BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , , , » Gambar Separa Bogel/Berahi/Seksi Pelajar Kolej di Terengganu tersebar di Internet – Ambil Iktibar!

Gambar Separa Bogel/Berahi/Seksi Pelajar Kolej di Terengganu tersebar di Internet – Ambil Iktibar!

Share

Dalam Buletin Utama semalam, ada disiarkan berita tentang seorang pelajar kolej di Terengganu membuat laporan polis dan berada dalam ketakutan kerana gambar separa bogelnya telah tersebar ke internet. Aku pasti, mesti ramai peminat gambar blue yang akan mencari selepas ini. Test keyword? Wallahualam. Post ni lebih kepada nasihat untuk diri aku dan semua yang ingin terus membaca.

 

Kisah Sebenar yang berlaku kepada Gadis Ini

Pelajar ni mendakwa dia memberi pendrive nya kepada seorang senior untuk assignment ke apa ntah, aku tak berapa dengar tadi. Then senior tu cakap dalam pen drive dia ada virus, dan perlu dibersihkan. Selepas beberapa hari, semasa melayari internet dan facebook, dia mendapati sebuah akaun Facebook didaftarkan di atas nama penuhnya dan dipaparkan gambar-gambar separa bogel / seksi miliknya yang dipercayai diambil dari pendrive nya.

Bestnya ber”Cam Whore”

Ini masalah asas penyebaran gambar yang berlaku. Kita ni , termasuk aku memang suka perasan cantik ambil gambar atau istilah lain “Cam Whore”, ambil gambar sendiri dengan handphone sendiri. Mulalah nak berpakaian macam2, buat aksi macam2, maklumlah, beranggapan bahawa untuk simpanan peribadi. Lagipun, jeles tengok artis boleh pakai seksi meksi dan berposing mcam tu, takkan aku tak boleh?

Teringat beberapa bulan lepas, ada 3 kakak-kakak duk tayang gambar seksi mereka memakai tube/singlet di handphone masing-masing, taulah gebuss..siap bangga tu and compare each other..aku dalam kepala,”jangan telefon hilang sudah

 

Macam Mana Boleh tersebar?

Penyebaran gambar-gambar peribadi ni boleh dilakukan melalui 2 situasi sama ada oleh individu tu sendiri, ataupun melalui orang lain yang ada akses ke atas gambar-gambar tersebut.

Situasi 1: Pass sendiri ni bila pakwe ngan makwe, dah seronok, tak fikir apa, tambah plak gatal, mulalah mintak nak tengok macam2. Then kepala set “Alah, tengok je, lagipun bukan gambar real, tak luak pun”  Ataupun jenis yang ambil dan tayang kat Social Network macam Facebook, Friendster, Myspace dll, sebab biasanya, yang seksi meksi laa yang akan dapat banyak hitz. Yang ni memang dah jenis murahan.

Situasi 2: Ambil gambar koleksi peribadi, simpan dalam handphone, laptop ataupun pendrive. Then bila gadget tersebut hilang, hantar dibaiki, dipinjam, atau dipass kepada orang lain, mulalah pemindahan gambar dilakukan sewenangnya. Satu cara lagi ialah, rakan pedajal, ambil gambar kita dan tayang pada kawan-kawan atau letak di internet.

 

Handphone & Internet memang memudahkan tetapi boleh membinasakan! 

Tu yang perlu diingat, sedekat dan se”advance” mana pun kita dengan teknologi sekarang ni, masih ada batas-batas yang perlu kita ikuti. Sebaiknya elakkan bergambar tidak senonoh dan tidak terdedah sana sini. Jangan terlalu mudah percaya pada orang lain, berhati-hati dengan setiap tindak tanduk kita.

Dengan penyebaran gambar-gambar macam tu, seluruh hidup akan tidak tenteram, malu, dan masyarakat akan melabelkan kita macam-macam. Paling teruk, ada pulak yang memeras ugut dengan gambar tersebut. Berhati2lah!

 

Cara Elakkan…

Toksah laa ambil gambar yang takde faedah tu! Kalau ada dalam simpanan, buang semua!

hijab1

Kalau Dah Terambil dan Tersebar?

