Ingin membeli hartanah? Dapatkan panduan lengkap dari pakar hartanah!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

 Banner
Home » , , , , , , , , » Iklan Promo Raya TV3 2010 : Yang Tersirat …dan harapan aku

Iklan Promo Raya TV3 2010 : Yang Tersirat …dan harapan aku

Share

Semalam aku rasa aku telah tergemparkan dunia blog dengan isu Iklan Hari Raya TV3 – memesongkan akidah  [perasan]. Dengan kejahilan aku, sememangnya aku tidaklah nampak sangat maksud-maksud tersirat yang cuba disampaikan, cuba hanya beberapa elemen sahaja yang aku nampak secara obvious, tapi tak sangka pulak, bila diteliti secara mendalam, unsur-ulasan yang diperbincangkan di Facebook : Kami Membantah Promo Iklan Raya Aidilfitri TV3 2010.

 

reverse jawi

 

Scene 1 – Budak Lelaki di dalam Pondok

Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

b) Buku – Bible

c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

 

Scene 2 – Isi Kandungan Buku yang Dibaca Budak Lelaki

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

 

a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

 

Scene 3 – Beca Membawa Budak Lelaki ke Alam Lain

Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

c) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

 

Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian



Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian

 

Scene 4- Kejayaan

Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

 

Scene 5 – Negeri-Negeri tertentu

Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

 


Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.


Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

 

 

Untuk Scene-scene lain, boleh teruskan baca di Yang Tersirat Dari Iklan. Untuk hal ni aku tak mampu nak mengulas lebih-lebih sebab takut jadi satu ketaksuban jer. Memang aku kagumi dengan pemikiran mereka yang jelas menunjukkan ketinggian ilmu yang mereka ada berbanding aku. Harapan aku:

 

1. Iklan ni ditarik balik dan TV3 lebih peka. Mungkin perlu Minta Maaf? 

Walaupun aku rasa iklan ni boleh dibendung dari awal sekiranya semua pihak yang terlibat mengambil kira semua aspek dan sensitiviti dalam sesuatu perkara. Perayaan Keagamaan bukan boleh dicampur adukkan dan jangan wujudkan perkara yang boleh merosakkan generasi akan datang. Gagasan 1 Malaysia, tak bermakna boleh jadi 1 Agama. TV3 harus lebih peka dengan hal ini, dulu pernah dibincangkan tentang isu Kongsi Raya. Perayaan Aidilfitri sewajarnya ditonjolkan dengan cara yang betul, ada elemen-elemen sambutan secara tradisional seperti

- takbir Raya ataupun persiapan gotong royong ahli keluarga memasak rendang, membakar lemang, dll.

- sembahyang sunat hari raya, dengar khutbah, menziarahi kubur

- bermaafan dengan ibu bapa dan menziarahi sanak saudara, rakan taulan, jiran tetangga.

 

2. Masyarakat tidak mengecam agama lain dan tidak timbulkan Kes Rasis.

Dalam Iklan ni, bukan masyarakat atau agama lain yang harus dipersalahkan. Ini bukan agenda mereka, so tak perlu sampai taksub sangat,, nak berbalah sesama agama pulak. Ini idea daripada orang yang membuat iklan tu sendiri, dan semua pihak yang terlibat, penerbit, pengarah, pelakon, dan krew sendiri.Dan mungkin juga pihak yang meluluskan iklan ni harus lebih dipertanggungjawabkan. So, aku harap takde pulak lepas ni kes rasis bertambah lagik. Dari masalah Malaysia-Indonesia, Melayu-Cina, takkan kita nak timbulkan masalah antara agama pulak? Jangan buat sesuatu sehingga menampakkan keburukan kepada agama sendiri, tangani dengan akal dan fikiran yang waras. Wallahualam.

 

58732_151726991517670_100000411098247_361020_3110058_n Otak kita berupaya membaca yang tersirat tapi hanya jika kita inginkannya.

 

http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y

 

p/s: Tak moh dah story pasal ni..Ni last..Kalau nak tahu update, join jer

Facebook : Kami Membantah Promo Iklan Raya Aidilfitri TV3 2010.

83 komen:

Sharinginfoz said... [Reply to comment]

thanks for the detail analysis

FareedSairi said... [Reply to comment]

Salam kak...takkan geng2 tv3 tak perasan. Bole nak buat lebih interaktif, tapi rasanya tak perlu kot nak buat mcm santa klaus. buat mcm zaman2 hang tuah sambut raya pun lg ok kot. unik skit

ciziwejes said... [Reply to comment]

salam.. saya mintak izin nak share dlm facebook ye.. untuk makluman semua umat islam..

yanmie said... [Reply to comment]

Salam,

tulah akak perasan jugak iklan nie bnyk sgt element yang tak blh disatukan, dh mcm 1malaysia 1Agama pulak blh di campur aduk, bayangkan klu ada anak2 kita yg tnya kenapa takde santa masa mlm raya?? ha nie sapa nk jawab. mmg patut iklan tersebut di tarik blk.

www.yanmieonline.com

Anip™ said... [Reply to comment]

ha'a...bru aku perasan...
hmm...mcm2 la sekarang..hehe

ciziwejes said... [Reply to comment]

salam, akak.. saya nak mintak izin sekali lagi untuk share info ni dkt blog saya.. harap akak izinkan..

izmil said... [Reply to comment]

mintak izin utk share

Azman Roslan said... [Reply to comment]

baguslah kalau dah ditarik balik..

Anip™ said... [Reply to comment]

iklan mcm ni x patut disiarkan..
ade aku terbace komen kt fb...
anak dia tnye..bile atok dia nk bwa baik beca tu..
huh..anak2 yg xthu ape2 yg terpengaruh...

Liza said... [Reply to comment]

thanks for sharing, dah join the group

Lia3003 said... [Reply to comment]

1st time saya tgk iklan ni terus nampak lebih ke arah cristian, dengan ada beca, ntah apa2 je..then, sampai sekarang saya x pernha nmpk lg iklan tu

'AQILAH said... [Reply to comment]

thanks ! :) before ni ingatkan dia nak tunjukkan yang hari raya ni boleh juge disambut oleh pelbagai agama..tapi emm ok..thanks anyway :)

belalang hijau said... [Reply to comment]

skali tgk iklan nih mmg dah rase pelik sebab campur aduk kan agama lain dgn islam...

bila baca taksiran kat ats td,mmg xterpikir lansung smpi bnyk tue dia punya isi tersirat...

CuteCarry said... [Reply to comment]

Iklan ni nampak macam iklan X-mas ye. nasib baik tidak pakai dressing ala-ala hari krismas jugak. btw..another thing, kadang-kadang tengok filem melayu/indonesia waktu ada majlis pengebumian semua pakai baju warna hitam. tak sesuai..

hani said... [Reply to comment]

tgok sekali dah perasan iklan tu tak elok..
macam iklan krismas je..tak sangka jadi isu,,,

nabil_potter said... [Reply to comment]

thanks sis..

Wan Gerrard said... [Reply to comment]

Orait^_^
jelas motif iklan tesebut

Anonymous said... [Reply to comment]

erm...macam2 hal la sekarang ni untuk mengaburi mata rakyat mesia khususnya kita yang beragama islam. saya memohon untuk share url blog cikgu. terima kasih.

izwan7 said... [Reply to comment]

mohon letak link dalam blog

Ct SoLeHa said... [Reply to comment]

dah join da group..nk link sal ni dr blog saya leh kan..hehe

ProfHariz said... [Reply to comment]

Sudah Tarik Balik :)
Suara blogger di ambik pakai :P

ken said... [Reply to comment]

hairan lah video tu..

kak ina kl said... [Reply to comment]

oklah tv 3 dah tarik balik tapi..iklan tu dah ditayang dan kanak-kanak pun ada yang dah tenguk..

meowwmania said... [Reply to comment]

setuju!

pihak tv3 patutnya lebih peka. sekian.

Anonymous said... [Reply to comment]

tv3 dah tarik balik kot iklan ni..lagipun diorg nk mntk maaf.kiter sbg manusia mmg xterlepas dr wat kesilapan..

Anonymous said... [Reply to comment]

penat je buat program singgah sahur le...masjid le... hahahaha nampak sgt yg sebenar2nya TV3 ni tkde org yg ber agama...

nadia said... [Reply to comment]

ckgu.. td dalam berita, phak tv3 da mohon maaf kepada semua umat islam yg tersinggung dgn percanggahan iklan ni.. so, alhamdulillah... sume da settle..

