dgn llki lain)
seelok-eloknya bernikah sblm kandungan masuk 6 bulan...baru lah anak i2 blh dibinkan kpd llki i2..
wallahua3lam....untuk penjelasan lbih lanjut tanyalah kpd pakar..:)
hahahaha....dlm byk2 pelakon dlm cita nihh....pak husin la pling stedy....
ak nk tau beberapa lagu tema cerita asmara
sapa tahu soundtrack yg ada dalam cerita samara tu dan chinta saya nak download la lagu dia sapa yg tahu bagi tahu saya erkkk
dol (sesiape yang berkenaan)....
macam mane nak tau semayang kite tu sah? mesti kene ikut rukun tol tak??
same jugak halnyer dengan nikah, camne nak tau nikah tu sah, kene la ikut rukun nikah..
meh study balik...
rukun nikah ada 5,
pengantin lelaki
pengantin pempuan
wali
dua orang saksi
akad
pengantin lelaki mesti = islam, baligh, berakal, rela, bukan beristeri empat
pengantin pempuan mesti = bukan isteri orang, bukan dalam iddah orang, islam, baligh, berakal
wali = bla bla bla
saksi = bla bla bla
akad nikah = bla bla bla
jadah dia sebut permpuan tu bukan tengah ngandong?? yang penting bukan dalam iddah atau bukan isteri orang....
emel camni la nyesatkan pikiran orang...then wujud la mak pin ayah pin abang pin kak pin bagai!!!
best gilalh cita ni...tapi kcewa juga sbb tak lihat ep akhir
Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah
Keputusan:
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3 yang bersidang pada 21-22 Jan 1971 telah membincangkan Mengahwini Perempuan Yang Sedang Mengandung Anak Luar Nikah. Persidangan telah memutuskan bahawa perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah harus dinikahkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/mengahwini-perempuan-yang-sedang-mengandung-anak-luar-nikah
TAPI TAHUN FATWA TUH PUN 1971... tak tau la valid ker tak lagi... kena rujuk ulama juga yer
apa lagu lagu dlm cerita ni selain menyesal ??
drama chinta lagu selain Khatimah Cinta..Rapuh by Opick
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...