1. Buang saki baki yang ada. Ada orang cakap, even dah delete dalam handphone, still akan ada lagi, aku pun tak pasti betul atau tak. Kalau dalam laptop, pastikan tekan Shift Delete untuk buang terus,kalau tidak akan tersimpan lagi kat Recycle Bin.

2. Buat laporan polis sekiranya ada pihak melakukan penyebaran gambar anda tanpa kebenaran. Tapi yang ni, antara berani dan malu je la.

3. Banyakkan bertaubat kepada Allah dan berdoa semoga diampunkan Allah ke atas segala keterlanjuran dan berubahlah ke arah kebaikan. Anggap semua yang dah berlaku adalah Ujian Allah di atas keterlanjuran selama ini. Toksah buat dah!

 

Pengalaman Sendiri- Aku tak berkaitan pun terkena?

Teringat kisah aku dulu, yang mana pendrive di”circulate” merata, orang ni pinjam, orang tu pinjam dan last aku pass pada kawan sekelas (lelaki) untuk copy maklumat ke apa ntah, esoknya dia perli2 aku, bila aku tanya betul2, dia cakap ada Video agak 10% lucah dalam tu. Mula-mula aku tak percaya, dan fikirkan budak ni saja je ni, nak pedajal aku. Bila aku explore, mengucap aku! Walaupun tidak lucah mana, tapi still rasa tak puas hati dari mana datangnya. Tak dapat berfikir siapa orang terakhir yang guna pendrive tu. Inilah bahananya bila pemurah sangat bagi orang pinjam, dan diri sendiri terkena. Yang buruknya, aku jugak. Aku redha, ujian Allah.

 

p/s: Nak bergambar tu hak korang, tanggung jer sendirian berhad..Aku tolong ingatkan, sesambil ingatkan diri aku.

35 komen :

suffer8zine said... [Reply to comment]

perlu ke gambar koleki peribadi mcm tu?

Afiq said... [Reply to comment]

bahaya btul teknologi zaman sekarang ni huhu.. tapi lagi bahaya kalau x pandai guna.kan sis? hehe
fikir dulu sebelum bertindak..jgn menyesal di kemudian hari..

cGi0 said... [Reply to comment]

generasi akhir zaman...
alasan bergambar seksi...hak individu.
bila dah jd gini...sendiri mau igt la.
bagi saya... gadis tu yg patut disalahkan kerna x menjaga
anugerah pinjaman yg maha kuasa.

tehr said... [Reply to comment]

saya pernah guna kamera sony
selepas 2 tahun, dah banyak ambil gambar dan dah banyak delete gambar, format memory stick juga
gambar 2 tahun lepas, sepas di'delete', di'format' masih juga dapat diambil kembali - seram kan?

INGAT
jangan berikan sebarang memory, hp atau apa sahaja yang ada / pernah ada sebarang rahsia kepada orang lain
kalau rosak, JANGAN minta orang baiki, MUSNAHKAN sahaja sebelum ia memusnahkan air muka kita!!!

HDD pun sama
sebenarnya ada program digunakan untuk mendapatkan kembali data berkenaan

Zinedine Zaiddin said... [Reply to comment]

Cam Whore ni makin melampau2. Terutamanya dlm Facebook. Lagi memalukan bila dia seorang Muslimah. Pakai tudung, tapi duk mulut termuncung2. Kadang2 wat simbol2 yg membawa makna seks.

Pelik2..memang la nampak cantik di mata manusia, tp akibatnya kemudian hari? Dah malu, pandai2 la tanggung sendiri.

HAHAHAHA HIHIHIHI

Sang Pujangga Utara said... [Reply to comment]

aihh takut sgt bila pujangga baca tentang benda2 nih..bukannya takut terkena but rasa sedih sbb slalu sgt tgk anak2 bangsa kita kita terkena n terpedaya cmni...sibuk dok gatai2 tngkap video n pics bukan2 pastu kantoi...janganla jd cm ariel peterporn n edison chen tuh sudahla

tiefazatie said... [Reply to comment]

btol3..huhu..takut ifa..jgn percaya org..lagi 1 btol kak..xyah simpan pun pic2 camtue kan2..=)

tiefazatie said... [Reply to comment]

btol2..huhu..takut ifa..kalu blh xyah la simpan pic2 tue kan2..

Laili said... [Reply to comment]

cikgu, siap sedia untuk di google : DaHLia bogel pulak lepas ni. mcm blog saya tu. hehe!

Kyuubi_85 said... [Reply to comment]

kalau nak jugak ambil gmbr mcm tru. pandai2 lah simpan.. kan dah namanya koleksi peribadi

Zairie Husin said... [Reply to comment]

rasenyer lelaki xde lai kot koleksi peribadi.. hehe

ardinihumaira said... [Reply to comment]

betul cakaptehr tu...
memang ada software boleh kembalikan data yang dah di delete. dni dah kena..

nizamsani said... [Reply to comment]

kesian.

tieha ismail said... [Reply to comment]

haishhh...kan dh kena...menakutkan jugak ehh skang nie...

Cikmin said... [Reply to comment]

semakin menakutkan dari hari ke hari...

MuJE said... [Reply to comment]

sbb tu kalau nak delete pape pakaila shredder<--sori kalo eja salah. install tune up utilities tu. kalo shift delete still ada lagi dlm memory...huhu tp even shredder pon boleh recover lagi pakai software recovery yang power2... ntah, aku pon tataw dah nak pakai ape...haha, bajet ade jer gamba camtu aku ni...

CiK QiQi said... [Reply to comment]

2 mse qiqi duk blaja dlu bile tang2 nk kena format ke hape jd pening kepala..mmg xde bnde merepek2 dlm lappy tp tau2 je la kn laki..ske bkak ape yg xptt....

ish...ble ingt blk takut lak cm zmn skang nie..men amik ksmptn ats org len..

Sharinginfoz said... [Reply to comment]

betul tu gambar2 yang tak sepatutnya diambil jangan ambil sebab kita tak tahu maybe in the future boleh terjadi macam ni juga?

izee said... [Reply to comment]

mcm2 le fe'el org skrg..perlu lebih berhati2 elakakn bende2 mengarut.

relevan said... [Reply to comment]

Menyesal sudah tiada berguna lagi..

akiss ferrero. said... [Reply to comment]

huahua. kesian. tp agak2 la, dh tahu ada gambar mcm tu, g senior itu knp. hmm. kasihan

Liza said... [Reply to comment]

mcm2 betul sekarang, buat liza makin takut membesarkan anak...byk cabaran

Kie-yu said... [Reply to comment]

yup
setuju 100% dgn sis
toksahlah nak buat perkara yg memudaratkan tu
sendiri gak yg susah nnt kan

ProfHariz said... [Reply to comment]

Sebaik-baiknya takyah la snap gmbr2 mcm tuh ]

New Entry ProfHariz
Salahkah Jika Aku Menegur?

PutraRocker said... [Reply to comment]

@suffer8zineapa nak jadi

Anis Aqilah said... [Reply to comment]

amik gmbr baby yg comel lg baik.bila tgok hilang stress

Norasikin said... [Reply to comment]

Nak kata bodo, dpt lak masuk kolej. Pandai tapi tak berakhlak

Amirez said... [Reply to comment]

suka sangat ambik gambar bogel sendiri. bila dah jadi macam ni barulah gelabah

Kuman Chaos said... [Reply to comment]

dah sendiri punya diri depan cermin tengok je la sendiri ehheeh
amik gambaq maknanya nak sahre ngan orang ler kan...
kuman "bohong putih .." Entry

noor afzan said... [Reply to comment]

huhu..
kena sendiri ingatlah kan.
erm.

Panas2hot said... [Reply to comment]

huhuhuhu...kalo nak trace balik tue byk software ader...tue cara nak recovery file yang dah terdelete.. so pengajaran kat sini, jgn la amik gambar yg xberfaedah....

Mijie said... [Reply to comment]

semua file yg telah didelete samada dari handphone atau laktop masih ada lagi. Untuk selamat format terus handphone @ laktop tu..

Anonymous said... [Reply to comment]

bagi yg dh trkna2 berhati2lh.lain kali jgn wat lg.krne skrg mcm2 blh trjdi.

Anonymous said... [Reply to comment]

aduh laptop baru kena curi, dalam tu ada gambar panas makwe.. nak tidur malam pon susah terkenang nya..

Anonymous said... [Reply to comment]

kenapa nak ambil gmbr bogel diri sendiri plak??bukannya nk bagi org tengok pon...ke atau nk something!!!!!!!!1

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

My Shoppe =)

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais