Ni entry tertunda, sebab cek ke-3 aku daripada Nuffnang telah selamat sampai pada minggu Hari Raya tempoh hari. Selepas Cek ke-2 Nuffnang tempoh hari (dikumpulkan selama 6bulan), aku dah planning untuk buat cashout setiap bulan, itupun kalau boleh cashout ler. Aku rela kena caj RM1 untuk setiap cashout daripada terkena musibah seperti yang dialami oleh Ron: Dapat Surat Amaran dari Majikan , tak sanggup aku!
Alhamdulillah, Rezeki bulan Julai 2010, Rezeki Ogos bakal menyusul
Siapa tak happy kan bila dapat cek apatah lagi kalo cek daripada pendapatan pasif kita sebagai blogger, terutamanya pendapatan/cek pertama dari blog. Tapi menjadi masalah pulak, bila kita tak tahu cara nak tunaikan cek tersebut, tambah-tambah pulak cek tersebut adalah dari bank HSBC dan kita tidak mempunyai akaun HSBC. Harapnya post ni membantu kalian belajar untuk menunaikan cek yang akan dapat samaada dari blog ke, apa ke.. Kiranya untuk kegunaan masa depan korang. Untuk sesi perkongsian kali ni, aku ambil kira cek daripada Nuffnang, sebab aku tahu, ramai yang baca ni adalah blogger.
Jawapan : Boleh suruh orang tunaikan …. jawapan detail di bawah
Kenali Elemen Penting Pada Cek Anda
Sumber gambar : Pemilik Cek ke-5 Nuffnang ini
(a) Not Negotiable – Account Payee Only
Cek ni dipanggil cek berpalang dan hanya boleh ditunaikan melalui akaun. Maksudnya, wang kita dari cek itu akan dimasukkan ke dalam akaun. Walaupun cek tersebut dikeluarkan HSBC, mana-mana akaun bank (Maybank, CIMB, Bank Islam, dll) pun boleh digunakan, bukannya kena ada HSB gak.
Kalau cek tidak berpalang, ataupun ada tandatangan sah pengeluar cek untuk membatalkan palang tersebut, boleh dapat duit secara tunai di bank yang mengeluarkan cek tersebut. Contoh, dalam gambar cek atas, kalau cek tu ada tandatangan orang yang mengeluarkan cek tu, pergi ke HSBC dan boleh dapat duit tunai RM49 tu.
(b) Tarikh Cek di’issue’@ dikeluarkan.
Pastikan cek tersebut masih aktif. Sebaiknya, dah dapat cek tu, teruslah pergi tunaikan. Kang menyesal tak sudah! Kalau dah expired, boleh contact balik Nuffnang, tapi lambat laa nak proses cek baru pulak.
© Nama Penerima Bayaran
Nama perlu betul dan sama dengan nama pemegang akaun di mana cek akan ditunaikan.
(d) Nilai cek anda atau jumlah yang anda akan dapat
(e) Nombor Cek Anda.
Penting sekiranya anda menunaikan cek dengan mengisi slip deposit cek. Kalau guna Cash Deposit Machine, tak perlu pun.
Cara Tunaikan Cek @ Cash Cheque @ Dapat Duit Dari Cek Nuffnang
1. Ceraikan cek Nuffnang korang daripada surat yang dihantar.
2. Pastikan anda memenuhkan maklumat di belakang cek iaitu
- Nama (mesti sama dengan nama penerima cek),
- No Akaun bank dekat mana nak ditunaikan dan adalah milik Nama yang ditulis dan penerima bayaran (b) dalam imej cek di atas. Jangan letak nama dan no akaun orang lain.
- No telefon untuk dihubungi oleh pihak Bank (sekiranya cek bermasalah)
3. Cek tersebut boleh ditunaikan (masuk dalam akaun bank) melalui 3 cara. Hanya Perlu pilih salah satu cara jer, bukan semua sekali!
- Mengisi slip untuk masuk cek dan berurusan di kaunter (Sangat Lambat!)
- Mengisi slip kemasukan cek dan masukkan dalam Mesin Deposit Cek first batch (berslip dan sampul..melecehkan!)
Rujuk: How To Deposit Checque into Your Account
- Menggunakan Mesin Deposit Cek terkini , hanya perlu ikut arahan pada skrin. (faster and recommended!) .. Slip rujukan yang mengandungi imej cek anda discan akan dikeluarkan setelah transaksi selesai.
Bila dah Masukkan Cek, Terus Ada ke Duit tu Dalam Akaun?
Tidak! Urusan berkaitan cek ni, kebiasannya melibatkan 3 hari minimum dikira dari hari bekerja.
Dilihat menggunakan Perbankan Online… Maybank2u.com.my
Cek Nuffnang aku ni dimasuk ke dalam Mesin Deposit Cek Maybank pada 9 September jam 6.40 pagi. Then, bila pegawai bank masuk keje, cek aku tu diproses dan masuklah dekat Two-day Float. Then esoknya akan jadi One-day float, dan seterusnya terus masuk dalam akaun, dah boleh dikeluarkan :D.
Kalau cek dimasukkan petang, esoknya baru cek akan diproses. So boleh kata 3 hari laa diperlukan sekiranya bank cek berlainan dengan bank kita. Kalau sama, sehari je proses biasanya.






53 komen:
oh payah juge ek nak cash out..
takpe kumpul dulu byk2 ,,hehe
thanks for info..
hmm...mcm nie ea..x pernah tunaikan cek nie
@LiFe KaMi
erk penerangan sis ni menampakkan macam susah ke?? adehhh...
ingatkan nk bg informasi..hehehe
@Anip™
tu kena belajar tu.. :D
tak susah la.. nampak je complicated kan cik dahlia.. bagus tul entry ni.. rajin sesangat!
Jd macam besa je la... Tp bila la MH nak dpt tuh!
perkongsian yg menarik cikgu.. :)
Wow sis.. mantap.. thanks you very much~
kalau nilai check tu besar dan compliance dengan HSBC, guna je cek tadi untuk bukak akaun dengan HSBC. Bulan-bulan akan datang gerenti akan dapat cek lagi kan
xsabar pulak nk cashout...hehe
FREE SOFTWARE: RAHSIA MELAJUKAN KOMPUTER TANPA PENAMBAHAN RAM
jeles2...
hahaha
cek berpalang lebih selamat
yang penting hanya perlu ada akaun bank je
[rasanya semua blogger ada akaun bank]
wah! mcm ni rupanya nk cash out nuff check sy xthu plak? ni first time nk try ni tp segan plak nak pegi bank cadang nak kasi je duit tu kat parent... hehehe ape2pun thnkz ye kak! wlpn susah sikit nk paham tapi bila saya baca berkali paham jgk sikit2.... thnkz!!! :)
huhu..
sedang menunggu cek pertama.bakal cashout kli ke 2:)
thanx sharing:)
@miss cloudy
org yg xpernah deal dgn cek, mmg akan rasa takut dan nervous nak buat apa dengan cek tu
@MHps
macam besa je, tp sharing bg yang tak tahu..sbb ramai gak tatau cara nak tunaikan cek..dah ramai dah yg bertanya
@Zairie Husin
TQ
@sabree hussin
hmm betul gak kan?
bukak akaun tanpa kad... konpom xkan kuarkan punya...thanks bg idea pada sis :D
@ProfHariz
welcome hariz :D
@pch
berbau ikan di situ...hehe
hujung bulan ni la tu
@tehr
ada, tapi konpius , nak kena ada akaun HSBC ke (nama dirahsiakan..heehe)
@NICK IRFAN
ekeke...itulah, rasa mcm jadi komplikated jer...tp try nk bg info pada orang... :D
@mAsHiMaRo
tahniah!
selamat menunggu dan mengcashout :D
bestnya baca post ni..bila nak dapat cek ni.huhuh..bagi lah tip nak dapat tiap2 bulan ye.
http://nizamullah.blogspot.com
makci kayo la ko.heheee
baguslah tiap2 bulan cashout kan....
yeah.... penah mengalamai masalah first time dapat cek nuffnang.... skang tidak lagi...
Teringat time mula2 nak isi form tue... nombor cek tak tau yang aner satu..... hehehehe
tiap² bulan cikgu dahlia cash kan...terbaiikkkkk
aku tgh tunggu cek ke-2 sampai kat opis...
