Ingin membeli hartanah? Dapatkan panduan lengkap dari pakar hartanah!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

 Banner
Home » , , , , , , , , » Kadar Zakat Fitrah 2010

Kadar Zakat Fitrah 2010

Share

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca..

Zakat ialah tuntutan wajib dilaksanakan kerana merupakan Rukun Islam keempat selepas berpuasa di bulan Ramadhan. Dengan itu, tidak sempurna Islam seseorang itu jika tidak mengeluarkan zakat. Setiap Muslim hendaklah mengeluarkannya dengan hati terbuka, ikhlas dan bukannya berasakan ia adalah satu paksaan.

 

about zakat mindmap

 

Zakat fitrah adalah zakat yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam selain daripada zakat harta.  Zakat fitrah juga dikenali juga dengan nama Zakat Diri ataupun Zakat Ramadan/Fitri.  Zakat fitrah adalah penyuci kepada orang yang berpuasa daripada perkataan keji dan buruk yang mereka lakukan sewaktu berpuasa serta digunakan untuk menjadi makanan kepada orang miskin.

 

 

Ibnu Umar meriwayatkan:

“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.”

(Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169)

 

 

zakat2

Syarat Wajib Zakat Fitrah

  1. Islam
  2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta , ataupun wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Eidul Fitri
  3. Dapat menemui dua masa iaitu akhir Ramadhan dan awal Syawal. Orang yang meninggal sebelum matahari terbenam atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib Zakat Fitrah baginya

Masa Pembayaran Zakat Fitrah

Zakat fitrah boleh ditunaikan sepanjang bulan Ramadhan tetapi sebelum bermulanya solat sunat Eidul Fitri. Jika dibayar selepas solat Eidul Fitri, ia akan dikira sebagai sedekah biasa sahaja.

 

Perkara ini ada disebut Rasulullah saw dalam sabdanya yang bermaksud :

 

“Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat Aidilfitri, maka itulah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang membayar zakatnya sesudah solat, maka itu adalah sedekah biasa sahaja.”

(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

 

 

Tempat Menunaikan Zakat Fitrah

Zakat fitrah ditunaikan mengikut tempat seseorang itu berada. Pembayaran zakat fitrah boleh ditunaikan melalui amil yang dilantik ataupun terus ke Pusat Pungutan Zakat. Biasanya kaunter zakat fitrah juga ada dibuka di Bazar Ramadhan.

 

Kadar Zakat Fitrah 2010 Mengikut Negeri 

Jadual di bawah adalah jadual kadar zakat fitrah bagi tahun 2010/1431H untuk semua negeri-negeri di Malaysia. Kadar zakat fitrah bagi setiap negeri dikeluarkan oleh pusat zakat negeri masing-masing yang mana kadar ini ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya.

Negeri

Kadar Zakat Fitrah 2010 (RM)

Perlis

6.00

Kedah

7.00

Pulau Pinang

7.00

Perak

7.00

Selangor

7.00

Negeri Sembilan

6.50

Melaka

6.50

Johor

5.00 / 7.50 *

Pahang

7.00

Terengganu

5.00 / 7.00 / 8.00*

Kelantan

7.00

Sarawak

5.20

Sabah

6.80

Wilayah Persekutuan

7.00

*Mengikut jenis beras

 

8 Golongan Penerima Zakat Fitrah

Tidak seperti sedekah secara biasa, penerima zakat telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam surah Al-Taubah ayat 60. 8 Golongan penerima Zakat ini dikenali sebagai 8 Asnaf:

ZAKAT_opener

Fakir Orang yang tidak mempunyai harta atau mata pencarian; yang sangat sengsara dan tidak mempunyai apa-apa untuk menampung kehidupan seharian.
Miskin Orang yang tidak mempunyai mata pencarian yang mencukupi untuk menampung keperluan asas seharian.
Amil Orang yang dilantik untuk menggendalikan zakat dengan syarat dia adalah islam, merdeka, mukalaf, lelaki, adil, mendengar dan melihat.

Termasuk dalam kata amil ialah:

  • Orang yang memungut zakat.
  • Orang yang mengira, menyukat, menimbang zakat.
  • Orang yang menghimpunkan nama-nama mustahikkin.
  • Kerani zakat.
  • Orang yang membahagikan kepada mustahikkin.

Mereka ini diberikan zakat kadar upah yang sepatut dengan pekerjaan mereka itu.

Muallaf

Orang yang baru memeluk agama Islam

Riqab Seseorang yang mahu membebaskan dirinya daripada perhambaan.
Gharimin Seseorang yang terpaksa berhutang untuk menampung keperluan asasnya
Fisabilillah

Seseorang yang berjuang kerana Allah demi kebaikan masyarakat

Ibnussabil Musafir yang terkandas dalam perjalanan.

 

So, kawan-kawan, jangan lupa tunaikan Zakat Fitrah 2010 ya!

20 komen:

Nek Aki said... [Reply to comment]

Pembetulan. Kadar zakat bg sarawak RM6.00 tu tahun lepas punya. Tahun ini 2010 RM5.20

DaHLia said... [Reply to comment]

@Nek Aki

thanks for inform..
saya dah betulkan :)

Mario said... [Reply to comment]

baru nak buat n3 ni...ekeke lambat lagi...keh3

iddinm said... [Reply to comment]

entri yang informatif cikgu

DaHLia said... [Reply to comment]

@Mario

hehe...sis memang lambat sokmo skrg ni :) ada yang lebih diutamakan..hehe

DaHLia said... [Reply to comment]

@iddinm

thanks Iddin :)

zulkbo said... [Reply to comment]

salam..
Alhamdulillah..jangan lupa berzakat sebelum sembahyang sunat hari raya Aidilfitri tahun ini..moga kita semua di rahmati Allah jua hendaknya...

fiD said... [Reply to comment]

syukur, ayah masih bayarkan, heee
fiD recently posted... Isap Batang Di Bulan Puasa ! Gay ?

Khairi said... [Reply to comment]

selalu kami sekeluarga mengeluarkan zkat direct ke penerima zakat. apabila bagi kat amil aka pusat zakat, rasa tak puas, tak sedap. :)

Derus said... [Reply to comment]

info yang berguna...tahun ni kena bayar sendiri dah...:)

Cik Nurul said... [Reply to comment]

Salam..tengok blog akak baru tahu wilayah punya zakat berapa..thanks yer kak..

JAI said... [Reply to comment]

wahh lajunyerr.update..hehe..dahlia gua cilok jadual wehh..hehe..makacih..makacih..gua nak figure jerr..hehe

aZLiNa aZiZ said... [Reply to comment]

Saya mula bayar zakat tahun lepas. Rasa puas bila dapat bayar zakat sendiri.

Dahlia, saya guna jadual zakat kamu dalam entri saya ya. Tapi saya edit dalam acuan sendiri. Tq.

Anonymous said... [Reply to comment]

kalau kita mengganggur takde keje . kira miskin ke? dan tak payah bayar zakat ke? keje dah byk kali apply tapi takde satu pun yg dpt. so buat la business sendiri. tapi duit takde apa pun yg masuk. so mcm mana. perlu bayar ke zakat. atau saya ni perlu di beri duit zakat.

Atiqah said... [Reply to comment]

Tak kisahlah berapa.Dah perintah Allah. Setiap tahun saya bayar sendiri zakat fitrah sebab saya ibu tuggal. Anak saya ketiganya lelaki yang sulong 21 thn, kedua 19 thn dan bongsu 18 thn. Semua masih belajar. Saya bayar sendiri. Alhamdulillah selama 17 tahun jadi ibu tunggal tak pernah mis bayar zakat fitrah. Allah hu Akbar. Dah universiti anak aku. Dari belum tadika aku bela anak aku bersendirian. Alhamdulillah. Syukur

Anonymous said... [Reply to comment]

just nk tnya.. klu kiter byrkan zakat tuk parents kiter boleh x?? sbb ayah dah x mampu bekerja.. ker sepatutnya anak lelaki sulung yg kena bayarkan.. musykil skit bab ni..
(emmie)

gohku said... [Reply to comment]

kata zakat bersamaan satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya.
tapi kena zakat lain2 negeri lain nilai zakat?
Lain negeri lain ke nilai beras dipasaran??? Dan skrg ada beberapa jenis beras... dan beras mana yg diambil utk menyukat nilai zakat?

ikankekek said... [Reply to comment]

Sudah menjadi kewajipan umat Islam, wajib tu makna nya kena bayar la..Cikgu Dahlia camne..dah ada orang yang bayarkan ker..hehe..

Anonymous said... [Reply to comment]

mohon share...

Anonymous said... [Reply to comment]

bayar zakat secara online?

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Syoknyer Blogging
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

♥ Projek DJ2B - 31 Blogger ♥

Photobucket Blogger yang telah direview : 1.Lyn Azlina 2.Nurhafiz 3.Ecah 4.Hazwan Blogger yang Masih Aku Hutang Review:
DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais