Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca..
Wahh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pun sudah maju sekarang! Orang ramai kini boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi laman sosial Facebook didaftarkan dengan nama "Kumpulan Wang Simpanan Pekerja" dan Twitter KWSP di "KWSPBuzz".
Untuk yang bergelar pekerja, sila sedari hak anda sebagai pekerja dengan memastikan majikan mencarum KWSP untuk anda. Yang paling utama sekali, pastikan anda membuka akaun KWSP, jangan harapkan majikan untuk bertanya, pergi sendiri ke pejabat KWSP yang berdekatan tu. Aku ingat lagi, aku pernah burn duit KWSP macam tu je. Masa tu aku baru je abis study, dapat Skim Siswazah kat Kuktem (sekarang ni UMP)…aku pergi sana seminggu je sebab lepas pada tu dapat kerja kat Batu Pahat. Tak sangka lak dapat gak bayaran elaun untuk 5 hari bekerja tu dan bila dia hantar statement, kata ada pemotongan untuk KWSP. Rm12 kut masa tu..kalo betul ada, memang dah beranak pinak laa RM12 tu dengan dividen KWSP yang tinggi setiap tahun tu. Tapi malangnya, masa tu memang aku takde akaun KWSP, last-last hangus macam tu je gamaknya. Bukan rezeki aku.
Pemotongan KWSP ni dibuat sebanyak 11% daripada gaji yang kita dapat setiap bulan, manakala majikan akan mencarum 12-13% daripada gaji kita. Caruman yang dibuat setiap bulan boleh diakses secara atas talian (online) di laman web KWSP melalui kemudahan i-akaun. Ataupun pencarum boleh mendapatkan penyata semakan caruman KWSP dari mana-mana Kiosk Pintar KWSP, tanpa perlu beratur dan menunggu di pejabat KWSP. Semuanya lebih mudah dan pantas! Dekat Kuantan ni, aku biasa buat cetakan KWSP aku di ATM Public Bank berhampiran Pejabat Pos Kuantan. Hanya Kad Pengenalan dan imbasan ibu jari diperlukan. So, jangan tinggalkan memana satu ok.
Kiosk Pintar KWSP.. sumber: Google
Simpanan KWSP ni boleh dikeluarkan sebelum tarikh bersara di atas beberapa sebab. Antaranya ialah untuk menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan, kes-kes Hilang Upaya, pengeluaran untuk meninggalkan negara, membeli tanah atau rumah, pengeluaran pencen, dan pelbagai. Info penuh boleh dapatkan di www.kwsp.gov.my.
Macam aku, yang kakitangan kerajaan dan disahkan jawatan serta memilih Taraf Berpencen, so aku boleh keluarkan semua caruman aku bila mana mendapat pengesahan status berpencen. Aku dah berkhidmat 3 tahun 8 bulan setakat ni, tapi entah di mana silapnya, masih lagi tak dapat Surat Pengesahan Berpencen aku tu, padahal kawan aku yang posting lewat dari aku dah dapat. Nak suh aku tunggu dividen tahun depan kut :D






7 komen:
Kak, saya selalu juga update penyata KWSP kat kiosk pintar tu. Nak pi pejabat KWSP tak sempat2 sebab alamat dorang salah letak. Uh uh... Tapi kalau ada di facebook, senang la kan.
p/s: simpan KWSP untuk beli rumah ;p
oo kwsp di facebook and twitter? best tuh. senang kan
ala, saya masih kanak-kanak. takde KWSP. sob2... :(
bagusnya sis, semua dah maju kan???bagus-bagus~
semua skng nk masuk dlm FB..pasni lagi senang ler nak check kwsp.. tak payah da nak pegi dkt PJ ,kat umah pn da bole..
cuba tanya boss apa kesilapan dah terjadi supaya boleh mendapatkan surat pengesahan.
Harap kamu boleh mendapatnya dengan secepat mungkin. :)
Nam
Thanks for sharing.
I am living in JB. Do you know any e-kios at here?
I think you should better ask your colleague or boss about the confirmed letter. Maybe some error occur.
However, hope you can get it soon.
NAM
Have a nice day.
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...