Mendengarkan pengumuman Diskaun Tol sempena Aidilfitri 2010 oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor petang tadi, pastinya memberi senyuman lebar buat warga kota khasnya. Selepas Tol Percuma dan diskaun tol sempena Hari Merdeka lepas, kali ini bersempena perayaan Aidilfitri tahun ini, sebanyak 25 syarikat konsesi lebuh raya telah bersetuju untuk memberikan insentif kepada pengguna termasuk pengecualian dan diskaun kadar tol.
Pengecualian dan diskaun kadar tol sehingga 40 peratus itu adalah sebagai tanda penghargaan daripada kerajaan dan syarikat konsesi kepada rakyat. Antara syarikat konsesi yang memberikan diskaun selain kumpulan MTD adalah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan sebagainya.
Berikut adalah senarai syarikat konsesi yang bakal menawarkan pengecualian dan diskaun kepada pengguna lebuh raya sempena Aidilfitri.
1. LEBUHRAYA UTARA SELATAN (PLUS)
| Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10%) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi· Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa. TARIKH PELAKSANAAN : 6,7,8, 13,14,15 September 2010. KADAR TOL SEDIA ADA : Kelas 1 – 13.60 sen/km KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI : Kelas 1 – 11.02 sen/km |
2. LEBUHRAYA UTARA SELATAN HUBUNGAN TENGAH (ELITE)
| Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10% ) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara jam 12:00 tengah malam hingga 7:00 pagi· Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa. TARIKH PELAKSANAAN : KADAR TOL SEDIA ADA : Kelas 1 –14.96 sen/km KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI : Kelas 1 –12.11 sen/km |
3. LEBUHRAYA SEREMBAN-PORT DICKSON(SPDH)
| BENTUK PROGRAM CSR Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10% ) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi). Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa. TARIKH PELAKSANAAN : 6,7,8, 13,14,15 September 2010. KADAR TOL SEDIA ADA : Plaza Tol Mambau Kelas 1 – RM 3.20 Plaza Tol Lukut Kelas 1 – RM 0.80 KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI : Plaza Tol Mambau Kelas 1 – RM 2.60(Diskaun RM0.60) Plaza Tol Lukut Kelas 1 – RM 0.60 (Diskaun RM0.20) |
4. LEBUHRAYA KULIM-BUTTERWORTH (KLBK)
| Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa. TARIKH PELAKSANAAN : 6,7,8, 13,14,15 September 2010. KADAR TOL SEDIA ADA : Plaza Tol Kubang Semang/Lunas Kelas 1 – RM 1.60 KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI Plaza Tol Kubang Semang/Lunas Kelas 1 – RM 1.60 (20% rebat ke atas bayaran tol akan dimasukkan di dalam kad Plusmile Jumlah Rebat K. Semang = RM0.30 Lunas = RM0.30) |
5. LEBUHRAYA LALUAN KEDUA MALAYSIAN-SINGAPURA (LINKEDUA)
| Diskaun sebanyak 20% (10% dan 10% ) kepada pengguna kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan lebuh raya (kecuali Plaza Tol Tanjung Kupang) di antara pukul 12 tengah malam hingga 7 pagi). Rebat Tambahan sebanyak 20% kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa. TARIKH PELAKSANAAN : 6,7,8, 13,14,15 September 2010. KADAR TOL SEDIA ADA : Plaza Tol Lima Kedai Kelas 1 – RM 3.90 Plaza Tol Perling Kelas 1 – RM 2.30 KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI : Plaza Tol Lima Kedai Kelas 1 – RM 3.20 (Diskaun RM0.70) Plaza Tol Perling Kelas 1 – RM 1.90 (Diskaun RM0.40) |
6. LEBUHRAYA KUALA LUMPUR – KARAK dan LEBUHRAYA PANTAI TIMUR FASA 1 di bawah pengurusan kumpulan MTD
|
TARIKH DAN MASA PERLAKSANAAN : KADAR TOL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI : Pengecualian bayaran tol bagi semua kelas kenderaan |
Sumber berita Mstar: Diskaun Tol Aidilfitri 2010 , 25 Syarikat Konsesi Beri Diskaun Sempena Aidilfitri
p/s: Table di atas daku buat sendiri…Hope tiada yang ambil tanpa pengetahuan…huhuhu…






9 komen:
kalo kena saman ekor masa raya xde diskaun kahhh..
wah best, sebab saya adalah pengguna plusmiles...
Gembira hati mendengarnyee *Winkwink
ala.. aku balik 9 september.. pfft~
yeay..nak topup plusmile lah...boleh dapat rebat...x nak tunggu waktu2 yg ditetapkn, malas nak terperangkap dalam kesesakan..nanti minyak habis cepat..kui2...
Kurang tak banyak pun, tapi saya dari Johor ke Negeri Sembilan 200++Km, so terasa murah la...hehe
mcm nie la bru best..jimat sket duet nie..hohoh..
bole wat det raye..heheh
Tgok tarikh yg dia bgi semua bkan tarikh bercuti..mjoriti cuti 9hb smpai 13hb..tgok takde kene pun tarikh tu..klau dah bsnes,bsnes jgak laa..
Salam .. boleh download dengan lengkap carta diskaun tol yang diberikan di http://hasrulhassan.blogspot.com/2010/09/diskaun-tol-lebuhraya-sempena-hari-raya.html
Terima kasih.
Post a Comment
Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...