Sejak semalam, tak habis isu Iklan Raya TV3, ada pulak kisah yang lebih misteri dan menggemparkan Malaysia iaitu mengenai Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya, Pengasas Produk Nouvelle Visages yang telah hilang sejak seminggu yang lepas.
![]()
Siapa Datuk Sosilawati Lawiya?
Datuk Sosilawati Lawiya mengusahakan rangkaian produk kecantikan Nouvelles Visages (NV) mempunyai enam anak melalui perkahwinan pertamanya. Beliau berkahwin dengan Nash pada 16 November 2006 sebelum bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 26 Mei 2009. Setelah bercerai , dia sekali lagi berkahwin namun identiti suami terbarunya, seorang ahli perniagaan berasal dari Indonesia pernah menimbulkan kontroversi apabila ditangkap berkhalwat gara-gara bernikah di negara jiran.
Rumah Banglo Datuk Sosilawati Lawiya
Kronologi dan Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya
- Memaklumkan kepada keluarga untuk urusan Bisnes di Banting, Selangor selama 3 hari. (KL- Banting tak boleh balik hari ke?)
- 30 Ogos 2010 pergi ke Banting, difahamkan Datuk Sosilawati ada urusan untuk membeli tanah.
- Membawa RM 4 Juta bersamanya dan ditemani peguam, pegawai bank dan pemandu beliau. (Bawak RM4 juta macam tu je tanpa escort?)
- Menaiki dua kereta mewah berlainan, masing-masing jenis BMW X5 warna hitam bernombor pendaftaran WTL 11 milik Sosilawati dan BMW 525i bernombor pendaftaran AAJ 5 dipercayai Ahmad Kamil
Individu yang Turut dilaporkan Hilang bersama Datuk Sosilawati Lawiya
- Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dari Tetuan Kamaruddin & Partners
- Noorhisham Mohammad, 38, pegawai kredit CIMB Bank
- Kamarudin Shansuddin, 44, pemandu peribadinya yang baru bekerja
Kereta atas ni bukan disimbah cat atau apa, hanya serbuk untuk cari cap jari. Jangan speku!
Perkembangan Kes
Suami Sosilawati telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan kehilangan isterinya.
Anak Sulung Sosilawati juga telah hadir memberikan maklumat.
6 September 2010 , 9.45 malam - Kereta milik Sosilawati jenis BMW X5 menggunakan nombor pendaftaran WTL 11 berwarna hitam ditemui di kawasan letak kereta Flat Angsana USJ1 pukul 9.45 malam tadi oleh orang awam.
6 September 2010, 10.45 malam - kereta jenis BMW M5 milik peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, menggunakan nombor pendaftaran AAJ 5 ditemui di tempat letak kereta depan Hotel Dorsett diletakkan dalam keadaan tergesa-gesa tetapi tiada sesiapa di dalamnya.
Pihak Polis sedang menunggu data panggilan daripada syarikat telekomunikasi dan yakin butiran lanjut mengenai kejadian itu akan terungkai.
--------------------------------------
Dalam keadaan Malaysia yang dah banyak kes jenayah berprofil tinggi, aku tidak boleh untuk tidak berfikir tentang perkara tidak baik yang berlaku. Teringat kes Altantunya dan Adun Raub..Wallahualam.
Namun aku harapkan kesemua keempat mereka ditemui dengan selamat. Tidak digambarkan perasaan ahli keluarga bila menerima berita begini, lebih-lebih lagi dengan Aidilfitri yang bakal menjelang ini. Aku harapkan pihak PDRM dapat membuat siasatan terperinci dan merungkaikan misteri kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 lelaki ini setelah mendapat data panggilan dan SMS dari syarikat telekomunikasi. Untuk masyarakat, tak perlu nak buat spekulasi sebelum kita mendapat berita yang sahih. Masih ada perasaan yang perlu dijaga, sedap mulut berkata-kata, bertambah berat bahu yang memikul dugaan ini. Aku doakan mereka ditemui dengan selamat. InsyaALLAH.
p/s: Semakin banyak dah kes orang hilang sekarang. Selamatkah kita?






27 komen:
depa nie larikan diri kot... dengan duit 4 juta tu ekeke
semoga dia selamat..
Didoakan semuanya selamat
dah tau dah hal ni sis, malam tadi kat berita..
motif sangat kan nak ke Banting sampai 3 hari!
rumah saya di banting, nak ke kl tu, sejam je kot.
paling penting, bawak 4 juta macam tu je!!!hebat tu!!!!
hahahaha
tsangka keadaan jd mcm ni..mcm mn pun same2 doakn die selamat..;-)
Me tak rasa larikan diri coz Datuk Sosilawati sangat kaya. Setakat 4 juta tu buat main2 je. Me risaukan keselamatan beliau..hmm. moga Allah selamatkan kesemuanya.
Wah... lagi padat kan????
angah tak peduli angah follow gakkkkkk jom tukar2 link
kaya pun susah tak kaya pun susah... bahaya nie..
selamat kalau tak kaya sangat he3
Mereka2 tu dilarikan atau melarikan diri??
len macam jekkk...
wah...buat jgak...hehehe ;)
ish2.. dunia arini amat menakotkan (^_~)
macam2 speku dah jadi... so kita tunggu je perkembangan siasatan tu....
Ha lepas nie makin famus lah product dia kan...
semoga semuanya selamat.
dan pasti sebelum raya semuanya terungkai.
InsyaAllah harap2 selamatlah... lagipun rasa macam ada perancangan je ntok datuk sosilawati....
emmm..sy takot nk kasik pandangan..takot timbulkan spekulasi.eceh!:p
p/s: semoge slamat..dan salam lebaran kpd smue bloggers
Harap-harap mereka selamat..mesti sedih time2 nak raya macam ni tiba-tiba hilang..bykkn bersabar untuk keluarga Sosilawati
semoga diaorang semua selamat,
amin..
http://merapu-aje.blogspot.com/
itulah perjalanan hidup yg harus kita semua lalui..!
itulah perjalanan hidup yg harus kita semua lalui..!
semakin banyak dah kes orang hilang.selamatkah kita?
kalau awak tak bawak 4 juta keluar sebegitu saja, kemungkinannya anda lebih selamat :)
saya pun sedih sangat2..semoga dia selamat.
tah tah yg hilang bersama tu bersekongkol sorokkan sosilawati... hanya Allah yg tahu... Selamat Hari Raya :-)
duit 4 juta kemane pegi?... jangan2 diambik mat bangla atau mat indon kat ladang tu..
Ada ke sesiapa yang ada gambar datuk lawyer yang dikatakan pandai 'menghilangkan' org yg berurusniaga tanah dengannya sebelum ini?
Gila betul pada duit ringgit dan harta benda sampai buat macam tu.
harap2 saper2 yg bertanggungjawab tu di kenakan hukuman yang setimpal, tapi update berita mengatakan bhwa mangsa telah dibunuh dan dibakar dengan kejam.tak dapat dibayangkan kesakitan yg dialami mangsa semasa diseksa. Ya Allah!Engkau tempatkan mereka dlm golongan org beriman. Sedih betul!
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...