Anonymous said... [Reply to comment]

mmg aku x puas hati lah ngan manusia yg buat iklan sesat mcm ni !!! xde otak xde akal agak2 lah MMG MELAMPAU aku sumpah org yg buat iklan tu tau lah nsib kau...dah lah tebalikkn ayat al-quran pastu masjid ade salib bkan setakat MAAF sahaja bole dpt meredakan org islam org yg buat iklan tu MMG BODOHHHHH...ALLAH HUAKBAR...

Anonymous said... [Reply to comment]

This is the person in-charge of TV3 commercial and marketing:
http://mymsa.ipnhub.com/mma2010/shereen_ooi.htm

Anonymous said... [Reply to comment]

Terima kasih kerana menyelamatkan kami daripada perosak-perosak akidah yang halus ini.

Anonymous said... [Reply to comment]

Ini dipanggil Ilmu Semiotik...

Anonymous said... [Reply to comment]

Untuk pelajar filem/media
apa yang tertera diatas adalah
cabang ilmu yang dipanggil semiotik.
semiotik adalah mengkaji tanda dan makna
dengan hanya melihat imej lalu kesimpulan atau mesej dibuat berdasarkan imej atau gambar tersebut.

Anonymous said... [Reply to comment]

Saya juga terperasan:-

1.Orang Tua bawa beca macam Pope kerana dia bukan saja pakai topi putih dan berambut putih macam Pope, dia juga pakai cincin emas besar di jari manis tangan kanan seperti Pope.
Kenapa orang Islam lelaki perlu pakai cincin emas? Harammmm!

2. Menara di Teluk Intan macam pokok krismas dengan lampu jam macam bintang North Star di atas pokok krismas.
Dengan salji turun dari atas menara, walaupun beca terbang di tepi menara....
Kenapa tak terbang keliling masjid kat Shah Alam ke?, kat Putrajaya ke? Terengganu ke? Masjid Kristal kan lawa...

3. Beca terbang melintasi simpang empat jalan, simpang tu rupa macam Salib.
Kenapa nak letak gambar jalan yang bersimpang empat? kenapa tak atas Tol PLUS highway...jalan balik kampung....

4. Masjid dalam iklan sebiji macam Gereja Sofia di Istanbul, Turki.
Masjid dalam iklan tu ada salib pada keempat minaret-minaretnya.
Kenapa nak ada awan melintasi dekat dengan hujung atas setiap minaret-minaretnya sahaja? tapi tempat lain tak ada awan...

5. Hutan sejemput di tengah kawasan lapang macam Bethlehem, di Israel, dimana Jesus dilahirkan.
Kan Malaysia penuh dengan hutan...kenapa nak tunjuk Malaysia yang ada tanah lapang dengan pokok sejemput sahaja?
Kenapa tak lalu ladang kelapa sawit saja? Kan pokok kelapa sawit macam pokok kurma?

6.Rumah sebuah di kawasan lapang dan tiada rumah lain, tiada pokok disekeliling, bentuk bumbung yang leper dan tak nampak tiang kaki rumah macam tempat dimana Jesus dilahirkan.
Kan biasanya rumah kampung di Malaysia ni bumbungnya tinggi kan? dikelilingi dengan rumah jiran? pokok kelapa? sawah padi?...bukannya di atas bukit di kawasan gurun.

mancai said... [Reply to comment]

salam singgah, sapa yang buat ni patut di berikan tindakan serta merta...

DaHLia said... [Reply to comment]

@Sharinginfoz

copy dr orang lain jugak..
daku hanya nampak yg jelas di maata je

DaHLia said... [Reply to comment]

@FareedSairi


ni laa kes idea dah bagus sangat tu sampai lupa elemen sebenar..taksub dengan 1 Malaysia

DaHLia said... [Reply to comment]

@ciziwejes

oke, boleh..thanks for sharing dear :)

DaHLia said... [Reply to comment]

@yanmie

seb bek anak kak yan tak lepas tgk lagi kan? kalo tak, puas nak menjawab.. ada yang mintak nak naik beca malam raya kang

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anip™

penganalisisan yang jelas je boleh nampak, DJ pun nampak yg jelas je, yg tersirat hanya lepas pembacaan

