Ingin membeli hartanah? Dapatkan panduan lengkap dari pakar hartanah!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

 Banner
Home » , , , , , , , , , , , , , , , , » Kes Sosilawati Lawiya hilang atau disorok ahli perniagaan bergelar Datuk? Peguam ada Rekod Jenayah.

Kes Sosilawati Lawiya hilang atau disorok ahli perniagaan bergelar Datuk? Peguam ada Rekod Jenayah.

Share

n_3bio

 

Apa perkembangan terbaru mengenai kes kehilangan Sosilawati Lawiya, jutawan kosmetik @ pengasas Nouvelle Visage yang dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumah sejak 30 Ogos lepas? Itu serba sedikit persoalan yang ditanya oleh tetamu aku malam tadi. Dan semestinya aku pun bertanya, dan setakat yang aku baca malam tadi, Peguam ada Rekod Jenayah.

 

Kes Kehilangan Misteri Sosilawati Lawiya

30 Ogos 2010 lalu, Sosilawati yang juga Pengasas Nouvelles Visage, dilaporkan hilang bersama tiga lagi individu iaitu pembantu peribadi, Kamarudin Samsudin, 47, pegawai bank CIMB, Norhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abd Karim, 32. Mereka berempat dikatakan menghala ke Banting untuk urusan jual beli tanah dan difahamkan membawa sejumlah wang yang besar bersama mereka (mungkin Rm4 juta?). Dua buah kereta yang dinaiki mereka telah dijumpai di dua lokasi berasingan pada 6 September lalu. [Klik untuk maklumat lanjut

 

Peguam Ada Rekod Jenayah

Peguam yang dikatakan ini, bukanlah peguam yang dikatakan hilang bersama Sosilawati selain daripada pemandu dan pegawai bank tetapi seorang peguam dikatakan bergelar Datuk dan berusia dalam lingkungan 40-an.

Menurut sumber polis, Sosilawati memang mengenali peguam terbabit kerana pernah beberapa kali mengadakan perjumpaan dengannya sebelum ini untuk membincangkan urusan pembelian tanah. Dan pada tarikh 30 Ogos lalu, Datuk Sosilawati Lawiya difahamkan akan berjumpa dengan peguam tersebut di Banting sebelum mereka dikatakan hilang begitu sahaja.

Sumber itu juga mendakwa, peguam itu yang kini amat dikehendaki dalam kes kehilangan Sosilawati dipercayai mempunyai rekod jenayah berkaitan kes penipuan di Selangor.

Sumber : Harian Metro: Peguam ada rekod jenayah

 

Sosilawati Lawiya disorok Ahli Perniagaan bergelar Datuk?

Semalam terbaca dalam Berita Harian online,  seorang ahli perniagaan bergelar datuk berkemungkinan besar menyembunyikan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain memandangkan beliau ialah individu terakhir yang ditemui oleh Sosilawati untuk urus niaga tanah di Banting 30 Ogos lalu. Ahli perniaagan tersebut berperanan sebagai broker untuk urus niaga tanah bernilai Rm4 juta di Pulau Pinang dan dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, didalangi sindiket terancang.

Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah. “Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya. Difahamkan, dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun beliau menafikan semua dakwaan itu.

Sumber :Berita Harian; Peniaga bergelar Datuk Sorok Sosilawati

 

Pada pendapat aku, Ahli Perniagaan bergelar Datuk tu juga adalah peguam yang diperkatakan tu memandangkan gambaran yang diberikan adalah sama. Bila dapat dikenalpasti dan ditangkap individu terbabit, aku yakin kes ni akan selesai. Semoga Sosilawati Lawiya,  Kamarudin Samsudin, Norhisham Mohammad, dan Ahmad Kamil Abd Karim dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat secepat mungkin. InsyaALLAH.

 

Kehilangan yang sungguh misteri!

20 komen:

Ahmad Hidayat said... [Reply to comment]

Org kaye pon kena culik skrg..ish3

Azman Roslan said... [Reply to comment]

kerana duit, semua boleh jadi hilang..

Sharinginfoz said... [Reply to comment]

tak tahu le apa yang terjadi kan, dah beberapa hari tanpa berita

hazman aka species1980 said... [Reply to comment]

Kesian betul kat anak2 yang masih menanti.....kepulangan

kisahsensasi said... [Reply to comment]

Rasanya tiap2 hari wartawan datang kat umah sosilawati ..... nak dapatkan latest news

Fatin Sakura said... [Reply to comment]

kehilangan misteri, tapi kalau kite tengok rentetan cerita dia nie ala2 drama kan? hurm...suspek nie jenis yg kuat tgok tv nie..

ASaDa RyutaRo said... [Reply to comment]

pelik.. takkan la hilang camtu je kan. setiap yg berlaku mesti ada penyebab.. skrg ni penyebab terdekat datuk tu je la.. hurmm.. kes ni best.

nak tengok kehebatan siasatan polis malaysia ni.. =)

black_mel said... [Reply to comment]

tak taula apa nasib dia..dh abis raya pun x jumpa2 lagi..

Anonymous said... [Reply to comment]

suratkhabar kata peguam tu dh dipanggil bagi keterangan. dan skrg ni pergerakannya dipantau...itu sajakah? takkan tak ada apa2 maklumat yg material boleh didapati drp dia? bgmana dia boleh lepas begitu saja kalau benar dia dikehendaki polis atas kes sblm ni? ehh tak paham kes ni

Omu Rice said... [Reply to comment]

hurm...maybe ade orang xpuas hati ngan dorang kot...cian dorang..agak nye yang jupe mati maybe dorang kot...
http://tehcspecial.blogspot.com

Anonymous said... [Reply to comment]

Rasanya kes ni sudah hampir selesai dgn penemuan 4 mayat rentung di sebuah ladang kelapa sawit seperti yang dilaporkan dalam Buletin TV3 pagi ini..

Anonymous said... [Reply to comment]

semoga mereka semua selamat..

eden said... [Reply to comment]

kepada sumo ahli keluargo yg terlibat,kono redho dan byk2 bersabar,,anggaplah ini sumo qada'qadar tuhan...wallahualam...

Sang Pujangga Utara said... [Reply to comment]

mereka telah tiada..al-fatihah

Anonymous said... [Reply to comment]

Kasian betul mereka..kaya pun tak bikin susah juga..pasti orang dengki lihat orang banyak duit..duit banyak bukan bolih bawa mati...kita yang mati2 cari duit, orang lain yang menikmatinya...baik cukup2 makan aja..bahagia dunia bahgia Akhirat..amen

Anonymous said... [Reply to comment]

Semua duit punya pasal hish3

Anonymous said... [Reply to comment]

Al-Fatihah buat ahli keluarge yang kehilangan....tabah lah menghadapi ujian dari Allah SWT. Apa yang berlaku ada hikmahnya...kerana apa yang x baik pada kite tp baik pada sisi Allah dan mungkin juge yg kite rase baik sebenar nya x baik di sisiNYa...Wallahua'lam.

Anonymous said... [Reply to comment]

slam...sya turut rasa simpati terhadap ahli keluarga datuk sosilawati sya yakin pihak pdrm akan melaksanakan tugas yg sempurna.kepada org beragama islam marila kita berdoa kepada allah s.w.t semoga rohnya di tempt org2 yg beriman amin...///

Anonymous said... [Reply to comment]

Bagi anggota keluarga yang terlibat..bersabarlah dengan dugaan yang melanda. Harapan saya semoga roh mereka yang teraniaya akan ditempatkan bersama orang yang beriman....amin

Anonymous said... [Reply to comment]

hukumlah kpd yang bersalah dgn setimpal......supaya menjadi pengajaran kepada yang masih ada niat yang kejam spt apa yang berlaku kepada saudara mara seislam kita....
bagi keluarga datuk Sosilawati...banyak la bersabar dalam menghadapi dugaan Yang Maha Esa ini.... apa yang berlaku pasti ada hikmanya.... al-fatihah

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Syoknyer Blogging
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

♥ Projek DJ2B - 31 Blogger ♥

Photobucket Blogger yang telah direview : 1.Lyn Azlina 2.Nurhafiz 3.Ecah 4.Hazwan Blogger yang Masih Aku Hutang Review:
DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais