Ingin membeli hartanah? Dapatkan panduan lengkap dari pakar hartanah!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

 Banner
Home » , , , , , , » Dua Bulan di Langit – Marikh sebesar Bulan pada Malam Nuzul Quran? Jangan Percaya!

Dua Bulan di Langit – Marikh sebesar Bulan pada Malam Nuzul Quran? Jangan Percaya!

Share

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca..

Sana sini blogger duk menceritakan tentang kejadian fenomena dua bulan di langit yang akan dilihat pada malam ini pada jam 12.30 am…27 Ogos 2010 iaitu malam Nuzul Quran. Difahamkan email tersebut telah lama tersebar melalui emel dan sememangnya bukan sebaran orang Malaysia sendiri.

 

FW: TWO MOONS

MARK YOUR CALENDARS FOR THIS

** Two moon on 27 August ***

27th Aug the Whole World is waiting for.............

Planet Mars will be the brightest in the night sky Starting August.

It will look as large as the full moon to the naked Eye. This will happen On Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles of earth. Be sure to watch The sky on Aug. 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons. The Next time Mars may come this close is in 2287.

Share this with your friends as NO ONE ALIVE TODAY Will ever see it again.

 

Menurut e-mel tersebut, mulai bulan August, planet Marikh akan menjadi paling cerah dan jika dilihat dengan mata kasar, akan kelihatan saiznya sebesar bulan purnama. Dikatakan juga, pada kedudukan ini, planet Marikh ini akan berada dengan jarak hanya 34.65M batu dari bumi (aku xpasti macam mana sebenarnya jarak M tu..mungkin Mega? ataupun Million?).

 

Selepas googling ke beberapa laman web, aku jumpa bahawa emel seperti ni dah disebarkan sejak dari tahun 2003 lagi. Pada masa itu, sememangnya ramai percaya dengan email ini dan mengambil peluang tersebut untuk menyaksikan fenomena alam yang dipanggil istiqbal besar ini apatah lagi Marikh dikatakan ‘planet pilihan’selain bumi sekiranya manusia mahu membuka penempatan di sana.

 

solarsystemoe7 (1)

Dalam sistem suria kita, bumi merupakan planet ketiga daripada matahari manakala Marikh pula adalah planet keempat jauhnya dari matahari. Marikh berada di sebelah kanan dari Zuhrah, dan kecerahannya amat malap dan hanya bersinar seperti sebuah bintang biasa.

Apabila bumi melepasi Marikh pada orbit, bumi semakin hampir dan Marikh akan kelihatan lebih cerah. Apabila jika bumi melepasi Marikh pada waktu Marikh berada berhampiran aphelion (pada waktu bumi berada pada jarak paling hampir dengan bumi) dan Marikh berhampiran perhelion (apabila Marikh berada di jarak paling hampir dengan matahari), bumi dan Marikh berada paling hampir antara satu sama lain berbanding jarak terdekat biasa. Dikatakan bahawa fenomena ini berlaku setiap 15 tahun dan ini adalah istiqbal besar. Manakala apabila bumi dan Marikh berada pada kedudukan bertentangan dari matahari, Marikh berada dalam keadaan yang paling jauh dan secara relatifnya kelihatan malap.

 

marshoax


Menurut falak-online, jika dikira dengan kiraan falak, pada 27 Ogos 2010 ini, Marikh berada pada jarak 318JUTA kilometer daripada Bumi!! Marikh sekarang sedang berada di sebelah 'sana' atau hampir di belakang matahari ketika itu. Jadi tidak mungkin kejadian dua bulan akan terjadi pada malam ini.

 

Untuk keterangan lanjut dan memastikan kesahihan perkara ini, korang boleh baca sendiri di:

1. Falak-Online; Marikh sebesar bulan 27 Ogos ini? Oh Tidak

2. Dinginbayu; Betulkah Marikh sebesar bulan 27 Ogos ini

3. Sallehsgerrard; Peringatan di sebalik Kejadian dua bulan

 

p/s: Aku tetap akan mengintai langit malam ni. InsyaALLAH.

17 komen:

Zqah Ail said... [Reply to comment]

hmmm .. masih belum boleh .. mencinya ! jeles kepada yang boleh .. hehehe ... fahamkan maksudku ? =)

H Y D E said... [Reply to comment]

adik sya smangat nk tgk mlm ni...
then terbaca plak entri kak dahlia ni..
tgk la..klu xde mmg kena gelak la dia..hehe

Man Kuchai said... [Reply to comment]

ada juga saya dapat email tu...nampak nyer tak betul lah yer...

Jamal said... [Reply to comment]

Kalo memang ada dua bulan pada malam ini, yang pasti satu di langit yang satunya lagi di bumi (datang bulan)/perempuan yang lagi menstruasi hehehehehe.....

alien said... [Reply to comment]

gua g surau jalan kaki tadi
sekali bulan dia bulat besau kale oren2 sikit
time isyak laa..
masa balik bulan da kembali normal kale kuning dan tak besau dah

Anonymous said... [Reply to comment]

cuba baca blk artikel nih http://www.nasa.gov/vision/universe/watchtheskies/18jun_approachingmars.html tgk tarikh yg sebetulnya...tarikh asal adalah 23hb Ogos 2003...bukan 2010..haha....

rashid said... [Reply to comment]

Haha...tak tengok pun...percaya pada falak malaysia la...hehe

Amirez said... [Reply to comment]

kawan kat facebook tadi beria2 bagitau pasal kejadian ni.
tadi terlupa nak tgk. bila baca kat sini nasib baik gak tak tengok, hoax rupanya hehe

Anonymous said... [Reply to comment]

rakan blogger kita sempat snap pic fenomena semalam...so ianya bkn la menipu

Anonymous said... [Reply to comment]

saya tengok malam tadi...x de dua bulan pun...cume planet marikh tu seakan bintang dan kelihatan lebih terang daripada hari2 yang biasa..

Sang Pujangga Utara said... [Reply to comment]

haih x nampak pun....sis dahlia nampak x smalam?huhu

fiddeOmar said... [Reply to comment]

yg aku tau bulan lebih besar dari biasa. aku suka bulan! :)

nabilah abd rahman said... [Reply to comment]

laaa...semalam ke...adui...lupa nak tengok..tapi tak heboh pun semalam..kalau ada sure la heboh kan....ntahlah..

ProfHariz said... [Reply to comment]

Macam2 orang buat cerita kan akak?



New Entry ProfHariz
Nuzul Al-Quran

Anonymous said... [Reply to comment]

kena tipu la..

ayu farisah said... [Reply to comment]

tul ke x ahh ni????
kwn kte ckp die nmpk bulan ngan planet mrikh 2 kt lngit!!!
mne 1 yg btul ni...

ikankekek said... [Reply to comment]

Orang Mesia kita memang suka sangat wat mende-mende gitu..sebab tu kat wayang skang nie banyak sangat longgokkan cite-cite tak betul..harap-harap banyak lagi la warga kita yang betulnya..

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Syoknyer Blogging
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

♥ Projek DJ2B - 31 Blogger ♥

Photobucket Blogger yang telah direview : 1.Lyn Azlina 2.Nurhafiz 3.Ecah 4.Hazwan Blogger yang Masih Aku Hutang Review:
DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais