Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca..
Haish…geram sungguh aku! Tak sudah-sudah dengan kes lempar najis hari tu, Jalur Gemilang pula dibakar tatkala Malaysia dalam persediaan untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 Selasa ini. Tadi aku google serba sedikit untuk tahu pasal ni, dan sah, ini bukan kali pertama. Rupanya, pernah terjadi setahun yang lepas, yang mana Malaysia dikatakan menciplak kebudayaan Indonesia dalam promosi pelancongan antarabangsa.
JAKARTA 26 Ogos — Penunjuk perasaan di hadapan kedutaan Besar Malaysia di sini terus bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang serta bergaduh dengan pasukan polis Indonesia yang mengawal di situ hari ini.
Seramai 600 orang menyertai demonstrasi itu berteriak “ganyang Malaysia" bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau 13 Ogos lepas.
Ketika emosi memuncak, penunjuk perasaan bergaduh dengan pasukan Polis Indonesia yang menghalang mereka daripada menghampiri pintu pagar untuk masuk ke dalam kawasan kedutaan.
Mereka membaling batu dan selipar ke arah polis. Seorang daripada mereka ditahan polis kerana membaling sebatang buluh, yang sebelum itu digunakan untuk mengibarkan bendera Indonesia, ke arah pasukan keselamatan.
Insiden pada 13 Ogos itu membabitkan penahanan tiga pegawai penguatkuasa laut Indonesia oleh Polis Marin Malaysia ekoran penahanan tujuh nelayan Malaysia oleh bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia kerana didakwa meneroboh.
Malaysia mempertahankan bahawa nelayan tersebut berada di perairan sendiri apabila ditahan oleh pihak penguatkuasa Indonesia itu. Kesemua tahanan itu telah dibebaskan pada 17 Ogos. Kumpulan penunjuk perasaan hari ini menuntut Malaysia memohon maaf serta meminta kerajaan Indonesia memanggil balik Duta Besar Indonesia di Malaysia.
Keadaan reda apabila anggota kumpulan yang beremosi dapat ditenangkan oleh beberapa orang pemimpin kumpulan tersebut.
Sejak insiden 13 Ogos itu, beberapa demonstrasi dilakukan oleh kumpulan-kumpulan kecil antara 20 dan 40 orang sahaja namun ia tetap ganas sehingga ada yang bertindak merosakkan plak nama Kedutaan Besar itu, memanjat pintu pagar dan tembok pintu pagar dan berdiri di atasnya.
Kerosakan pada harta benda kedutaan besar itu telah dilakukan oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Laskar Merah Putih.
Penghinaan paling buruk dilakukan terhadap Malaysia ialah perbuatan melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada Isnin lepas. – Bernama
Diharapkan isu ni dapat pulih dengan segera supaya rakyat Malaysia xde pulak buat demonstrasi lepas ni. Bulan Ramadhan ni, baiklah buat amal kebajikan, dari buat hal… :D



31 komen:
xdak kja lain..ckit2 ganyang Malaysia..tu ja depa tau
lama dah hal ni..tak kan selesai2 lagi..haish...susah kalau dapat jiran macam ni..
padahal..rami je warga indonesia cari makan kat malaysia..hadoiyai
ehmmm..
still xsedo2 lagi ke???
huhuhu..dorang nie agknye nk ape ek?
msti kes nk dtg mlysia xlepas nie...hahaha
memang.. over sangat la macam tu... geram baca pasal benda2 macm ni
apa lah dorang pikir? sentiasa nak cari salah Malaysia..
byk benda dorang x puas hati..
nama jer serumpun..huuh
risau pada my malaysian friends yg kat indon, harap2 smua malaysian there selamat...
indon ni kuat sentap...sebok nak claim yg 3 org marin tangkap tu,yg dlm penjara beratus org tu tu x nak pulak dorang claim ye...herann...
Salam bertandang lagi..
semoga sihat orang disini.
rasanya ada pihak cuba nak
propagandakan negara kita
bukan rasa hati rakyat indonesia
yang sebenar..hanya segelintir
NGO
risauu nyee...nk gi bandung and jakarta pas raya ni...agak2 selamat tak :-s
That Rite... :)
Buat Amal Lebih Baik Kan Akak :)
http://profhariz.com
Dorang buat lagi cikgu..najis sungguh perangai mereka
Geng Ayam Penyet buat hal lagi!! http://life-around-research.blogspot.com/2010/08/lagi-kes-bakar-jalur-gemilangkali-kedua.html
Entri Terbaru dalam Geng Ayam Penyet buat hal lagi!!
tak paham ape yang dorang tak puas ati sangat2... dorang tak sedar ke negara kita banyak bagi peluang pekerjaan dan macam2 lagi kat dorang..
nampak sangat akal diorang cetek
nasib rakyat malaysia xberkelakuan yang sama
kalau tidak memalukan jer
P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?
haishh mmg x kenang budi...yg dah bjuta rakyat dye hidup senang pas keje kat bumi malaysia ni x pk....
emmm gangang malaysia lah...sweeping mlaysia lah...mcm2 org indon ni....jgn kita jd mcm dorg sudaaa... :)
saya takut ini propaganda pihak tertentu sahaja yang sengaja nak mencipta sengketa antara negara kita.
tak habis-habis org indon ni..tak sedar ke ramai bangsa mereka sdg carik mkn kat malaysia ni???
Salam,
Malaysia memang "BAIK".
ramai orang marah2 dan kata..bila nak sabar lagi...tapi perlu diingat sabar itu senjata Rasullullah....kerana sabarlah kita aman sebegini...rasenye ada dalang disebalik demontrasi itu..!
Memang ada agenda di sebaliknya.
Malangnya kita banyak berpolitik dengan hal-hal sensiviti keagamaan dan kebangsaan tetapi agak menikus dengan hal2 nasional seperti yang dilakukan oleh BANDERA.
Persoalannya, isu2 bangsa menjadi keutamaan dan sering diperbesarkan oleh kepimpinan. Begitu juga dengan isu keagamaan seperti doa untuk pemimpin bukan Islam dan kunjungan ke surau/masjid oleh pemimpin bukan Islam. Ada demonstrasi, ada laporan polis, ada laporan ke majlis fatwa, dan berbagai-bagai lagi tindakan.
Sebaliknya apa yang dilakukan oleh BANDERA Indonesia, bukan sekali tetapi berkali-kali. Mana pejuang bangsa untuk negara?
apa nak jadi dengan dunia melayu?
apa kata dunia..alamakkk
indonesia =)
kahkahkahkahkah
salam...
abaikan jer laa diorg ni...tak pernahnyer senang hati tgk org lain senang...ada jer yg dia tak puas hati....
ada pihak yg sengaje nak cucuk duri, 2lah jd xpuas hti..
tp plg baik manusia ni kena b'fkir pnjg, bkn main redah je. dah berabad berjiran xkn msh xkenal ht budi Malaysia yg dah bg byk pertolngan.. fikir2 kan lah
:(
memang kurang ajar la endon2 nie...
ermm pinjam nama dalam entry
http://hazrilhafiz.blogspot.com/2010/08/tips-blogging-membuat-blogger-lain-tak.html
Yang heran bulan puasa...siang hari telompat lompat macam beruk depan kedutaan...tak rasa dahaga ka, tak kerja ka, anak bini makan apa. Elok ke mesjid beribadat....lepas tarawikh barulah pegi telompat-lompat depan kedutaan,
TYT
Dimana Ibrahim Ali - PERKASA dalam isu ini.. senyap je.. tapi bila org cina dan india nak bersuara pasal hak dia lah yang paling lantang untuk menghantam sampai nak berperang dgn kaum lain... Skrg tunjukkan taring kat Indun tu... jangan hanya jadi jaguh kampung... pirrraaahhhh....
tu pun radio masih nak putar lagu2 dr indon... tv siar rancangan dr indon... penganjur2 konsert masih berebut2 nk buat konsert artis dr indon... tak paham aku
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...