Salam Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin untuk semua pembaca.
Alhamdulillah, setelah sebulan menahan lapar dan dahaga, berperang dengan nafsu sendiri untuk mencapai keredhaanNya di bulan mulia ni, akhirnya tibalah masa untuk kita meraikan kemenangannya, Hari Raya Aidilfitri 2010. Semoga semua ibadah yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan 1431H kali ini diterima Allah SWT.
Bercakap pasal Hari Raya tahun ni, setelah ramai yang bertanya dan melihat blog ni sepi macam taknak sambut raya, bukan aku taknak beraya, tapi mood raya tu dah agak kureng, mungkin sebab dah semakin menginjak usia agaknya. Buktinya, tahun ni, sepasang baju raya pun aku tak beli, apatah lagi tudung raya, kasut raya. Memang feeling tu tiada, apasal entah.
Persiapan lain sempena raya ni, macam biasa, aku tetap akan sediakan biskut/kuih raya, cuma kuantiti tidak sebanyak raya-raya sebelum ni laa.. Even tahun lepas, memang aku meniaga kuih raya sendiri, tapi tahun ni, aku pulak yang menjadi pembeli kepada penjual. Biskut raya aku tahun ni ialah:
Dari kiri, Snowy Chocolate, Biskut Kacang Peas, Japanese Cookies Almond London, Biskut Teratai dan Biskut Aloha. Kos untuk biskut-biskut atas ni ialah RM188. Aku buat sendiri? Mestilah!
Ni pulak biskut Lemony Choco Bar.Aku order dengan kawan sekolah rendah aku Gadisbunga. Tapi aku belum nampak lagi rupanya dan belum dapat rasa lagi. Satu lagi kuih ialah Biskut Semperit tak silap aku. RM70 untuk kedua2 biskut, so expense aku untuk Biskut Raya ialah RM258. Aku sendiri lupa biskut apa aku order dengan dia. Adik aku ni pun tak balik beraya tahun ni, sob sob. Dia kena keja, hangar dia tak bagi cuti. Kesian adik aku tu. Boleh dia tanya mak aku
“Mama, mama sedih tak kalo adik tak balik beraya?”
Teringat lak iklan Mak Ok. Aku masa memula dengar dia kena keje, lebih emo dari mak aku. Tapi dah mak aku kata ok, apa aku boleh kata. Lagipun aku kena faham, dia kerja swasta, bukan keja macam aku.
Oh ya, biskut-biskut di atas tu, semua orang buat, aku beli jer. Aku ni memang takde skill nak buat biskut-biskut raya ni. Bab membeli biskut raya memang aku berbakat sesangat apatah lagi bab-bab makan biskut raya.
Untuk duit raya tahun ni, aku spend RM200 jer, mak aku, adik aku, kami semua kongsi letak dalam sampul custome made, tempah tahun lepas >1000 keping kalo tak silap, tahun ni ada lagi.. heheh,tapi tahun depan nak order sampul duit raya lain pulak rasanya. Saya mahu Hotlink Hot Tiket daripada blog.ariff
Comelnya Nuffnang nyer layout raya ni..
Balik kampung ke? Raya tahun ni, kami nak pusing Malaysia. Perancangan macam tu laa..Jadi tak jadi, wallahualam lagi. :P
Jumaat (pagi raya)- bersolat sunat Hari Raya kat Masjid Kampung Pandan (belakang R&R), ziarah ke kubur arwah abah, dan pergi beraya sepanjang hari di area Kuantan.
Sabtu – beraya ke rumah kawan-kawan family kat Melaka, sambil ziarah kawan arwah abah yang sakit
Ahad - KL untuk beraya dengan adik aku kat sana (Subang) dan rumah kawan-kawan family lain.
Isnin - Penang rumah makcik aku, saja nak tengok umah baru dia, dan pergi beraya di rumah kawan-kawan family.
Rabu – balik Kelate beraya di sana dan terus hantar adik aku ke USM.
Adeh, terpanjang pulak entry kali ini. Apapun, ni semua kira persiapan yang ada dibuat laa. Selain dari langsir baru dan meja makan baru umah aku.
p/s: Saya mahu Hotlink Hot Tiket daripada blog.ariff






10 komen:
slamat beraya kak
dari joegrimjow
aceceeh
=)
SELAMAT HARI RAYA!!! :)
semalam hari rabu
hari ini hari khamis
besok hari raya
hehehe...
selamat hari raya
maaf zahir batin
hehehe.. selamat hari raya dahlia. kampung pandan ek?
ampun maaf dipinta kalau pernah terkasar bahasa atau silap cakap. =)
SElamat hari raya dari kami kepada cikgu Dahlia sefamily..
Semoga berbahagia beraya bersama keluarga..
baju raya kami warna ungu (tunggulah gmbr raya esok @ lusa)..
slmt pusing2 Malaysia hari raya nanti. lalu di Sungai Besar, jemput singgah rumah kak leli ye :)
"selamat hari raya, maaf zahir & batin"
selamat hari raye maaf zahir batin :)
slamat hari raya~ xD
bestnya ada sampul custom made :)
selamat hari raya jugak, maaf zahir dan batin
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...