Bilaer nuffnang aku nak matang tak sabar nak cash out
sis...qiqi pon bru je klik cashout...takut la jd cm depa 2..huhuhuhu...tp ble da dapt cek 2 nk kna rjuk blk kt blog sis nie..hehehehe....kang len jd nye kang kalo qiqi xbpndukan pd otai ni..hehehee
Thanks 4 the information..Sangat bernilai,,=)
salam ziarah..me BW and tumpnag baca entry psl cek nuff ni :)
thanz for the info......adios
oh... gitu eh... now i know..
tak pernah pergi cash out cek sendiri..selalu pas kat akak je sbb tmpt dia keje dekat ngan bank..hehe.. pape pun info ni berguna sekali. Thanks ek
salam. terima kasih atas tips tunai cek nuffnang yang sangat membantu ni..
apa susah2 ,pegi bank tu ,tanya jew kerani tu camne nak depositkan chek,habis cerita
saya pn dah dapat cek nuffnang ni, terus bank in dalam akaun (masuk buku akaun bukan tunai)
hmm macam senang..
wah...boleh cuba nanti....
thx..dah lama tak clearkn cek. br jumpa blog ni sbb nak clearkan cek nuffnanng. sgt membantu..tq!!
thanks dh bntu sy mcm mna nk guna cek nuffnag,first time dpt cek...
hajat nak cash out nuffnang tapi nk tggu byk sikit..hehehe
dh follow blog femes ni..
Mau tanya, kalau nama penuh yg didaftarkan kepada Nuffnang berbeza, camne eh? (BIN lupa nak letak, tak boleh edit dah)
cth: Acc Bank- Abu Bin Bakar, Nuffnang- Abu Bakar
Agak2 camne nak selesaikan perkara ni?
@Khairil
xleh edit ke??
try contact Nuffnang.. anta ticket pun xpe :D
nak tanye ade caj tak kalau cek bank lain masuk account bank lain?? t.q..
@Anonymous
kalau cek xde :D
nk tnya..kalu saya pkai mesin yg drop cek 2..kena guna envelope kew ek?? saya selamba jew drop gitu jew la...bnk yg sama jew..agak2 bley kew ek??n brapa lama ek tempoh 2?mksud sy brapa harie??
macam mana kalau cek di belakang tersalah tulis no akauan dan digariskan kemudian di sebelahnya di isi no yang betul.adakah cek ini masih di terima atau di reject dari pihak bank?
As Salam...saya menerima cek cimb transfer ke akauan maybank melalui mesin.tetapi saya tersalah isi 2 huruf awal no akauan kemudian saya gariskan dan isi no yang betul di sebelahnya,adakah cek itu dapat di terima pihak bank?
@noor azlina
kalo mesin drop, should guna envelope..
tp try lah tgk dalam akaun, mana tau dah clear cheque tu kan :D
yg penting dekat belakang cek tu, tulis nama, no phone, no akaun. :D
biasanya 2-3 hari bekerja baru clear cek :D
@farizul azrin izzanie
kat belakang xde masalah rasanya..
yg depan tu yg penting..
even terconteng sikit, terkoyak dsb, yg tu payah.
tunggu sahaja lepas 2,3 hari, ataupun paling lewat seminggu, kalau masih belum clear, contact direct ke bank. Saya pernah bank ctc sbb kes salah tulis no akaun. Pergi tulis no akaun CIMB dkt blkg cek, tp masukkan dalam akaun Maybank :D so just pergi betulkan je.. alhamdulillah ok, nasib staff tu ok.. huhuh yg penting kena ada no phone lah belakang cek tu, senang Bank detect.
Tapi sebolehnya, janganlaaa buat kesilapan...huhuh
Salam.. Sy nk tanya ni.. Sy tunaikan cek hari khamis jam 11pg pastu malam tu sy try tgk kt maybank2u dia tulis two-day float.. So harini hari jumaat dia jadi one-day float. Masalahnya esok hari sabtu.. So sy kena tunggu hari isnin ke utk clear cek tu? Sb katanya 3hari bekerj kan. So cmne ek?
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...