BeLi EBook PAKEJ RM20 SaMBiL MeNjaNa PeNDaPaTaN!!

Jawab Survey, Kumpul Point Dan tukarkan kepada $$$$

Home » , , , , , , » McDonalds; Halal atau Haram?

McDonalds; Halal atau Haram?

Share

Salam 1 Malaysia untuk semua..

Beberapa minggu lepas, pusing sini, pusing sana aku tengok blog orang lain duk bercerita pasal isu daging McDonalds, sama ada haram ataupun tidak. Aku lebih selesa remain silent dan biar aku jadi orang terakhir yang menyampaikan perkara begini aku tak kisah, sebab aku takut kenyataan aku salah. Tapi bila dah sampai ke emel aku tentang perkara ni, aku terpanggil untuk menyatakan pendapat aku mengenai hal ini.

 

mcd

 

Dinyatakan di awal isu dahulu, JAKIM telah menarik balik Badan Pensijilan daripada Uruguay Islamic Centre mulai 15 April 2010 lepas. Maka dengan kenyataan di laman sesawang rasmi Jakim itu, semua permohonan Sijil Halal yang menggunakan sijil daripada  Uruguay Islamic Centre tidak diterima. Melalui sumber-sumber lain pula dinyatakan bahawa  McDonalds Malaysia mendapatkan bekalan dari Uruguay dan menggunakan Sijil Kelulusan Halal daripada Uruguay Islamic Centre.

 

Wallahualam. Aku tak pasti sejauh mana kesahihannya, cuma aku tak tahu mana nak cari senarai pembekal untuk McDonalds ni. Betul ke pembekal daging Mcdonalds ni menggunakan Sijil Halal daripada Uruguay Islamic Centre? Ada sesiapa boleh link kan aku untuk kenalpasti pembekal daging McDonalds ni?

 

Kemudian, setelah ramai mempersoalkan isu halal dan haram McDonalds ni, Pengurus Komunikasi Korporat McDonald’s Malaysia, Fartini Zaharuddin membuat kenyataan berhubung status daging McDonalds ini. Menurut beliau dalam kenyataannya itu, bekalan daging McDonalds adalah daripada pembekal yang mendapat sijil HALAL Jakim.

 

Untitled

 

Untitled.2 (1) 

Aku bukanlah peminat setia McDonalds, pergi McD tu sebulan sekali pun payah sebab tu aku takde rasa apa pun pasal isu ni. Tambahan pulak, menu kegemaran aku kat McD tu hanya satu jer……McFlurry :D..then paling2 lebih pun beli kentang goreng dia dengan ayam goreng. Memang ayam goreng takleh lawan KFC, tapi kalo asyik KFC je, jemu gak..Kentang goreng, memang McD the best laa.. 

 

Aku tak pasti apa tujuan perkara ini dibangkitkan samaada untuk menunjukkan kebenaran ataupun hanya sekadar membangkitkan rasa was-was dalam diri manusia. Bagi sesiapa yang ragu-ragu, aku cadangkan korang tak payah pergi McD dan carilah alternatif lain..Mungkin goreng ayam sendiri di rumah lebih meyakinkan.

 

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

 

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.


(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)

 

Perlu diingat bahawa syubhah adalah paling hampir kepada haram. Jika terdapat sebutir syubhah, yakni keraguan dalam hati kita, maka ianya dianggap haram. Keraguan dalam perniagaan, pemilihan pemakanan adalah perkara yang paling ditakuti oleh masyarakat. Apapun, dalam isu Halal dan Haram ni, aku berharap supaya JAKIM lebih telus dan sentiasa memantau produk-produk yang ada di pasaran, hebahkan kepada pengguna dengan tepat dan pantas. Makanan yang haram di makan, bila masuk dalam badan, memang banyak kesan buruk, bukan sahaja untuk kesihatan, tapi untuk kehidupan. Wallahualam.

7 komen:

pelangi said... [Reply to comment]

saya sokong pendapat anda..semoga JAKIM leboh telus dalam membuat pemantauan dan lebih tegas dalam mengenakan dan memberikan sijil HALAL kepada pengusaha makanan, pakaian, minuman dan sebagainya yang HALAL..insya ALLAH

Nabiel said... [Reply to comment]

betul la sis..
isu nie dah hangat sangat~tak tau betui ke idak ntah..
yg psti, beli bege tepi jln tuh jek sng~hehhee
skrng nie byk kdai makanan~so, terlalu byk choice~
ayam pn dri mcm2 supplier~
xtau lak dorang sembelih cmner kn?bhye2..

Shiela Latif said... [Reply to comment]

saya sokong n3 cikgu nie...memang bernas bila disertakan dgn hadis... :)

Eliyana said... [Reply to comment]

Huhu! Eloklaa chek betul2...benda2 camni mana leh wat main...hari tu dah nak tersedak dgn isu laici dlm tin...sekrg Mc D plak...

fiddeOmar said... [Reply to comment]

makanan akan jadi darah daging, bila dah jadi darah daging, perangai pulak mcm mana? makin byk baby dah masuk tong sampah. agak2nya sebab apa? fikirkan..

Anonymous said... [Reply to comment]

media belom kecoh hal ni...skrg sume sangsi..

Anonymous said... [Reply to comment]

Bukan Takat McD atau KFC saja. Susu bayi pun ada banyak yang tak dak tanda halal Jakim. Yang ada tanda halal JAKIM pun DutchLady ngan Nestle . Pastu Nestle lak ada link ngan Zionist pulak. Apapun susu ibu yang terbaek. Itupun kalau susu ibu cukupla.

Post a Comment

Dah Baca? ..sudi2 lah beri komen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Search This Blog ♥

Loading...

♥ PeNaJa BLoG DaHLia ♥

♥ Post Terkini Dahlia ♥

♥ Post Ngetop DaHLia's ♥

Make your own

♥ Tweet tweetttt... ♥

♥ Super Very Important Followers! ♥

Related Posts with Thumbnails

Menarik!!!

 Banner
Blogged.my

♥ Arkib Blog ♥

DaHLia's JouRNaL ™ © 2009 | Simple SEO Template | Modified Themes By DaHLia | Recustomized By Nescafe Ais