DaHLia said... [Reply to comment]

@izmil

oke, beresssss

DaHLia said... [Reply to comment]

@Azman Roslan

yup, tindakan sebaiknya..
modal Rm200k hangus

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anip™


hahaha..kesian...susah kan nak menjawab...nak jawab pasal burung murai pun susah, ni kan pulak kes ni

DaHLia said... [Reply to comment]

@Liza

oke welcome..sesama kita hentikan perkara yang tak elok

DaHLia said... [Reply to comment]

@Lia3003

betul tu :)
1st view dah boleh nampak

DaHLia said... [Reply to comment]

@'AQILAH

memang boleh disambut, tapi jangan dicampur aduk..ni dah banyak fantasi dr realiti

DaHLia said... [Reply to comment]

@belalang hijau

sama laa,,
daku pun tak terfikir sejauh ituuu

DaHLia said... [Reply to comment]

@CuteCarry

media adalah pengaruh utama masyarakat...tu sepatutnya kena lebih peka

DaHLia said... [Reply to comment]

@hani

isu besar sebab memberikan impak yang tak elok kepada generasi muda

DaHLia said... [Reply to comment]

@nabil_potter

welcome der

DaHLia said... [Reply to comment]

@Wan Gerrard


yup :)

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

boleh, takde masalah :)
share supaya yang lain lebih peka.
jangan kita tertipu dengan agenda2 tersembunyi sebegini

DaHLia said... [Reply to comment]

@izwan7

oke :) TQ

DaHLia said... [Reply to comment]

@Ct SoLeHa

ok boleh, silakan..
TQ

DaHLia said... [Reply to comment]

@ProfHariz

yup...blogger memberi impak yang penting untuk kemakmuran negara!

DaHLia said... [Reply to comment]

@ken

yaa..
sungguh menghairankan..
thanks Ken for giving feedback here

DaHLia said... [Reply to comment]

@kak ina kl

dah terlepas tu..
memang sewajarnya Permohonan Maaf secara terbuka.. :D
agak2 boleh masuk x memana rancangan diorang sendiri..MELODI ke, Aduan Rakyat ke..heheh

DaHLia said... [Reply to comment]

@meowwmania

:D

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

yup...nasib baik cepatlaa jugak tindakan yang diambil

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

kurang peka...gitulah jadinya

DaHLia said... [Reply to comment]

@nadia

yup...tq for informing :)

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

rilek bro..
jangan kita pulak yang kutuk mengutuk...bulan puasa ni... :)
setan kena kurung

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

TQ for informing..
not her fault overally..

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

sama-sama

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

semiotik?

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

owh, patutla mereka pandai membaca maksud tersirat

DaHLia said... [Reply to comment]

@Anonymous

setuju dengan pendapat anda juga :)

DaHLia said... [Reply to comment]

@mancai

dah ditarik balik dah iklan ni..case closed...just jangan buat lagi udah laaa

Akhmal said... [Reply to comment]

bagus lah ada orng y arif tentang hal2 begini. saye juga baru perasan tentang hal ni. sbb orng biase2 cm saye ni tk perasan hal2 pendekatan tu. y tulisan jawi diterbalikkan tu mmg nampak sangat lah tu. pe2 pun, tahniah dan terima kasih kpd blogger :)

Anonymous said... [Reply to comment]

Sungguhnya melayu mentuhankan/mendewakan semua benda..
Percaya/takut kepada benda2 dunia daripada takut kepada Allah.

Rasanya memang kerugian besar Allah mengurniakan Islam kepada melayu..

Baik di biarkan Kafir sahaja...

Simbol boleh memesng akidah? (apa kuasa yang ada pada simbol)

Nampaknya lebih percaya kepada simbol berbanding kepada ketentuan Allah.

By the way, Orang kristian pun tak nampak Santa Klaus tu simbol agama

zackmohd said... [Reply to comment]

saya nak cakap satu je....TV3....you memang BANGANG !...

Khairi said... [Reply to comment]

Mak ai jahat punya orang, TV3 dah jadi boneka kristian. damn!

Anonymous said... [Reply to comment]

@Anonymous

Tak beragama? Orang yang tak beragama tu adalah orang yang menuduh org lain tak beragama.

iddinm said... [Reply to comment]

Aku rasa ada orang yang dah taksub dengan 1 Malaysia... 1 Malaysia tak dijelaskan secara terperinci...tulah kesannya

humayra said... [Reply to comment]

astagfirullahalazim..
sapekah penerbit..pengarah..nak tahu sgt.

Bbbashz said... [Reply to comment]

aiseh men...camner leh termiss iklan nie kt tv..hum yer tak yer gak coz sy gi terawih kt masjid..ish3 tu la org3 tv3 patut ramai-ramai gi terawih so tak takder la jahil sgt camgini

MNBAR said... [Reply to comment]

Apabila Islam tidak diaplikasikan di dalam kehidupan, maka inilah akibatnya...
Apabila dakwah Islamiyyah tidak dijalankan, maka inilah akibatnya...
So, think about it........

Anonymous said... [Reply to comment]

stupid analysis. if you got time to do such analysis, why don't u do an analysis of why west malaysians aren't 100% 1Malaysians eh?

Aidi-Safuan said... [Reply to comment]

huhu... akhirnya saya paham gak nape orang x puas ati pasal iklan nih. sorry, cakap la saya nih cetek ilmu agama ke, bengap pasal islam ke, atau lain2. sebab berkali-kali saya tengok iklan nih pon, still saya xpaham makna tersirat yang orang ramai tak puas hati nih.

tapi yang paling sedih(kelakar pon ada jugak) bila orang pakai songkok putih tuh dikatakan Pope? wow! hebat nya pentafsiran diorang nih. saya pon ada songkok tuh jugak. then saya adalah Pope? kalau camtuh, rabbi(orang kuat agama bagi jewish) ada pakai ketayap. then pakcik-pakcik yang pergi semayang kat surau tuh adalah rabbi? haih...

sayaseorangsurie said... [Reply to comment]

agenda yang menyesatkan orang Islam dgn cara halus. Begitu jga terjadi dalam acara Juara Lagu tahun lepas yang penuh dengan elemen2 Yahudi!

Anonymous said... [Reply to comment]

en aidi, ni la kita panggil ilmu semiotik. bila dijelmakan dalam medium elektronik mahupon media baru, simbol atau sign akan digunakan untuk menyampaikan mesej atau makna tersirat. pembuat filem umumnya mempunyai niat atau motif tertentu apabila berkarya, tak der pembuat filem buat filem sekadar suka2..at least ader gak 1, 2 mesej nk dia sampaikan sebagai pulangan modal, bila menonton apa2 jua medium audience akan 'membaca' mesej yang dibawa bukan skadar menonton, that what we call reading a film, advertisment or short film or what ever on screen.
Berkaitan dengan pakcik2 kat surau plak itu kita panggil mengamalkan budaya atau tradisi yg dah diterima pakai. semiotiknya pula berbeza sbb sign nye ikut amalan yg ada, dan kalau dipaparkan pon dgn sign yg betul tidak mugkin akan disalah tafsir.

diLL said... [Reply to comment]

uhuhu.. takowtnya kan.. harap2.. kt tak tergolong dalam manusia yg terpesong akidah nye.. tkot tgk komen3 org yg *pelik* dalam youtube 2..

Anonymous said... [Reply to comment]

tv3 memang selalu dapat privillege and can get away with it.. selalunya saya tak ambil port when it comes to translating maksud yang tersirat di sebalik logo atau lakaran, sifat manusia yang kadang-kadang terlebih terjemah sampai i.e. pokok pun boleh di imagine jadi hantu atau tulisan macam-macam.. tapi tentang iklan ni memang mengarut and hampeh... insulting our intelligence..

Anonymous said... [Reply to comment]

incik aidi woi

kat malaysia ni mmg susah sgt ko nk jumpe org pakai songkok putih. ada dua jenis jer org pakai. songkok hitam atau kopiah putih ja. tu pn x tau ka. apelah jahil sgt. aku pn jahil..tapi x ler seJAHIL ko. aparaaaaaa

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Syoknyer Blogging
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

♥ Projek DJ2B - 31 Blogger ♥

Photobucket Blogger yang telah direview : 1.Lyn Azlina 2.Nurhafiz 3.Ecah 4.Hazwan Blogger yang Masih Aku Hutang Review:
DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais