BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , » My Selangor Story - Blog Competition 2010

My Selangor Story - Blog Competition 2010

Share

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca..

Yup, ada pertandingan baru untuk blogger sekalian. Pertandingan menulis blog My Selangor Story Blog Competition yang dilancarkan pada 19 Ogos 2010 ini dianjurkan oleh Tourism Selangor dan Horizon Communication untuk mempromosikan kebudayaan dan juga sumber kekayaan negeri Selangor ke mata dunia.

  main_std

ITYM juga dijemput untuk menjadi rakan kongsi program ini.

 

Seramai 30 orang blogger yang terpilih dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapore dan Indonesia selepas LULUS peringkat saringan akan dibawa melawat negeri Selangor untuk merasai pengalaman sendiri berada di Selangor dan seterusnya berkongsi pengalaman peribadi mereka di dalam blog mereka sendiri. Penulisan mereka akan dinilai dari segi kerelevanan dan kekreatifan mereka mempersembahkan pengalaman peribadi semasa melawat Selangor, tahap populariti blog berdasarkan aliran trafik ke blog serta komen yang diterima, artikel yang menghiburkan pembaca, serta kualiti audiovisual yang disertakan.

 

SYARAT PENYERTAAN

1. Menetap di Malaysia, Singapore dan Indonesia

2. Mempunyai sebuah blog personal yang aktif.

3. Berkemahiran dalam fotografi dan audio-visual

4. Mereka yang ingin mencabar kekuatan fizikal dan ketahanan, mengambil gambar / video, menulis dan mengembara.

 

PERINGKAT PERTANDINGAN

1: Menghantar Post/Entry/Audio-Visual dan Pemilihan 30 Blogger

1. Daftar dan lengkapkan borang penyertaan di laman rasmi My Selangor Story.

2. Upload Video Kreatif 6osaat untuk memperkenalkan diri anda ke Youtube ataupun tuliskan sebuah esei pendek kurang daripada 300 perkataan menyatakan kenapa anda perlu dipilih sebagai peserta.

3. Penyertaan mestilah dihantar sebelum 5th September 2010

Peserta akan dipilih berdasarkan kriteria berikut:

  • Tahap popularity Video pengenalan tersebut kepada pembaca blog (50%)
  • Minat dan tujuan peribadi (25%)
  • Tahap populariti blog semasa (25%)
    Peserta yang terpilih akan diumumkan pada 13 September 2010. Peserta yang terpilih dikehendaki memaparkan logo MY SELANGOR STORY dan logo Tourism Selangor di blog peribadi mereka.

    2: 30 Blogger Melawat ke Selangor (24th – 27th September 2010) 

    Urusan tiket kapal terbang, makan minum dan penempatan akan di sediakan oleh Tourism Selangor. Perbelanjaan lain perlu ditanggung sendiri.

    Semasa peringkat ini, peserta perlu menyediakan rakaman video selama 3minit untuk setiap aktiviti harian dan di upload ke Youtube beserta travelogue ke laman rasmi Tourism Selangor setiap hari.

    Selepas peserta  berjaya menyelesaikan travelogue dan Video, peserta akan dianugerahkan wang saku dan hadiah lain daripada pihak penaja. Mungkinkag peserta berpeluang memandu sendiri BMW edisi terbaru? 

     

     

    3: Penghakiman dan Pemilihan Pemenang

     

    • Undian blog daripada orang awam (tanpa mengira bangsa) adalah juga diambil kira. Tarikh Mengundi  : 27 September – 31 Oktober 2010
    • Markah ekstra akan diberikan jika Video dan travelogue peserta terpapar dalam blog peribadi ataupun pada laman sosial seperti Facebook, MySpace ataupun di blog-blog pembaca lain.
      Kriteria pemilihan pemenang ialah;
    • Tahap kekreatifan (25%)
    • Unik dan review yang mendalam, cadangan konstruktif dan pandangan (30%)
    • Kualiti bahan audio-video(20%)
    • Populariti blog (25%)
      Pemenang akan diumumkan pada November 2010

      HADIAH YANG DITAWARKAN

      Daripada 30 Blogger, 8 orang blogger akan dipilih untuk memenangi beberapa kategori dan juga hadiah utama terdiri daripada wang tunai, tiket penerbangan percuma, pakej perlancongan serta kamera Pentax oleh syarikat-syarikat yang menaja antaranya Tourism Malaysia, Royal Selangor, Pantax, BMW, Sunway City, Heaven, dan Fire Fly. Kategori tersebut ialah:

       

      • Hadiah Utama – Blog Paling Popular
      • Johan
      • Naib Johan
      • Blog Paling Kreatif
      • Blog dengan Artikel Paling Menarik
      • Blog Paling Interaktif
      • Video Terbaik
      • Foto terbaik

         

        Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman rasmi My Selangor Story di

        http://www.myselangorstory.com/

         

        Kalau dilihat dari segi kelayakan semuanya aku rasa ramai blogger layak untuk join, antaranya Eyriqazz, Kak Ina KL, Darkbatman, Ariffshah, Jejai, Joe, dan korang semua! Ada lagi tak nama yang aku tertinggal? Panjang sangat kalau aku nak namakan. Aku teringin gak nak join tapi aku pemaluuuuuuuuuuuuuu depan kamera..lagi pulak, aku takut nak drive BMW

        p/s: Baru pas tengok senarai sponsor, rasanya Nuffnang ataupun Gengblogger juga layak untuk menjadi sebahagian pertandingan ni. Pendapat aku ler…

      12 komen:

      Kancilbiru said... [Reply to comment]

      wow menarik ni....

      zida said... [Reply to comment]

      exam..x smpat nak join..

      darkbatman said... [Reply to comment]

      ak mcm nk join. tp byknye syarat..heheee

      hakimfaridzul said... [Reply to comment]

      berminat, tapi tarikh tu la saya ada final exam~

      haih~

      Eyriqazz said... [Reply to comment]

      umm..menarik tapi cam byk je kena buat..hik3...

      MX said... [Reply to comment]

      cool...
      bukan selalu ade contest cmni...
      DJ join la skali...
      =)

      nabil_potter said... [Reply to comment]

      macam susah je nak menang..huhuh...xnak masuk la..heheh

      Amirul Faiz Abd. Razak said... [Reply to comment]

      Hehe, ye, saya pun takut nak drive BMW. :D

      eNaSaN said... [Reply to comment]

      menarik... tp mmg xakan masuk..cam xlayak jer..eheheheh

      Rabia Sensei said... [Reply to comment]

      Thanks..nak share kat blog gak.

      nizam omar said... [Reply to comment]

      macam saya boleh ke masuk?

      DaHLia said... [Reply to comment]

      @nizam omar

      boleh, cukup syarat :D

      Post a Comment

      Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      ♥ Search This Blog ♥

      Loading...

      ♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

      ♥ Post Terkini Dahlia ♥

      ♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

      Make your own

      ♥ Tweet tweetttt... ♥

      ♥ Super Very Important Followers! ♥

      Related Posts with Thumbnails

      Menarik!!!

       Banner
      Blogged.my

      ♥ Arkib Blog ♥

      DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais